Utusan Online - Sukan |
Posted: Kelantan sahkan kejuaraanPemain Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Liga Super 2011 selepas mengalahkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri KUALA LUMPUR - Kelantan cemas seketika sebelum mengesahkan kejuaraan Liga Super 2011 apabila diasak pasukan tuan rumah Sabah pada babak akhir perlawanan, sebelum menang 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu semalam. Peledak utama Red Warriors, Noorshahrul Idlan Talaha muncul wira pasukannya apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-5 dan ke-71. Selepas jaringan kedua itu, Kelantan yang hanya menantikan wisel penamat dibunyikan, cemas apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76. Jaringan tersebut menyuntik semangat pemain Sabah untuk memburu gol penyamaan dengan melakukan asak bertali arus, namun gagal menembusi gawang Kelantan yang dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat. Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor dan Terengganu. Sebaliknya Selangor menutup saingan musim ini dengan penuh kehampaan, apabila bukan sahaja gagal memintas Kelantan, sebaliknya tercicir ke tangga ketiga selepas seri tanpa jaringan dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh. Kedudukan naib juara pula menjadi milik Terengganu apabila berpesta gol dengan membelasah Felda United 6-2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya meledak empat gol pada minit ke-22, ke-42, ke-70 dan ke-82, manakala dua gol lagi dijaringkan Ree Shafiq Alwi minit ke-16 dan Abdul Manaf Mamat minit ke-18. Gol Felda United pula dijaringkan Mat Asmarul Fadzil Hassan minit ke-45 dan Mohd. Shazwan Zainon minit ke-85. Negeri Sembilan menutup saingan musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Perlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Ahmad Fakri Sharani minit ke-36 dan Shahurain Abu Samah minit ke-59. Kedah menamatkan saingan di tangga keempat selepas menang 1-0 ke atas pasukan kedua tercorot, Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan menerusi jaringan tunggal Mohd. Fiqri Md. Isa minit ke-69. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Trio memanah layak ke Olimpik London 2012 Posted: Trio memanah layak ke Olimpik London 2012Oleh TAN MING WAI
KUALA LUMPUR - Trio memanah kebangsaan, Cheng Chu Sian, Haziq Kamaruddin dan Khairul Anuar Mohamad muncul kumpulan atlet pertama layak ke Olimpik London 2012 secara merit setelah meraih tempat kesembilan acara berpasukan pada Kejohanan Memanah Dunia di Torino, Itali semalam. Kejayaan mereka di luar jangkaan dan amat membanggakan setelah pasukan negara berdepan saingan sengit daripada pasukan handalan dunia. Menentang pasukan pilihan Perancis pada pusingan pertama kalah mati pada saingan sesi pagi, Malaysia merupakan pasukan bukan pilihan. Namun, trio negara hampir melakukan kejutan, apabila pada satu ketika mengikat jaguh Eropah itu 216-216, sebelum pusingan penentuan kalah mati, yang akhirnya kemenangan memihak Perancis. Kekalahan tersebut sepatutnya menjejaskan semangat Chu Sian dan rakan sepasukannya, apabila hanya selangkah untuk menggenggam tiket ke Olimpik sebagai lapan pasukan terbaik kejohanan, tetapi akhirnya terpaksa mengharungi saingan repercharge. Namun, pemanah negara menerima cabaran dalam saingan repercharge untuk menentukan pasukan tempat kesembilan, yang merupakan slot terakhir ke Olimpik. Kejayaan Britain mara ke suku akhir, slot terakhir menjadi rebutan lapan pasukan yang tewas pada pusingan pertama yang akhirnya menjadi milik Malaysia. Malaysia menumbangkan satu demi satu lawan bermula dengan kemenangan 222-216 ke atas Kanada, disusuli kejutan menewaskan pemenang pingat emas Sukan Komanwel, India 225-219 dan melengkapkan kebangkitan sensasi dengan membenam Poland 219-217. Ini bermakna keputusan ketua jurulatih, Lee Jae-hyung yang membuat keputusan drastik menyingkirkan beberapa atlet program Road to London dan mempertaruhkan muka baru seperti Haziq dan Khairul Anuar untuk digandingkan bersama Chu Sian, membuahkan hasil. Setelah layak dalam acara berpasukan, bermakna tiga slot dalam acara individu sudah terjamin, tanpa mengambil kira keputusan pada pusingan kalah mati individu yang akan berlangsung hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan