Harian Metro: Arena |
Siti sengaja ‘sorok kuku’ Posted: 29 Sep 2011 11:47 AM PDT "MEMANG benar prestasi semasa saya kurang memuaskan kerana tidak berlari dengan sepenuh hati dan serius selepas memikirkan segala masalah membabitkan KOM (Kesatuan Olahraga Malaysia)." Demikian pengakuan pelari kuartet 4x100 meter wanita negara, Siti Zubaidah Adabi yang mengaku dia tidak mempamerkan prestasi sebenar pada Kejohanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini kerana sudah tawar hati untuk berlari bersama-sama dua lagi pelari dalam kuartet itu, Norjannah Hafiszah Jamaluddin serta Nurul Sarah Abdul Kadir.
Namun Siti Zubaidah mendakwa, selain kejohanan ATM, dia, Siti Fatimah dan Yi Ling tidak berlari bersama-sama Norjannah serta Nurul Sarah pada dua lagi kejohanan iaitu Terbuka Negeri Sembilan dan Grand Prix KOM sekali gus mencetuskan persoalan benarkah dakwaan Karim itu.
Apa yang dimaksudkan Siti Zubaidah ialah dia serta Siti Fatimah dan Yi Ling yang mengikut arahan untuk berlatih bersama jurulatih, Tan Kok Lim dan bukan lagi di bawah kendalian Harun Rasheed Othman seperti yang dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) antara KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN), seolah-olah dilayan di pihak bersalah oleh KOM.
"Jadi di mana sebenarnya keadilan untuk kami? Saya, Siti Fatimah dan Yi Ling tidak pernah ingkar arahan pihak atasan tetapi kenapa kami diperlakukan seperti ini?," katanya.
|
Posted: 29 Sep 2011 11:43 AM PDT GANDINGAN berbisa, Mohd Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha kembali menjadi pertaruhan terbaik ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal untuk menggempur barisan terkuat Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, 7 Oktober ini. Kehadiran semula dua penyerang utama skuad Harimau Malaya itu amat dinanti-nantikan selepas harapan untuk melihat penggempur digeruni ketika Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu tidak kesampaian pada pusingan kelayakan Piala Dunia lalu akibat masalah kecederaan.
"Ini masa yang terbaik untuk saya melihat dua pemain ini bermain semula dan saya berharap mereka dapat beraksi dengan baik," katanya yang mengendalikan sesi latihan pusat pertama bersama 26 pemain di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Sementara itu Safee yang baru pulang daripada menjalani latihan bersama kelab Cardiff City kelmarin turut teruja untuk kembali beraksi di sisi Norshahrul.
Aksi menentang Socceroos ini bakal menjadi ujian besar buat Rajagobal yang bakal mempersiapkan diri untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF tahun depan selepas mereka gagal dalam misi kelayakan Piala Dunia.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan