Harian Metro: Arena |
Posted: 05 Jul 2011 11:08 AM PDT KELANTAN tidak lagi rela berputih mata sebaliknya mahu memastikan trofi Liga Super menjadi milik mereka buat kali pertama kali ini. Selepas sekadar menamatkan saingan musim lalu di tangga kedua dan melihat penuh cemburu Selangor menjulang trofi buat kali kedua berturut-turut, peluang kini terbentang luas buat Kelantan mengambil alih gelaran juara jika berjaya melunaskan misi terakhir, menewaskan Sabah di Stadium Likas malam ini.
Walaupun hanya memerlukan satu mata saja dalam perlawanan terakhir itu, skuad kendalian Datuk M Karathu itu tetap memburu kemenangan bagi mengesahkan mereka selaku juara mutlak yang tidak pernah dikecapinya sejak 1979 lagi.
"Pemain sedar mereka kini berpeluang mencipta sejarah sebagai pasukan yang menjulang trofi Liga Super pertama untuk Kelantan, ini akan menjadi motivasi tambahan buat mereka.
Bagaimanapun, Karathu tetap berwaspada kerana tidak mahu diaibkan Sabah di saat akhir memandangkan pasukan lawan itu memiliki rekod baik di laman sendiri musim ini.
|
Modric akan kekal bersama Spurs Posted: 05 Jul 2011 11:07 AM PDT LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp memberi isyarat tetap mahu mengekalkan Luka Modric di White Hart Lane dengan menganggap tawaran Chelsea sebanyak 22 juta (RM106.6 juta) untuk membeli bintang utamanya itu sebagai "tidak masuk akal". Pemain tengah Croatia berusia 25 tahun itu berhasrat untuk ke seberang London dan meninggalkan Spurs yang tidak layak beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.
"Jika mereka mahu membuat tawaran, buatlah tawaran yang munasabah tapi nilai 22 juta untuk mendapatkan Luka Modric adalah mengarut." Namun Redknapp tidak menyatakan berapa jumlah tawaran yang boleh menarik minat Spurs yang hanya layak ke suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu sebelum kalah kepada gergasi Sepanyol, Real Madrid.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan