Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kami tidak gentar - Ferguson

Posted:

Kami tidak gentar - Ferguson

Kami tidak gentar - Ferguson


FERGUSON (kanan) yakin United mampu menewaskan Barcelona pada final Liga
Juara-Juara di Stadium Wembley, 28 Mei ini.


MANCHESTER - Manchester United akan turun dengan misi balas dendam di Stadium Wembley menentang Barcelona pada final Liga Juara-Juara, 28 Mei ini.

Skuad The Red Devils itu menempah slot ke final selepas menyingkir- kan Schalke 04 pada separuh akhir.

Selepas menewaskan Schalke 2-0 minggu lalu, United menang 4-1 di Old Traf- ford awal pagi semalam, sekali gus mara dengan agregat 6-1.

Kini, skuad bimbingan Alex Ferguson itu berpeluang untuk memadam memori pahit kekalahan kepada Barca pada final 2009 di Rom dan akan beraksi di Wembley dengan tahap keyakinan yang tinggi.

"Kami tidak perlu takut kepada Barce- lona dan kami akan bermain pada final di Wembley dengan penuh yakin.

"Prestasi kami sangat baik dan musim ini juga amat luar biasa bagi kami.

"Tidak perlu berasa gentar dan kami juga tidak perlu menyerah kalah. Tugas kami ialah mencari jalan untuk mengha- lang Barcelona daripada menang.

"Sudah pasti saya lebih gembira kalau kami berdepan kelab lain di final tetapi sejak awal musim lagi kami mahu menentang Bacelona di final."

Ferguson yang masih kecewa dengan ke- kalahan 0-2 kepada Barca di Rom berkata, pasukan itu tersilap langkah pada aksi final tersebut.

"Mereka berada pada tahap terbaik tetapi kami lebih berpengalaman dan prestasi kami juga semakin bagus."

Awal pagi semalam, pengurus The Red Devils itu membuat lapan perubahan dalam skuadnya yang tewas kepada Arsenal pada Ahad lepas.

"Saya tidak tidur memikirkan kekalahan itu. Saya bangun empat kali dan senarai- kan empat pasukan yang berbeza.

"Tetapi apabila melihat pasukan kamu beraksi hebat seperti ini, kamu akan fikir tiada sebab untuk tidak menurunkan pemain-pemain ini." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia tunduk kepada Britain

Posted:

Malaysia tunduk kepada Britain

Malaysia tunduk kepada Britain

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my


PENYERANG skuad negara, Faizal Saari (depan) cuba melepasi kawalan pemain Britain pada aksi pembukaan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh semalam. Malaysia tewas 1-3.


MALAYSIA tunduk 1-3 kepada Britain pada aksi pembuka tirai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh semalam.

Meskipun tampil garang pada 15 pertama, tetapi usaha untuk menggegarkan pintu gol Britain menemui kehampaan.

Peluang terbuka Malaysia hadir pada minit ke-13 menerusi pukulan sudut penalti oleh Muhammad Razie Abdul Rahim tetapi percubaannya itu mudah ditepis oleh penjaga gol Britain, James Fair.

Britain selaku tuan rumah Sukan Olimpik 2012 menggunakan sepenuhnya peluang pukulan sudut penalti untuk mendahului Malaysia yang pada minit ke-17 yang disempurnakan dengan baik oleh James Tindall.

Meskipun ketinggalan, Malaysia tetap bekerja keras untuk mencari gol penyamaan tetapi ketiadaan penyerang yang berwibawa menyebabkan beberapa peluang terbaik gagal disudahkan dengan baik.

Kedudukan Britain semakin kukuh apabila pukulan kencang oleh Richard Smith pada minit ke-35 gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Roslan Jamaluddin.

Pada separuh masa kedua, Malaysia berjaya merapatkan jurang gol melalui pukulan deras oleh Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil pada minit ke-41.

Dalam keghairahan Malaysia menambah jaringan gol, Britain menyumbatkan gol ketiganya melalui tolakan deras oleh Robert Moore pada minit ke-51.

Sementara itu, juara Sukan Asia, Pakistan mencatat kemenangan selesa selepas menumpaskan New Zealand 4-2.

Pakistan mengambil masa tiga minit sahaja untuk merobohkan pintu gol New Zealand melalui pukulan deras Muhammad Riz- wan Senior.

Walaupun New Zeland menduduki ranking ketujuh dunia tetapi gagal mengekang kemaraan Pakistan yang tampil dengan rentak permainan pantas.

Juara Sukan Asia itu mendapat pukulan sudut penalti yang pertama pada minit ke-24 dan disem- purnakan dengan baik oleh Syed Kashif Shah bagi gol kedua mereka.

Kedudukan Pakistan semakin kukuh apabila Abdul Haseem Khan menjaringkan gol ketiga melalui gerakan padang pada minit ke-51.

Pasukan Kiwi merapatkan jurang gol melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Andrew Hayward pada minit ke-59.

Gol keempat Pakistan dijaringkan Muhammad Umar Bhutta melalui tolakan mudah pada minit ke-61 sebelum New Zealand memperoleh gol keduanya melalui Hugo Inglis pada minit ke-63.

Dalam satu lagi perlawanan, Korea Selatan menewaskan India 3-2.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yunus diberi peluang kedua

Posted:

Yunus diberi peluang kedua

Yunus diberi peluang kedua

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my


YUNUS kembali diberi kepercayaan untuk membimbing skuad T-Team.


KRISIS yang melanda T-Team bakal berakhir selepas pihak pengurusan mengesahkan untuk memberi peluang kedua kepada Yunus Alif membimbing pasukan berstatus kelab itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen