Kosmo Online - Sukan |
Posted: Sneijder tidak tamakLONDON – Wesley Sneijder menegaskan kegagalan dia berpindah ke Manchester United dengan harga £35 juta (RM170.3 juta) bukan berpunca daripada sikapnya yang tamak. United dikatakan enggan menyamai gaji £250,000 (RM1.2 juta) seminggu yang diperolehi Sneijder di Inter Milan dan menjelaskan mereka tidak akan membayar gaji melebihi £190,000 (RM924,493) seminggu. Sneijder berkata, dia memang sudah hampir untuk menyertai United, namun perpindahan tersebut tidak menjadi kerana dia mahu terus berada di San Siro. "Bagi saya, semuanya bukan berpunca daripada isu gaji," kata perancang Belanda itu. "Saya berasa sangat selesa di Inter. Saya sayang kelab ini dan juga budaya Itali serta masyarakat di sini. Ia sesuai dengan jiwa saya. "Perpindahan itu memang hampir berlaku. Ada beberapa perbincangan dibuat. Ini kerana Inter perlu menjual seorang pemain iaitu sama ada saya atau Samuel Eto'o." SNEIJDER (kiri) Eto'o tidak lagi bersama selepas penyerang Cameroon itu dijual kepada kelab Rusia, Anzhi Makhachkala. Inter telah menjual penyerangnya, Eto'o kepada kelab Rusia, Anzhi Makhachkala. "Mereka (United) adalah antara kelab terbaik di dunia, jadi ia bukan sesuatu yang teruk bagi saya," tambah Sneijder. "Namun, pada masa yang sama saya juga tidak mahu meninggalkan Inter. "Serie A amat bagus bagi saya dan saya tidak nafikan bahawa saya juga berminat menyertai United. "Tetapi perpindahan ini bukan satu kemestian bagi saya dan ada beberapa perkara yang membuatkan ia tidak berlaku." – Agensi |
Posted: Malaysia sudah temui formulaOleh HELMI TALKAH JAMALUDDIN (tengah) dalam fasa memperkemas skuad sepak takraw negara. BUKAN suatu yang pelik apabila skuad sepak takraw negara sering kali dibayangi kehebatan Thailand pada mana-mana kejohanan di pentas antarabangsa. Entah apa puncanya, skuad negara tampak terlalu sukar untuk mencatatkan keme- nangan setiap kali berdepan barisan pemain dari negara Gajah Putih itu. Lihat sahaja persembahan barisan pemain negara ketika tewas di tangan Thailand pada aksi final Kejohanan Sepak Takraw Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Kuala Lumpur, Julai lalu. Bukan mahu memperkecilkan kemampuan serta kualiti barisan pemain negara tetapi Thailand ternyata jauh lebih hebat daripada aspek strategi serta corak permai- nan mereka. Ketua jurulatih skuad elit negara, Jama- luddin Hassan yang menyedari hakikat tersebut bagaimanapun sudah mendapat menghidu kelemahan yang dimiliki anak- anak buahnya berdasarkan persembahan pada kejohanan tersebut. Jamaluddin berkata, barisan pemain negara hanya tewas daripada satu aspek sahaja iaitu pemain Thailand mampu melaku- kan rejaman menerusi kaedah lompatan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan anak-anak buahnya. "Jika dilihat kepada aksi pemain Thailand ketika perlawanan akhir Kejohanan Dunia lalu, saya dapati pemain mereka mampu melakukan rejaman dengan lompatan yang tinggi, sekali gus menyukarkan pemain kita untuk melakukan halangan. "Malah mereka juga turut berkemampuan untuk membaca gerakan pemain kita setiap kali mereka melakukan rejaman," kata Jamaluddin baru-baru ini. Melihat kepada situasi tersebut, Jamalud- din kini mempunyai strategi tersendiri dalam usaha mengatasi kelemahan skuad kendaliannya. "Semua masalah pasti ada jalan penyele- saian. Kita perlu menerapkan corak latihan yang lebih agresif kepada barisan pemain, terutamanya killer (apit kanan) bagi memas- tikan mereka juga dapat melakukan lompa- tan yang tinggi ketika melakukan rejaman. "Selain itu, saya juga sudah dapat menge- san beberapa kelemahan pemain Thailand. Memang mereka hebat ketika melakukan halangan setiap kali pemain kita membuat rejaman. "Namun tidak di semua sudut mereka mampu melakukan halangan kerana ada sudut-sudut tertentu yang mereka lemah. Jadi pemain-pemain kita perlu kreatif bagi mencari sudut-sudut tersebut dalam usaha mengutip mata," jelas Jamaluddin. Skuad negara kini sedang dalam persiapan bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia pada November depan. |
Posted: MSS hadiah raya buat ZaqhwanKELUARGA menjadi 'tulang belakang' di sebalik karier Zaqhwan (belakang) selama ini. SELAIN dapat meluangkan masa bersama keluarga dan juga sahabat handai, sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas, Mohd. Zaqhwan Mohd. Zaidy. Ini kerana, pelumba pasukan Pachie Yuzy Honda Racing ini semakin melebarkan sayapnya selepas dua tahun beraksi dalam arena Cub Prix apabila dipilih pihak pengurusan Boon Siew Honda untuk beraksi dalam saingan Malaysian Super Series (MSS) untuk kategori Supersports. Dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sejak 2002, MSS diperkenalkan bagi melahirkan lebih ramai pelumba baharu selain menjadi medan buat mereka beraksi pada peringkat yang lebih tinggi. "Saya sangat terkejut dan tidak menjangka dipilih untuk beraksi dalam kategori Supersports di MSS kerana saya baru beraksi selama dua tahun dalam Cub Prix. Pelumba-pelumba senior seperti Mohd. Zamri Baba (Petronas Syntium Moto Yamaha AHM) pula memerlu- kan masa yang lebih lama sebelum dapat beraksi dalam saingan kompetitif seperti ini. "Namun begitu, saya cukup gembira dan bersyukur dengan pencapaian ini," ujar pelumba kelas CP130 itu. Ketika ditanya sama ada pemilihan itu mengubah sambutan hari raya pada ta- hun ini, Zaqhwan, 16, menjelaskan: "Mengetahui yang saya akan beraksi dalam Cub Prix dan juga Super- sports, ia menjadikan suasana hari raya saya pada tahun ini semakin bermakna. "Saya dapat berkongsi kegembiraan ini dengan rakan-rakan dan juga keluarga. Ini adalah penghargaan di atas segala kerja keras selama ini dalam karier perlumbaan saya." Sebelum terpilih, Zaqhwan terpaksa menghabiskan banyak masa di Sepang dan juga litar Pasir Gudang di Johor bagi menguji keupayaannya mengendalikan jentera 600cc. "Menunggang jentera 600cc begitu sukar. Secara fizikalnya ia sangat berbeza berbanding jentera Cub Prix, malah jauh lebih pantas. "Pada mulanya saya agak takut dan gementar namun setelah beberapa kali menjalani latihan saya sudah mula dapat membiasakan diri dan mula berasa sero- nok dapat menunggang jentera berkuasa tinggi," kata Zaqhwan. "Walaupun saya sudah mula dapat membiasakan diri pada ketika ini, namun masih banyak perkara yang perlu saya pelajari, terutamanya berkaitan dengan kemahiran mengendalikan jentera 600cc. "Saya perlu mengubah corak kawalan jentera, penggunaan brek, bagaimana untuk mengambil selekoh dan banyak lagi. Proses ini memerlukan tempoh yang lama jadi saya tidak mahu terlalu tergesa-gesa. "Tempoh yang ada pada tahun ini akan digunakan bagi menimba pengalaman dan pendedahan terhadap perlumbaan Supersports," kata Zaqhwan yang turut mengambil bahagian dalam kategori Underbone 115cc pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) Petronas. Anak sulung daripada tiga beradik ini juga tidak sabar untuk berkongsi pengalaman mengenai berita baik dengan saudara-mara serta rakan-rakannya apabila pulang berhari raya di kampung di Pahang. "Selalunya kami sekeluarga akan memandu pulang ke kampung di Pahang dua atau tiga hari lebih awal. Kami akan meluangkan masa bersama-sama untuk membuat ketupat dan juga melawat saudara mara dan rakan-rakan. "Sambutan tahun ini pasti lebih meriah apabila saya dapat berkongsi pengalaman dan berita baik ini bersama mereka. "Cuma saya berharap agar ini tidak dijadikan alasan untuk mengelakkan dari memberi duit raya kepada saya," jelas Zaqhwan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan