Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Sep 2011 09:12 AM PDT MISI pemburuan emas Olimpik London tidak pernah terhenti dengan pelumba negara, Josiah Ng bertekad memberikan kayuhan terbaik di temasya itu. Biarpun namanya mula tenggelam selepas kemunculan Azizulhasni Awang dalam arena berbasikal negara, Josiah yang dikenali sebagai pelopor sukan itu tidak pernah melihat ia dari sudut negatif. Dia kini semakin bersemangat memburu kejayaan biarpun sudah mencecah usia 31 tahun kerana sasarannya untuk layak ke Olimpik 2012 belum tercapai.
"Bagi saya, setiap latihan adalah pertandingan dan saya perlu memberi tumpuan yang penuh biarpun ia hanya satu latihan," katanya. Josiah yang juga pemenang pingat emas acara keirin Sukan Komanwel, New Delhi menetapkan sasaran membawa pingat emas sekali gus mengharumkan nama negara di puncak dunia dalam acara berbasikal trek . Pencapai atlet yang dibesarkan di California itu tetap memberangsangkan apabila pernah bergelar pelumba terbaik negara dan menduduki ranking pertama dunia dalam acara keirin selain turut layak beraksi di Olimpik Athens dan Beijing.
|
Kedudukan Shahrul dalam skuad negara jadi tanda tanya Posted: 01 Sep 2011 09:09 AM PDT SELEPAS digugurkan daripada senarai ke Kejohanan Bawah 23 Tahun Dunia di Copenhagen, Denmark dalam acara lebuh raya pada 19 hingga 25 September ini, kedudukan juara kebangsaan, Mohd Shahrul Mat Amin dalam skuad negara menjadi persoalan. Pelumba pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) itu tidak mengetahui statusnya sama ada masih lagi berada dalam program Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) atau tidak, apabila memilih untuk pulang ke Malaysia buat sementara waktu.
"Memang sedih apabila saya dimaklumkan tidak akan ke Kejohanan Dunia. Tapi saya sudah tahu jika memilih untuk pulang ke Terengganu, saya tidak akan pergi ke kejohanan itu. "Perkara itu sudah dibincangkan dengan PKBM dan apabila saya mengambil keputusan untuk pulang pada minggu kedua bulan puasa, itu bermakna saya perlu terus melupakan Kejohanan Dunia," katanya. Bagaimanapun bagi mengelak sebarang masalah timbul, Shahrul kembali menjalani bersama 33 atlet di Chiang Mai selama seminggu sebelum kembali ke Malaysia, awal September lalu.
Mengulas peluang negara, Presiden PKBM, Abu Samah Wahab tetap optimis dan berharap peluang itu bakal diguna sebaik mungkin oleh pelumba negara menimba pengalaman bersaing dengan pelumba handalan Eropah.. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan