Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Undang padah

Posted: 23 Jul 2011 12:50 PM PDT

DRAMA di Kota Singa, malam tadi menceritakan betapa ranjau bertambah sukar untuk Harimau Malaya mahu memasang impian besar layak ke pusingan 3, kelayakan Piala Dunia 2014.

Kekalahan 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama, pusi­ngan kedua di Stadium Jalan Besar - segala-galanya terarah kepada kelemahan benteng yang mudah kucar-kacir - menuntut aksi lebih bertenaga apabila anak didik Datuk K Rajagobal melayan lawan bergelar Singa itu di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai ini.

Tambah perit, skuad negara akan kehilangan kapten pasukan, Safiq Rahim yang dilayangkan kad merah pada awal babak kedua selepas membuat terjahan kasar ke arah pemain lawan ketika dalam situasi tertekan mencari jari­ngan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

araz lubis

90 minit belum habis lagi... Harimau Malaya teruskan perjuangan hingga ke minit terakhir. buktikan defisit 2 gol itu dilangsaikan di Bukit Jalil dan seterusnya memenangi perlawanan...Teruskan perjuangan...Harimau Malaya Boleh...Malaysia Boleh

awang hasnizam

kita x boleh hny menunding jari kpda mereka...kita perlu terus menyokong pasukan negara....kita x bolh hny berbangga apbla mereka menang shja..kita perlu bgi kritikan y membina agar pasukan ngra kita dpt mmperbaiki kesilapan2 mereka bukannya mmbri kritikan y meruntuhkan smgt mereka.....GO HARIMAU MALAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ddin

Jangan bagi alasan.Dah memang teruk.Seluruh pemain bahagian pertahanan lembik termasuk penjaga gol.Mereka ini seharusnya tidak du beri peluang lagi.Cari saja bakat bakat baru.
Mereka harus faham bahawa mereka membawa nama negara bukan nama individu.Banyak wang yang di laburkan banyak masa di korbankan banyak tenaga yang terlibat tapi inikah hasilnya?,Pasukan ini bolehlah di panggil pasukan Yoyo.Sekejab atas sekejap bawah.Yang pastinya selalu di bawah.Jangan salahkan kalau peminat marah kerana mereka patut marah.Gugurkan sahaja pemain pemain yang tidak menunjukan prestasi cemerlang.Kalau pemain ini di simpan buat mengabiskan beras je.FAM mesti berani mengambil langkan drastik deni kepentingan bola sepak negara.Bubarkan sahaja pasukan ini dan bentuk pasukan lain.Ini lah kalau main tiada semangat dan tiada intigriti untuk negara.Tiada secubitpun para pemain tersebu mempunyai sifat sifat yang ada pada allahyarham Moktar Dahari,So Chin Aun, Santok Singh.Yang Penting mereka yang duduk di kabinet FAM pun mesti di persalahkan.

muhamed al-misr

salam!rasanya pasukan Malaysia Ong Kim Swee lawan Chelsea lagi perform dari skuad Harimau Malaya. Nampak defend memang longgar habis, keeper x perform, midfield x boleh nak hold cuma up front ngan wings je yang mengancam. anyway kita leh baiki tuk perlawanan di Bukit Jalil nanti.Satu lagi, mana player2 pasukan juara Liqa Super yang on form lagi xde pun main semalam, harap2 faham la siapa yg patut main, x kan dari pasukan average no 2,3,4 je yg fill the field? tetap sokong harimau malaya

Aku

Singapura kalau main guna pemain tempatan je, konfom kalah teruk...yang skor smua pmain import...malu lah skit orang singapura.....korang just 'singa import'!! malaysia smua pemain tempatan 100%...tapi boleh skor jgak...MALAYSIA IS THE REAL WINNER!!!!!

jijul

sgt kcewa tengok skuad H.melaya lwn singapore.serangan cantik bhg petahanan pula ancur...mental mcm buak2..tlg la....jgn tunjuk semangat yg lemah.harimau broooooooooo

Saatijh

Tahniah kepada pemain Malaysia, kalah dengan smangat juang seolah-olah ada sesuatu yang kena bila dipandang sudut pertahanan dan penjaga gol yang semacam sambil lewa.

radif

malaysia masih mampu menang pada perlawanan kedua tapi perlu mengatasi kelemahan dibahagian pertahanan,selain penjaga gol harus bermain dengan baik sekali..

lebai

pemain pertahanan harimau kelihatan begitu longgar selepas ketiadaan aidil zafuan. datuk raja harus memikirkan pemain alternatif yang setanding aidil dalam perlawanan timbal balik nanti.

mohd Tarmizi

lebih baik masukan pemain pertahanan kelantan iatu subra

razif

satu perlawanan gila yg tak patut berlaku. memang gila di dlm pertahanan dan gila emosi pemain.semuanya gol mudah yg.tak patut d lepaskan.memang mengecewakan penonton seluruh negara.bangkit dan mengaumlah sekuat suara sang harimau sebenardan bahamlah si singa yg sombong dan berlagak pro.ayuh benamkan kepala si singa.mereka itu cuma gegar sementara.benamkan mereka 4.....0 selamat mengila dan letupkannya nanti d bkit jalil.

Orang Malaysia

Pertahanan rapuh ini masalah berulangan tapi macam tiada tindakan berkesan. Adakah pemain pertahanan Malaysia tak cukup rehat atau makan? Mengapa tidak gantikan mereka dgn pemain yg lebih baik di luar sana?

Alan Yusoff

Buat kesekian kali benteng skuad K.Rajagopal menunjukkan kelemahan...harap lepas ni coach boleh serap subramaniam sebagai pemain pertahanan...penjaga gol pun sama, harap kat Bukit Jalil nanti Apek pula yang main...apapun peluang masih ada sebab Malaysia hanya perlu menang 2-0 sahaja..

Hafiz

Malaysia masih ada harapan untuk layak.Syaratnya benteng pertahanan tidak melepaskan sebarang gol pada pihak lawan di Bukit Jalil nanti disamping memburu sekurangnya 2 gol.

jansen

kekalahan kali ini bkn berti msia x boleh lagi, kerana sblm ni pun kalah teruk dngn indon d piala Aff dpt juga jadi juara.go Msia!

mohamad saad bin salikin

malaysia boleh saya yakin malaysia mampu bangkit di halaman sendiri. yang pasti kerapuhan pertahanan perlu segera di perbaiki dengan segera ataupun memanggil semula norhafiz zamani misbah insyaallah harimau malaya kembali mengaum malaysia oleh.

rudy

kita jangan susah hati kita ada lagi pemain yang bagus belum diturunkan semalam.awas singa.harimau sedang rehat.

wwe

jurulatih tak semestinya sentiasa tepat. silap pilih pemain yang tak pernah diuji keupayaan dalam perlawanan besar. pemain yang dimaksudkan itu tak pun tunjuk kehebatan dalam kempen liga malaysia. jangan syok sendiri.

Wiranas

Peluang Malaysia tingal 10%. Pertahanan rapuh itu kesilapan yg berulang-ulang sejak kena belasah Indonesia 1-5. Naik bosan dengar alasan demi alasn. Macam tiada perubahan. Terimalah realiti Malaysia tak sehebat mana kena belasah Arsenal Liverpool & Singapura.

anak rimau

Tak pe..walaupun kapten t'keluar,x bererti skuad m'sia x kuat..sya yakin m'sia akan menang time timbal blk nanti,yg pntng kukuhkan benteng..

naza

rasenya bukan masalah benteng punca utama kekalahan malaysia, tapi kombinasi pemain kesebelasan utama yang diturunkan kurang menyengat.kenapalah tak turunkan amirulhadi awal-awal?kenapa mengeluarkan safee sali di saat momentum pemain negara sedang tinggi dan paling pelik, kenapala ahmad fakri ada dalam kesebelasan utama..hanya coach je yang tahu..

Kisman Tawau

Harimau vs Singa.....kekuatan sukar ditafsirkan. Apapun teruskan perjuangan. jangan mudah mengalah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Nicol dahaga trofi tambahan

Posted: 23 Jul 2011 12:42 PM PDT

Sukan

SESUDAH gelaran ketujuh Terbuka Malaysia sah menjadi miliknya, semalam, Nicol Ann David kini sudah menyahut cabaran menghadapi sai­ngan senior sulung pada Terbuka Australia, bulan depan ketika digamit jadual pertandingan yang padat.

Dalam final di The Curve, pemain nombor satu dunia itu tidak berdepan ranjau sukar apabila menewaskan Jenny Duncalf 11-6, 12-10, 11-5 dalam tempoh 42 minit untuk membawa pulang hadiah AS$11,400 (RM33,918) manakala lawan dari England itu menerima AS$7,800 (RM23,207).

"Saya amat gembira dengan kejayaan ini kerana berjaya memberi fokus untuk menang. Jenny bertindak hebat dan dia membuat saya bermain lebih baik," kata Nicol yang akan mencecah usia 28 tahun, bulan depan. Apapun, cabaran terdekat bagi­nya adalah Masters Singapura bernilai AS$53,000 (RM157,690) yang bermula Isnin ini sebelum melangkah ke Terbuka Australia pada 7 sehingga 14 Ogos ini yang menawarkan hadiah antara AS$74,000 (RM220,170) sehingga $150,000 (RM446,300).

Ia adalah kejuaraan kali ketujuh dimenanginya sejak 2005.

Sementara itu, pemain Perancis, Gregory Gaultie muncul juara menewaskan Aamir Atlas Khan dari Pakistan 11-8, 11-3, 11-3 dan membawa pulang AS$8,075 (RM24,025).


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan