Harian Metro: Arena |
Posted: 23 Jul 2011 11:38 AM PDT BUENOS AIRES: Uruguay akan berusaha memburu rekod kejuaraan Copa America buat kali ke-15, mengatasi 14 kejuaraan dikongsi bersama negara tuan rumah Argentina, sekiranya mereka mengalahkan Paraguay pada perlawanan akhir di Stadium Monumental awal pagi esok. Uruguay tidak mampu bersaing dengan pasukan terdahulu yang menjuarai dua Piala Dunia dan dua pingat emas Sukan Olimpik pada babak pertama abad sebelum ini namun dalam era yang menyaksikan taktik lebih diutamakan, pencapaian mereka sejak akhir-akhir ini amat menakjubkan.
"Saya fikir kami berdepan saat hebat. Selepas kempen panjang pada kelayakan Piala Dunia (2010), pusingan akhir (2010) dan Copa America pastinya bagus jika menjulang piala ini," kata pemain tengah Egidio Arevalo Rios.
Paraguay, yang layak ke final selepas lima keputusan seri, berehat kurang sehari daripada lawannya dan tampil dalam dua masa tambahan termasuk kemenangan separuh akhir Khamis lalu ke atas Venezuela perlawanan yang ditentukan menerusi sepakan penalti dan kini kehilangan pemain kerana kecederaan serta penggantungan perlawanan.
|
Posted: 23 Jul 2011 08:23 AM PDT MENERUSI setiap kejohanan yang disertainya, Maria Sharapova (gambar) menyedari permainannya semakin meningkat. Juara tiga acara perseorangan Grand Slam itu yang juga bekas pemain nombor satu dunia muncul naib juara pada kejohanan tenis Wimbledon awal bulan ini selepas layak ke separuh akhir pada Terbuka Perancis Jun lalu.
Ia kali pertama dia berada dalam kelompok lima teratas dunia sejak 2008, tahun sama menyaksikannya menjalani pembedahan di bahunya yang tercedera.
Selepas Wimbledon, Maria berkata dia bercuti enam hari sebelum kembali turun ke gelanggang untuk berlatih bagi mempersiapkan diri menghadapi Klasik Bank of the West.
Ada banyak perkara yang diharapkan Maria boleh ditingkatkan sebelum Terbuka AS, yang dimenanginya pada 2006 termasuk kepantasan, permainan agresif dan pukulan servisnya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan