Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal tetap optimis

Posted:

Rajagobal tetap optimis

Rajagobal tetap optimis

Oleh HELMI TALKAH
helmi@kosmo.com.my


SAFIQ (dua dari kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol pertama Malaysia ketika menentang Taiwan pada pusingan pertamam Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 2-1.


MESKIPUN sekadar mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Taiwan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 malam tadi, jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap optimis mengenai peluang skuad kebangsaan untuk mara ke pusingan kedua.

Menurut Rajagobal, kemenangan itu tetap dilihat sebagai satu kelebihan buat skuad Harimau Malaya kerana mereka bakal berkunjung ke tempat lawan bagi menghadapi aksi kedua pada Ahad ini.

"Menang tetap menang. Kita bukannya seri ataupun tewas kepada Taiwan. Jadi saya percaya ia mampu memberi kelebihan buat kami (skuad kebangsaan) apabila menghadapi Taiwan pada aksi kedua nanti.

"Biarpun kita beraksi di tempat lawan, kita perlu yakin bahawa kita masih mampu mencatat kemenangan. Jika pemain-pemain memiliki tahap keyakinan seperti itu, tidak mustahil kejayaan memihak kepada kita," kata Rajagobal kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, dua jaringan masih-masing satu daripada kapten, Safiq Rahim pada minit ke-27 dan tonggak pertahanan, Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak (ke-54) sudah cukup untuk memberi bekalan buat anak-anak buah Rajagobal sebelum berkunjung ke Taiwan.

Begitupun, kelekaan barisan pertahanan skuad kebangsaan dihukum apabila Chen Po Liang menjaringkan gol bagi merapatkan jurang buat Taiwan pada minit ke-75.

Kesilapan itu telah menghadirkan kebimbangan kepada Rajagobal yang tidak mahu ia berulang lagi ketika aksi kedua nanti.

"Kita tidak sepatutnya melepaskan gol mudah kepada Taiwan begitu sahaja. Apa yang saya dapat lihat ialah barisan pertahanan kita 'tidur' dan hilang tumpuan.

"Justeru, saya akan melakukan sesuatu bagi mengatasi kelemahan tersebut sebelum aksi kedua nanti," jelas Rajagobal.

Sementara itu, jurulatih Taiwan, Lo Chih-Tsung yakin anak-anak buahnya akan kembali bangkit pada aksi kedua nanti.

Jelas Chih-Tsung, pasukan itu sebenarnya menampilkan corak permainan secara menyerang tetapi apabila beraksi di Malaysia, mereka perlu berhati-hati dan lebih banyak bertahan.

"Pada aksi kedua nanti, saya yakin kami akan kembali kepada corak permainan asal kami. Kami akan menerapkan corak permainan secara menyerang.

"Kami perlu mencari gol dalam usaha untuk mara ke pusingan kedua. Saya yakin kami masih memiliki peluang yang cerah untuk ke pusingan berikutnya," jelas Chih-Tsung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cabaran menanti PSM

Posted:

Cabaran menanti PSM

Cabaran menanti PSM

Oleh NORZASRUDIN
MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my


RAZALI (dua dari kiri) melihat trofi Kejohanan Piala Dunia Istaf Pertama 2011 sambil diperhatikan oleh Ahmad (dua dari kanan) dan Abdul Halim (kiri) di Putrajaya semalam.


PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) berdepan cabaran besar pada Kejohanan Piala Dunia Istaf Pertama 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 21 hingga 24 Julai ini.

Selain membuktikan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia mampu menjadi penganjur yang baik, PSM juga perlu melakar sejarah menjadi pasukan pertama yang bergelar juara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, semua negara mempunyai peluang yang sama rata untuk bergelar juara dan tidak ada sebab skuad negara gagal melakukannya.

"Menerusi kejohanan ini, sukan sepak takraw akan diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi dan tidak ada lagi negara yang akan mendomi- nasi acara ini.

"Dengan pengenalan format baharu dan pengenalan sistem ranking, juara baharu akan muncul, sekali gus memberi peluang kepada semua negara untuk menjadi juara.

"Pembaharuan yang dilakukan ini bakal menjadikan sukan ini lebih kompetitif dan berdaya saing.

"Jadi, ini adalah satu caba- ran yang besar buat PSM kerana mereka perlu menjadi pasukan pertama bergelar juara," kata Razali selepas Majlis Penyerahan Trofi Piala Dunia Istaf Pertama 2011 di Putrajaya semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penganjur merangkap Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail dan Ketua Pengarah Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Abdul Halim Kader.

Menurut Razali, sejarah baharu dalam sukan sepak takraw bakal tercipta dan ke- jayaan skuad negara dianggap sebagai satu 'batu lonca- tan' untuk berada pada satu peringkat yang lebih tinggi.

Lebih menarik, kejohanan ini akan mendapat liputan meluas daripada media cetak dan elektronik dan diang- garkan seramai 750 juta orang akan menonton termasuk di Eropah.

Sementara itu, Ahmad melahirkan rasa bangganya apabila Malaysia diberi penghormatan untuk menganjurkan kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan itu.

"Sebanyak 36 pasukan dari 24 negara bakal beraksi dan jumlah ini telah mengatasi penyertaan pada mana-mana kejohanan sebelum ini, sekali gus melakar sejarah baru.

"Mengenai cabaran untuk Malaysia menjadi juara sulung, saya serahkan seratus peratus perkara ini kepada para pemain dan jurulatih kerana mereka lebih mengetahui.

"Bagaimanapun, saya yakin peluang skuad negara untuk mencipta sejarah menjadi juara sulung sangat cerah berdasarkan prestasi semasa dan perubahan format yang dilakukan Istaf."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemanah UPM bolot 17 emas

Posted:

Pemanah UPM bolot 17 emas

Pemanah UPM bolot 17 emas

Oleh FARHANA HANIM
MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


KETUA Pusat Sukan UPM, Hamzah Ismail (belakang, enam dari kiri) bergambar bersama barisan pemanah universiti itu di Lapang Sasar UPM, Serdang semalam.


BARISAN pemanah Universiti Putra Malaysia (UPM) nyata terlalu unggul apabila membolot 17 pingat emas pada Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (Masum) 2011.

Selain 17 emas, UPM turut membawa pulang lima perak dan enam gangsa.

Pencapaian tersebut membolehkan UPM dinobat selaku juara keseluruhan acara memanah yang berakhir di Lapang Sasar UPM semalam.

Pada hari terakhir, UPM berjaya memperoleh lima emas mene- rusi acara Olimpik berpasukan recurve lelaki dan wanita dan juga Olimpik berpasukan compound lelaki.

Dalam acara individu, UPM meraih dua pingat emas menerusi Olimpik perseorangan compound lelaki oleh Mohd. Kaharuddin Ashah dan juga Olimpik perseorangan recurve wanita yang diraih Noor Aziera Taip.

"Dengan menurunkan beberapa pemanah yang pernah mewakili negara, kami yakin mampu memungut banyak pingat tanpa mengira warna," kata jurulatih pasukan memanah UPM, Siti Aisah Sudin semalam.

Siti Aisah berkata, walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran pingat, namun beliau yakin barisan pemanah UPM mampu mempamerkan aksi cemerlang.

"Saya harus akui kami berdepan tugas sukar ketika menentang pemanah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA).

"Mujurlah pemanah-pemanah UPM dapat fokus bagi merangkul pingat dalam acara masing-masing," jelasnya.

Bagi acara ping pong yang diadakan di Dewan Putra, Kolej Serumpun UPM, UiTM muncul juara berpasukan lelaki selepas membenam UM 3-1 pada aksi final.

Pingat gangsa diraih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kemenangan 3-2 ke atas Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Terdahulu, UM berjaya meraih emas dalam saingan berpasukan wanita selepas menewaskan UiTM 2-0.

Universiti Sains Malaysia (USM) pula meraih gangsa selepas menyingkirkan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan