Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Misi Safee

Posted: 29 Sep 2011 01:20 PM PDT

Sukan

Safee Sali

Safee Sali

Radovic yakin Safee mampu pikat kelab Liga-A dan ia bukan angan-angan kosong; sanggup bantu jika layak

MISHA Radovic beranggapan impian Safee Sali mahu memikat kelab Liga Australia pada perlawanan persahabatan di Canberra 7 Oktober ini sebenarnya bukan angan-angan kosong.

Malah, jurulatih kelab Pelita Jaya FC itu menyuarakan dia tidak mahu bakat milik penyerang sensasi itu tersekat dan sanggup membantu anak didiknya itu hadir dalam Liga-A itu jika benar dia layak. "Jika dia (Safee) benar-benar layak, saya boleh membantunya untuk beraksi di sana," kata Radovic ketika Safee mula menyarung jersi Pelita Jaya Mac lalu. "Dia berpotensi untuk menjadi penyerang terbaik rantau ini dan saya tidak akan biarkan bakatnya terhenti di sini."

Radovic yang berpengalaman hampir 10 tahun mengendali kelab di Australia dan mempunyai ramai kenalan di sana mampu membantu merealisasikan impian Safee kerana dia kagum dengan kegigihan pemain ini membantu kelab Indonesia dalam Liga Super.

Safee sudah menyumbat tujuh gol dalam 13 penampilan pertamanya di Pelita Jaya.

Safee turut mendapat peluang berlatih bersama kelab Inggeris, Cardiff City yang dimiliki usahawan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee, tetapi selepas dua minggu berada di sana, Safee hanya beroleh peluang 10 hari untuk mempamer kemampuannya.


Ramos buat Almagro mandi peluh

Posted: 29 Sep 2011 01:15 PM PDT

Sukan

AKSI tangkas Nishikori ketika menentang Petzschner di Stadium Putra, malam tadi.

AKSI tangkas Nishikori ketika menentang Petzschner di Stadium Putra, malam tadi.

Mara suku akhir temu Nishikori

BUKAN mudah bagi pilihan utama Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2011, Nicolas Almagro melangkah ke pusingan suku akhir apabila diberi tentangan sengit rakan senegaranya dari Sepanyol, Albert Ramos dalam pusingan kedua di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam.

Selepas mendapat 'bye' pusingan pertama, Almagro, 26, yang baru turun beraksi memerlukan 1 jam 43 minit sebelum menumpaskan Ramos, 23, dengan 7-6(2), 7-6(4).

Pada beberapa minggu lalu, saya ada menjalani latihan bersama Ramos dan tidak sangka dia akan memberi saingan sengit dalam pertemuan sulung kami. - Nicolas Almagro, Pemain tenis Sepanyol

"Pada beberapa minggu lalu, saya ada menjalani latihan bersama Ramos dan tidak sangka dia akan memberi saingan sengit dalam pertemuan sulung kami," katanya yang menduduki ranking ke-11 dunia.

Dalam perlawanan suku akhir, hari ini dia akan menentang Kei Nishikori. Pemain berusia 21 tahun dari Jepun itu terdahulu dipaksa mengerah keringat sebelum berjaya menewaskan lawan dari Jerman, Philipp Petzschner 6-3, 4-6, 7-5 dalam pusingan kedua, semalam.

"Saya kandas pada pusingan pertama pada kejohanan ini tahun lalu dan kemenangan ini sungguh bermakna bagi saya sebagai pemain Asia yang tunggal untuk meneruskan cabaran. Saya akan cuba melakukan yang terbaik dalam suku akhir," kata Nishikori yang pernah meraih Anugerah Pemain Baru Terbaik 2008.

Dalam acara beregu, pasangan pilihan keempat dari Amerika Syarikat, Scott Lipsky-Rajeev Ram bakal bertemu Eric Butorac (Amerika Syarikat)-Jen-Julien Rojer (Netherlands Antilles) dalam perlawanan separuh akhir, esok.
Manakala satu lagi perlawanan separuh akhir bakal menyaksikan beregu pilihan pertama kejohanan, Jurgen Melzer (Austria)-Petzschner (Jerman) bertemu pilihan ketiga, Frantisek Cermak (Czech)-Filip Polasek (Slovakia).


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan