Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Harimau ghairah

Posted: 28 Jun 2011 03:33 PM PDT

KETUA pasukan bola sepak Malaysia, Syafiq Rahim (kiri) bersalaman dengan ketua pasukan bola sepak Taiwan, Chen Yu Lin pada sidang akhbar perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Wisma FAM, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Osman Adnan

KETUA pasukan bola sepak Malaysia, Syafiq Rahim (kiri) bersalaman dengan ketua pasukan bola sepak Taiwan, Chen Yu Lin pada sidang akhbar perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Wisma FAM, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Osman Adnan

Itu keyakinan dilaungkan kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim menjelang pertemuan getir menentang Taiwan dalam pusingan pertama, kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

"Selama tujuh bulan lalu kami sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan dan ini peluang terbaik membuktikan kemampuan kami selepas kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki Disember, tahun lalu," kata tonggak skuad Harimau Malaya itu.

"Sasaran kami adalah untuk pergi sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini. Memang kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sebenar pertama selepas kejohanan peringkat Asia Tenggara tahun lalu."

Ketua pasukan Taiwan, Chen Yu Lian pula mengharapkan perlawanan nanti menjadi yang terbaik untuk mereka selepas gigih berlatih sekian lama.

"Misi kami ke Kuala Lumpur adalah untuk membawa pulang tiga mata sebelum membuat penentuan di laman sendiri Ahad ini," kata bek kiri pasukan.
Safiq juga berharap beberapa pemain skuad Olimpik yang turut mengisi skuad senior untuk pusingan kelayakan ini dapat mengulangi persembahan cemerlang seperti ketika menewaskan Lubnan 23 Jun lalu.

"Saya dan rakan sepasukan berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk terus meletak negara di landasan kemenangan," kata Safiq.

"Semangat kami cukup tinggi terutama apabila beraksi di depan penyokong sendiri.

"Kemenangan esok (malam ini) pasti memberi nafas baru baru buat bola sepak negara, terutama selepas skuad Olimpik turut cemerlang melakar kejayaan ke peringkat kelayakan terakhir.

"Kami akan cuba mencari bekal selesa sebelum bertandang ke Taiwan untuk perlawanan kedua Ahad ini."

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

firdaus

sudah pasti harimau malaya menang besar malam ni ... GO MALAYSIA !!!!! All the best !!!

Shah

Semoga Malaysia menang dengan jaringan besar. 5-0. Jangan mudah berasa selesa & jangan kerap lakukan kesilapan. Selagi wisel penamat belum ditiup... teruskan perjuanganmu wahai HARIMAU MALAYA.

muhd

benamkan saja taiwan supaya mereka tau malaysia juara asia tenggara..tapi ada tak live kat tv1..saya takde astro, rumah kat kpg je..rtm takde tunjuk live lagi ke?? kenape mesti astro je yang tunjuk live, tak semua org ada astro..

padil bujang

Syabas kerana tiba ke gelanggang ini..buktikan ini bukan kebetulan,bukan sekadar nasib..tapi ianya berkat usaha gigih pemain dan juru latih dan doa semua warga Malaysia...satu tujuan..satu destinasi...MALAYSIA BOLEH..

ANIZAM AHMAD

Harap apek menjadi penjaga gol utama malam nie

SEMANGAT HARIMAU

SIAPA YANG TAK DAPAT P BOLEH TENGOK KT TV1 DAN ASTRO ARENA. HARAP MAKLUM.

jeff

pastikan menang mlm ni...

okoi

Malaysia pasti boleh. Tunjukkan bahawa memamg bolehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

NGELAMBAI

sekiranya mereka bermain bermati-matian.....malaysia tetap akan menang...paling penting....buang sikap mudah mengalah...malaysia tetap boleh.......aku tetap menyokong team malaysia.....tunjukkan malaysia mampu mengalahkan taiwan malam ni...3-0

jerung gunners

GO MALAYSIA GO!! LAUK TAIWAN LAUKKK!!!!!

iszy77

conform harimau malaya akan jadi wakil asia tak lama lagi...tunggu dan lihat

harimau

teruskan mengejar mangsa makanan harimau malaya..

prawin

tentu Malaysia menang hari ini 2-0, yakin MALAYSIA BOLEH....:)

Olan

Bukti kan...... Malaysia Boleh

wan hun tae

main yang terbaik, bekal dengan gol utk ke taiwan lak....steady malaysia!!!!!!!

anak harimau

harimau malaya menang 3-0

emay

semoga malaysia membawa bekalan selesa di taiwan nanti..buru gol awal..good luck malaysia.

mohd solehin

semoga berjaya..

Azry

Tunjukkan Malaysia benar-benar Juara Asia Tenggara! Semoga berjaya, Malaysia BOLEH!!!

Anuar Zain

Tingkatkan lagi Disiplin Permainan dan Kurangkan Buat Kesilapan.. Saya yakin Harimau Malaya mampu mengaum dan membaham Taiwan.. Yakin Boleh!

helmi

Tentu la Malaysia menang 3-0, Gua caya beb Malaysia Boleh.

den dan

harapan seluruh rakyat malaysia moga2 skuad harimau berjaya mengatasi taiwan isyallah..

kamalharris

hiburkan kami dengan permainan cantik, yakin dengan diri.

Ultras N9

" Musuhnya Habis Binasa" Kami ULTRAS N9 akan menyokong penuh Team Harimau Malaya..akan ke stadium pm ni..InsyaAllah kemenangan pasti!!!!

mus69

biau garang mcm rimau..malaysia boleh

faizal

Menang @ kalah adat Permainan yg penting lawan abis abisan br syok tgk...good luck skuad kebangsaan

eliasBinSulaiman

Harap coach Rajagopal dapat menurunkan kesebelasan terbaik malam ini dan kemenangan akan jadi milik M'sia.

jakiusop

belasah jer taiwan tuuu...
gua nak tgk....
jumpa mlm ni kat stadium..

izzat fitri

gud luck team malaysia..semoga berjaya dan membawa kejayaan pada negara..

admi lee

semoga apa yg di ucap dpt diterjemahkan di padang dan pasukan m,sia akan terus maju berjaya hingga ke peringkat yg lebih tinggi lagi..GG, M,SIA...

Superstar

Jangan main-main dengan Taiwan. Malaysia perlu menang 3-0 baru selamat.

BudakTunjang

Malaysia 3 Taiwan 0.. teruskan usaha Harimau..terkam habis2an... Doa kami mengiringi Skuad HARIMAU MALAYA!

orangkecil

Malaysia Boleh! Buktikan Kekuatan kita.

mohd zailani

Mental & fizikal masih tidak mencukupi jika benar2 dahagakan kejayaan..mutu permainan, taktikal dan berkerja berpasukan juga penting dan perlu dititik beratkan. Gah di tempat sendiri tidak bermakna jika layu di tempat orang..renung2kan. SELAMAT BERJUANG DEMI MARUAH BOLASEPAK NEGARA !

LAgenda Teragung

jgn risau harimau malaya!! JKOA telah menghantar 6 bas ke stadium mlm nie!! kami akn beri sokongan kpd anda!!!

yanti

MALAYSIA BOLEH!!!!GO.GO.GO

izzat

Semangat juang yang tinggi serta sorakan penyokong Harimau Malaya sudah semestinya membuahkan kemenangan pada malam ini.
Di Tanah Tumpahnya Darahku ini,
Musuhnya Habis Binasa!!!

azahar yusoff

Rekod terdahulu memihak kepada Malaysia. Kami rakyat Malaysia yakin skuad ini akan menunjukkan skil terbaik dan memperolehi kemenangan.. Empat... Kosong

zulhairi

Malaysia 3 Taiwan 1

zidane

ada live x kat tv 1?? umah sya xdak astro, xmampu nak bayar...

zaki bin zakaria

diharapkan mlysia terus bermain dengan baik dan tersusun ... meskipun klo terpaksa bermain kurang dr 11 org... insyllah mlysia blh bwk bekal selesa ke taiwan....

nzam

insyaAllah mlys blh..kte msti mng dgn skurang2 2-0 tnpe dibolosi..arap apek n mat yo dpt d trun bg mgujuhknn

asraff

Harimau Malaya sedang kelaparan...siap la team Taiwan..sorang2 kena baham...AAuuMM...............

HARIMAU PUTIH

YA ALLAH MENANGKANLAH PASUKAN BOLA MALAYSIA

hannah

chaiyok2 mlsia.... kmi sntiasa myokong kalian... ayuh semua kte doakn kjayaaan mreka...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Safee, Mat Yo igauan kami: Chih Tsung

Posted: 28 Jun 2011 03:31 PM PDT

Sukan

PADA pengamatan jurulatih Taiwan, Lo Chih Tsung - tiga pemain skuad Harimau Malaya dianggap boleh memusnahkan cabaran mereka menjelang pertemuan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Trio dimaksudkan pengendali berkenaan adalah Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan S Kunalan yang disifatkan boleh mengucar-kacirkan kubu mereka andai tidak dikawal baik anak didiknya.

"Daripada apa yang saya lihat, ketiga-tiga pemain Malaysia ini sudah membuktikan keupayaan mereka semasa Piala Suzuki AFF dan juga ketika menentang Hong Kong, baru-baru ini. Saya ada melihat perlawanan itu (rakaman video) dan bagi kami mereka tidak boleh dipandang ringan," katanya ketika ditemui selepas sidang media mengenai perlawanan itu di Wisma FAM, semalam. Begitupun di sebalik kerisauan itu, Taiwan yang memegang ranking ke-160 dunia sama sekali menjadikan ia sebagai faktor pelemah semangat dan mahu kunjungan mereka itu berjaya membuahkan kemenangan sebagai sebelum menghadapi perlawanan timbal balik di laman sendiri, Ahad ini.

"Kami sudah melakukan latihan sejak menghadapi Piala Cabaran AFC di sini Mac lalu. Sebelum ke Malaysia kami juga ada melakukan latihan di Korea selama dua minggu.

"Apapun ini perlawanan pertama dan saya berharap dapat mencipta kemenangan biarpun ia bukan tugas mudah," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan