Harian Metro: Arena |
Posted: 16 Feb 2011 10:25 AM PST PENYERANG kebangsaan, Mohd Safee Sali perlu tampil lebih agresif jika mahu memberikan impak bersama kelab baru, Pelita Jaya FC dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL). Itu pendapat yang disuarakan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berdasarkan pengalamannya mengendalikan kelab ISL, Persipura Jayapura selama setahun pada 2007.
"Dia (Safee) membuat keputusan yang bagus apabila ke luar negara untuk menguji kemampuannya kerana kita jangan fikir bermain di liga sendiri sudah bagus. Penghijrahannya itu saya fikir boleh membuka jalan buat pemain lain.
Safee, 27, meninggalkan Selangor untuk mengikat kontrak setahun bersama Pelita Jaya FC yang amat mengharapkan sentuhan penyerang itu untuk membantu mereka keluar dari zon penyingkiran.
"Setiap perlawanan di Indonesia stadium penuh, penyokong memang fanatik. Mereka tidak boleh terima kekalahan dan kalau bertandang ke tempat lawan pemain memang kena kacau. Kalau setakat naik kereta perisai Baracuda itu biasa saja. Saya harap Safee tak kena 'culture shock' (kejutan budaya) di sana.
|
Wan Jamak ‘terancam’ Posted: 16 Feb 2011 10:22 AM PST AKSI hambar Negeri Sembilan ketika tewas kepada Felda United pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin mendorong Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan memberi kata dua kepada ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan. Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, Wan Jamak berdepan kemungkinan digantung jika reputasi Negeri Sembilan terus tercalar dan menerima aib dalam perlawanan berikut.
"Saya harap persembahan buruk ini tidak berterusan bagi memastikan kedudukan Wan Jamak tidak terjejas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Seremban, petang semalam.
Sementara itu, Wan Jamak tetap yakin dengan keupayaan skuad bimbingannya mengharungi saingan Liga Super musim ini sekalipun mereka menerima aib di gelanggang sendiri apabila tunduk kepada Felda United.
"Pemain leka dan hilang tumpuan pada saat-saat akhir membuatkan kami dihukum lawan namun ketiadaan Ahmad Fakhri Saarani yang digantung memberi kesan kepada kemantapan barisan depan yang didapati gagal menembusi benteng lawan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan