Kosmo Online - Sukan |
Posted: Gelaran juara Liga Super 2011Oleh WAN FAKHRUL BAKAR MAMPUKAH barisan pemain Selangor mengucup trofi Liga Super buat kali ketiga berturut-turut musim ini? SAINGAN Liga Super 2011 akan menutup tirainya malam ini. Sejak edisi sulung Liga Super diperkenalkan pada 2004, belum pernah berlaku, penentuan juara terpaksa dibuat sehingga perlawanan terakhir. Namun malam ini bakal menentukan siapakah yang lebih layak bergelar juara dan majlis penyerahan trofi akan diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Jumaat ini. Salah satu daripada pasukan – Selangor, Kelantan atau Terengganu – bakal dinobatkan selaku juara Liga Super 2011 se- terusnya menempah tiket layak beraksi pada Piala AFC 2012. Kelebihan kini tampak memihak kepada pendahulu liga, Kelantan yang hanya perlu seri ketika bertemu Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini. Jika mencatat keputusan seri atau menang, skuad bimbingan Datuk M. Karathu itu sah bergelar juara buat kali pertama tanpa perlu mengetahui dua keputusan perlawanan membabitkan Selangor dan Terengganu. Namun andai Kelantan tewas, peluang untuk bergelar juara menjadi milik Selangor dengan syarat skuad kendalian K. Devan itu berjaya mencatat tiga mata penuh ketika berdepan Perak di Stadium Perak, Ipoh malam ini. Ia sekali gus bakal menjadi sejarah tersendiri buat Selangor apabila muncul juara Liga Super buat tiga musim berturut-turut. Mengambil kira segala kemungkinan boleh berlaku, Terengganu turut berpeluang untuk dinobatkan sebagai juara berganda musim ini setelah skuad bimbingan Irfan Bakti itu berjaya menjulang Piala FA 2011 pada 11 Jun lalu. Terengganu hanya akan dapat menjuarai Liga Super jika mereka menang besar ke atas Felda United sambil mengharapkan Kelantan dan Selangor tewas. Sementara itu, pasukan di tangga ke-12 dan 13 iaitu Kuala Lumpur dan Pahang 'merebut' satu lagi slot untuk mengiringi Perlis ke saingan Liga Premier musim depan. Kuala Lumpur yang memiliki 23 mata berdepan T-Team di Kuala Terengganu, manakala Pahang dengan 22 mata menanti kunjungan Kedah di Kuantan. Sejarah pasti tercipta andai Pahang turun ke Liga Premier 2012 kerana skuad Tok Gajah itu belum pernah sekalipun diturunkan ke saingan Divisyen Dua sejak Liga Semi-Pro diperkenalkan pada 1989. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Hanya selangkah buru mahkotaOleh KHAIRI MOHAMAD BARISAN pemain Kelantan begitu bersemangat memburu gelaran sulung Liga Super. MENCARI satu mata keramat. Itu misi yang mahu dilaksanakan Kelantan dalam pemburuan mereka menjulang trofi Liga Super musim ini. Andai berjaya meraih sekurang-kurangnya satu mata ketika menentang Sabah di Stadium Likas malam ini, Kelantan bakal ditabalkan selaku juara baharu Liga Super yang mula diperkenalkan pada 2004. Dengan dua pencabar terdekat Kelantan, Selangor dan Terengganu turut memburu status yang sama, skuad The Red Warriors itu tampak memiliki sedikit kelebihan. Keputusan seri ketika menentang Sabah sudah memadai buat Kelantan untuk dijulang sebagai juara. Jika itu berlaku, Selangor yang akan menentang Perak di Ipoh, perlu menang dengan meledak lebih daripada 12 gol tanpa membiarkan gawang mereka dibolosi untuk memintas kedudukan Kelantan pada perlawanan terakhir tersebut. Terengganu pula perlu mengatasi Felda United sekurang-kurangnya dengan tujuh gol tanpa bolos sambil mengharapkan Kelantan dan Selangor tumbang bagi membolehkan mereka meraih kejuaraan berganda musim ini. Biarpun perkiraan itu dilihat sebagai suatu yang sukar buat Selangor dan Terengganu mencabar kedudukan Kelantan, namun barisan pemain The Red Warriors tidak perlu meletakkan risiko terhadap keputusan melibatkan kedua-dua pasukan tersebut. "Sabah merupakan pasukan yang baik. Pada aksi di Kota Bharu sebelum ini, mereka beraksi dengan baik dan berjaya mengikat Kelantan. "Walaupun berada agak bawah dalam carta liga, saya percaya mereka akan beraksi dengan lebih baik di di depan penyokong sendiri. "Bagaimanapun, saya opti- mis dengan keupayaan pasu- kan Kelantan dan kita pasti ke sana untuk memenangi perlawanan. "Ramai yang anggap satu mata sudah cukup tetapi saya tidak mahu fikir tentang itu kerana kita sentiasa turun untuk menang," kata Karathu ketika dihubungi semalam. Tambahnya, tiada persiapan istimewa dilakukan bagi menghadapi Sabah, namun beliau yakin Kelantan tidak mempunyai masalah untuk mencapai kemenangan sekiranya para pemain mengikut arahan selain mengekalkan disiplin serta sentiasa bekerja keras untuk memburu gol. Kehadiran semula lima tonggak yang menyarung jersi kebangsaan jelas membuatkan Karathu mampu tersenyum kerana Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, Shakir Shaari, Farisham Ismail dan Khairul Fahmi Che Mat berada dalam senarai perancangannya untuk turun menentang Sabah. "Memang mereka adalah senjata kita yang sangat penting dan kesemua mereka ada dalam senarai saya. "Namun kita akan memantau dari segi tahap kecergasan dan kecederaan untuk memastikan mereka dalam kesebelasan malam esok (malam ini). "Pemain-pemain saya sudah beberapa kali beraksi dalam perlawanan besar dan penting, saya harap mereka mampu mencari ketenangan dan tidak terlalu tertekan. "Tekanan yang melampau mampu 'membunuh' kita dan saya tidak mahu perkara itu berlaku," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Irfan: Yang terbaik bergelar juara Posted: Irfan: Yang terbaik bergelar juaraOleh MUSTAPA LAKAWA NADA penuh realistik disuarakan pengendali Terengganu, Irfan Bakti tatkala anak-anak buahnya berdepan misi penuh mustahil menentang Felda United bagi memburu gelaran sulung Liga Super malam ini. Atas kertas, juara Piala FA itu perlu melakar kemenangan besar ke atas Felda United di Stadium MBPJ, Kelana Jaya sambil mengharapkan dua pasukan pilihan, Kelantan dan Selangor tumbang di gelanggang lawan. Terengganu kini menghuni tangga ketiga dengan 51 mata, sedangkan Kelantan yang turut memburu gelaran sulung selesa dengan 53 mata, sambil Selangor mengekori rapat dengan 51 mata. Kelantan hanya perlu mencatat keputusan seri menentang Sabah di Likas, namun Irfan dengan penuh yakin menjelaskan bahawa laluan berliku pasti dihadapi skuad Datuk M. Karathu itu di Likas. "Memang sukar tetapi kami masih ada 90 minit. Apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak seperti mana yang kalian saksikan pada final Piala FA lalu. "Jadi, mengapa perlu kami mengharapkan kepada tuah, kerana keputusan tetap muktamad bahawa hanya pasukan terbaik boleh bergelar juara liga," katanya kepada Kosmo! semalam. Namun sikap rendah diri tetap menjadi agenda Irfan bagi memasti- kan kesemua pemainnya tidak hilang fokus kepada pertemuan menentang Felda United malam ini. Katanya, sasaran utama Terengganu adalah mencari tiga mata penuh, sambil mengharapkan jentera tengah dan serangan pasukannya mampu menjaringkan sebanyak mungkin gol. "Sejujurnya, kami tidak ingin mengetahui keputusan bagi perlawanan Kelantan mahupun Selangor kerana misi kami hanya mahu mencari kemenangan. "Sebaik wisel permainan ditiupkan, barulah kita tahu siapa pemenang mutlak dan tidak kira siapa yang menang, juara tetap juara," ujarnya. Mengulas mengenai prestasi pemain, jurulatih kelahiran Kelantan itu mengakui bahawa beliau berdepan sedikit dilema, terutamanya mengenai tahap kecergasan beberapa tonggak utamanya yang beraksi dalam skuad kebangsaan. Bagaimanapun, demi membuktikan kemampuan pasukan, Irfan sedia mencorak percaturan dan menurunkan trio kebangsaan, Sharbi- nee Allawee, Helmi Rameli dan Abdul Hadi Yahya untuk menentang Felda United malam ini. "Mereka mungkin keletihan tetapi perlawanan ini penting dan khidmat mereka bertiga begitu diharapkan untuk kami mencatat kemenangan," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan