Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Sengat Rooney

Posted: 01 Sep 2011 04:18 PM PDT

Sukan

Wayne Rooney

Wayne Rooney

Capello taruh harapan tinggi kepada bintang United berdepan Bulgaria hari ini

SOFIA: England menaruh harapan besar ke atas Wayne Rooney mengemudi pasukan mendekatkan diri kepada kelayakan automatik ke Euro 2012 apabila menentang Bulgaria, hari ini ketika Fabio Capello mula menguji barisan muda untuk masa depan.

Prestasi penyerang Manchester United yang disifatkan 'panas' ketika ini selepas menjaringkan hatrik membantu pasukan membelasah Arsenal 8-2, Ahad lalu ditakrif sebagai ramuan terbaik buat mencanang cabaran skuad The Three Lions.

"Kami yakin untuk menang tetapi halangan menentang pasukan seperti Bulgaria tetap sukar," kata Rooney yang percaya beberapa muka baru dalam pasukan termasuk rakan sepasukan United - Phil Jones, Tom Cleverley dan Chris Smalling boleh membantu impian England kali ini. "Saya mahu melihat pasukan berjaya dan dengan beberapa pemain muda pasukan saya yakin kami akan berjaya."

Sementara itu, pengurus Bulgaria, Lothar Matthaus akur mereka bukan tandingan lawan yang berada dalam ranking keempat dunia.

"Kami akan pastikan mereka tidak pulang dengan kemenangan. Tekanan adalah pada England dan ia satu impian untuk menewaskan mereka di gelanggang sendiri.' - Agensi


Buruan Arsenal, Spurs beli pemain berakhir

Posted: 01 Sep 2011 04:18 PM PDT

Sukan

Meireles pindah ke Chelsea, Modric kekal bersama Spurs

LONDON: Arsenal dan Tottenham Hotspur yang bermula hambar musim ini adalah antara kelab paling sibuk pada saat-saat terakhir membeli pemain baru sebelum jendela perpindahan di tutup, kelmarin.

Arsene Wenger membeli Mikel Arteta, Andre Santos, Per Mertesacker dan Yossi Benayoun, manakala Manchester City melengkapkan pemburuan musim baru kali ini dengan mendapatkan pemain tengah yang sering dibelenggu kecederaan.

Arsenal pantas membuat keputusan membelanjakan 24 juta pound (RM116.4 juta) apabila memancing pemain tengah Everton, Arteta dengan harga 10 juta pound (RM48.5 juta) mengisi kekosongan ditinggalkan Cesc Fabregas. Wenger turut membeli bek tengah Brazil, Santos dari Fenerbache pada harga 6.2 juta pound (RM30.1 juta) serta Mertesacker dari Werden, Jerman (RM38.8 juta) serta pemain tengah Chelsea, Yossi Benayoun menggantikan Samir Nasri. Penyerang Denmark, Nicklas Bendtner dipinjamkan Arsenal kepada Sunderland.

Tottenham mendapatkan pemain tengah England, Scott Parker (West Ham) pada harga 6 juta pound (RM29.1 juta) dan berjaya menyimpan Luka Modric yang diburu Chelsea, tetapi Peter Crouch mengikut jejak Wilson Palacios ke Stoke.

Selepas gagal mendapatkan Modric, Chelsea akhirnya beralih kepada pemain tengah Liverpool, Raul Meireles. Bos Liverpool, Kenny Dalglish memanggil kembali Craig Bellamy ke Anfield dan melepaskan Joe Cole ke kelab Perancis, Lille. - AFP


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan