Kosmo Online - Sukan |
Posted: Harimau cedera di Kota SingaDaripada WAN FAKHRUL BAKAR PEMAIN negara meraikan kejayaan Safee (dua dari kiri) menjaringkan gol awal Malaysia pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura malam tadi. Malaysia tewas 3-5. SINGAPURA – Lapan gol terhasil pada pertembungan dramatik dua musuh tradisi, Malaysia dan Singapura di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Namun kesudahannya, Malaysia tewas 3-5 pada aksi pertama pusi- ngan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 itu biarpun berjaya bangkit seketika setelah ketinggalan 1-4 pada babak pertama. Pada aksi malam tadi, anak- anak buah Datuk K. Rajagobal ter- nyata gagal beraksi pada tahap sebenar meskipun diiringi sokongan 1,500 penyokong Malaysia yang menyeberangi Tambak Johor. Biarpun mendahului seawal 25 saat permainan bermula menerusi penyudah kemas Safee Sali, Singa- pura pantas menyamakan kedudukan menerusi Aleksandar Duric pada minit ketujuh. Singapura terus menghukum kelonggaran benteng pertahanan Malaysia dengan menambah tiga lagi gol hasil sepakan percuma Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi pada minit ke-45. Ketinggalan 1-4, Malaysia memulakan babak kedua dengan langkah kiri apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49. Mujur pemain bek kanan Singa- pura, Ismail Yunos turut dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-53. Kesempatan beraksi 10 lawan 10 kembali digunakan Malaysia untuk memperoleh gol kedua hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-68 dan gol ketiga menerusi Safee seminit kemudian. Namun harapan melihat Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 4-4 tidak kesampaian apabila Duric meledak gol kelima Singapura pada minit ke-80. Malaysia kini perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini seandainya mahu layak ke pusingan ketiga. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Malaysia mara ke separuh akhir Posted: Malaysia mara ke separuh akhirLIBASAN maut daripada pemain negara, Norshahruddin Mad Ghani ketika aksi menentang Filipina pada peringkat suku akhir semalam. Malaysia menang 3-0. MALAYSIA mudah mara ke peringkat separuh akhir kategori lelaki setelah mengecewakan Filipina 3-0 pada perlawanan suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. Pada set pertama trio negara yang dibarisi Norshahruddin Mad Ghani, Noor Azam Abdul Hamid dan Farhan Adam melakukan sedikit kesilapan pada awal perlawa- nan, namun berjaya memperoleh kemenangan 15-11. Kemenangan set pertama memberi semangat kepada skuad bimbingan Jamaluddin Hassan itu untuk memenangi set kedua 15-4 dalam masa lapan minit. Malaysia melakukan perubahan pada posisi tekong di set ketiga dengan menggantikan Noor Azman dengan Muhammad Syaz- wan Husin dan Mohd. Helmi Ismail di tempat Norshahruddin Mad Ghani sebagai apit kanan. Perubahan tersebut tidak menjejaskan rentak permainan mereka, malah dilihat semakin mantap untuk menang saingan set ketiga itu dengan 15-3 dalam masa tujuh minit. Trio Filipina dibarisi Oliver Tumang, John John Bobier dan Jason Huerte Jason. Jurulatih Jamaluddin Hassan berkata, anak didiknya masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan keadaan dengan keadaan gelanggang selain mengukuhkan kekuatan mental apabila berdepan dengan bilangan penonton yang ramai. Beliau turut mengakui yang skuad negara ada melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku pada set pertama, namun berjanji untuk mengatasinya segera. "Kita perlu berhati-hati sekira- nya bertemu Singapura pada perlawanan berikutnya (perlawanan separuh akhir) kerana pasukan tersebut kelihatan berbeza dan lebih mantap berbanding sebelum ini," katanya. Beliau berkata, daripada pemerhatiannya, skuad Singapura mempunyai kepantasan yang luar biasa walaupun mereka pernah bertemu dengan pasukan tersebut pada perlawanan peringkat kumpulan pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Bangga tengok semangat pemain negara Posted: Bangga tengok semangat pemain negaraHARIMAU Malaya tewas di bumi Singapura semalam. Walaupun tewas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, namun anak-anak buah Datuk K. Rajagobal itu telah mempamerkan mutu permainan yang sungguh menakjubkan. Saya anggap ia sebagai kekalahan bermaruah kerana barisan wira negara telah berjuang sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan. Ketinggalan tiga gol pada separuh masa selain kehilangan komander, Shafiq Rahim tidak melunturkan semangat pemain untuk memberi cabaran kepada lawan mereka yang dibarisi beberapa pemain import. Saya juga kagum dengan sikap serta disiplin yang dipamerkan oleh anak-anak Harimau Malaya pada perlawanan tersebut yang langsung tidak putus asa untuk meloloskan diri daripada kawalan pemain Singapura. Hasilnya, dua gol dijaringkan pada separuh masa kedua yang saya lihat bakal memberi kele- bihan kepada skuad negara menjelang aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini. Pada mulanya, saya anggap Singapura akan menang mudah perlawanan tersebut. Selain beraksi di gelanggang sendiri, mereka juga diperkuatkan beberapa pemain import. Tanggapan saya rupa-rupanya silap belaka. Benteng skuad import Singapura itu begitu mudah diloloskan. Saya boleh katakan, Singapura tidaklah sehebat mana pun. Pemain yang mereka import pun tiada kualiti yang boleh dibanggakan. Saya lihat tindakan Singapura mengimport pemain luar untuk menguatkan skuad kebangsaan mereka sebagai langkah yang sia-sia. Hasrat mereka nak mendapat 'instant result' tetapi tidak banyak yang boleh disumbangkan oleh tenaga import mereka. Langkah tersebut dilihat menutup ruang kepada anak-anak tempatan Singapura mengisi tempat dalam skuad kebangsaan. Diharapkan Malaysia tidak mengambil langkah seperti itu kerana kita mempunyai ramai lagi bakat terpendam yang belum diterokai di seluruh negara. Walaupun skuad import Singapura menang 5-3 pada aksi semalam, kedudukan mereka masih belum selamat. Masih ada 90 minit lagi untuk diharungi dan Bukit Jalil akan menjadi medan penentuan. Malaysia pula memerlukan kemenangan 2-0 pada aksi kedua Khamis depan bagi menjamin tempat ke saingan peringkat kumpulan yang pastinya lebih mencabar. Kalah pada aksi pertama ini bukan bererti peluang kita sudah tertutup. Berdasarkan persembahan semalam, Singapura semestinya mudah diratah. Saya juga tidak nampak seba- rang kelebihan daripada gaya permainan skuad Singapura dan jaringan mereka banyak berpunca daripada kelonggaran barisan pertahanan negara yang nampak belum stabil pada separuh masa pertama. Perasaan gugup memang biasa, lebih-lebih lagi barisan pemain negara muda-muda belaka berbanding lawan mereka. Tetapi Singapura perlu ingat - pemain muda negara berisi dan tidak semudah itu untuk diratah. Tak percaya, tunggu 28 Julai di Bukit Jalil. Singa pasti dibaham. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan