Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Gelaran edisi ke-90 milik siapa?

Posted:

Gelaran edisi ke-90 milik siapa?

Gelaran edisi ke-90 milik siapa?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

SELANGOR menempah slot ke suku akhir selepas mengatasi Kuala Lumpur pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, sekali gus menghidupkan misi mereka memburu kejuaraan ke-33.


CABARAN Piala Malaysia edisi ke-90 sudah pun masuk ke pering- kat suku akhir.

Pada 10 Oktober ini, lapan pasu- kan terkuat di persada bola sepak tempatan akan membuat perhitungan sesama sendiri bagi menentukan siapa yang lebih hebat.

Bagaikan nakhoda kapal yang mengetuai pepe- rangan, kesemua jurulatih yang layak ketika ini pastinya rancak memikirkan formula terbaik bagi merebut piala paling berprestij dalam sejarah bola sepak tanah air itu sejak ia mula diperkenalkan pada 1921 (ketika itu dikenali sebagai Piala Malaya).

Walaupun telah berusia 90 tahun selain telah bertukar nama sebanyak dua kali (Piala HMS Malaya pada 1933 sebelum dikenali sebagai Piala Malaysia dari 1967 hingga sekarang), ia jelas tidak pernah melunturkan minat jutaan peminat bola sepak tempatan daripada berterusan mengikuti perkembangan pasukan kesayangan masing-masing.

Pertemuan antara juara sebanyak 32 kali, Selangor yang bakal berentap dengan skuad Seladang, Perak di Stadium Shah Alam pasti- nya paling mencuri tumpuan.

Selain ibarat 'cencaru makan petang', lantaran sekadar menempah slot dari Kumpulan D pada saat-saat akhir memintas Kuala Lumpur, pastinya ada sesuatu yang istimewa mahu dibuktikan barisan pemain skuad yang mendapat jolokan Gergasi Merah itu yang kini di bawah tunjuk ajar 'sifu' baharu, P. Maniam.

Beliau mengambil alih 'baton' daripada K. Devan yang mengucapkan selamat tinggal ketika pasukan itu masih terkapai- kapai memburu slot ke suku akhir sebelum ini.

Pada masa sama, kredibiliti Nori- zan Bakar selaku pengendali Perak juga tidak boleh dipandang sebelah mata apabila mengesahkan status selaku juara Kumpulan A meskipun tanpa kelibat lima tonggak iaitu Shahrulnizam Mustafa, Akmal Rizal Rakhli, Mohd. Nasril Nourdin, Mohd. Syazwan Roslan dan Azmeer Yusof.

Mereka hanya boleh beraksi semula jika Seladang layak ke pering- kat separuh akhir akibat digantung tujuh perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysai (FAM) sebelum ini.

Namun, perjalanan penuh liku jelas menanti pemenang antara kedua-dua pasukan itu lantaran yang menanti mereka di separuh akhir kelak ialah sama ada juara bertahan, Kelantan atau pun Terengganu.

Ibarat aksi ulangan Piala FA musim ini, The Red Warriors pastinya mahu mengubat kedukaan mereka setelah dikecewakan Sang Penyu dengan keputusan 2-1 awal Jun lalu.

Kredibiliti Norshahrul Idlan Talaha dan kapten, Badri Radzi pastinya ditagih Datuk M. Karathu bagi merobek pertahanan skuad kendalian Irfan Bakti di gelanggang lawan di Kuala Terengganu kelak.

Dalam pada itu, aksi 'berat sebelah' membabitkan empat lagi pasukan yang dilihat mendapat laluan lebih mudah ke final juga tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

Juara 2009, Negeri Sembilan di bawah bimbingan Mohd. Azraai Khor Abdullah sudah tentu tidak mahu memandang rendah keupayaan pasukan berstatus kelab, Felda United dalam satu lagi aksi suku akhir.

Tambahan pula skuad bimbingan E. Elavarasan itu pastinya berazam mahu menjadi pasukan berstatus kelab kedua menjulang Piala Malaysia selepas Selangor MBPJ pada 2003.

Satu lagi pertemuan menyaksi- kan pasukan berstatus kelab, T-Team yang dilihat tidak berdepan masalah meredah Laut China Sela- tan bagi melakukan perhitungan dengan Sabah.

Namun, jika tersilap langkah tidak mustahil menerima nasib sama dengan juara dua tahun berturut-turut sejak 2007, Kedah yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal terlebih awal pada saingan kali ini gara-gara amukan Sang Badak di peringkat kumpulan.

Safee kembali ke Cardiff?

Posted:

Safee kembali ke Cardiff?

Safee kembali ke Cardiff?


HASRAT Safee (kiri) untuk beraksi di Eropah kini terletak sepenuhnya di tangan pengurusan Cardiff City.


PENYERANG Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali bakal 'berentap' dengan Safiq Rahim?

Itu teka-teki yang timbul sekiranya Safee dipanggil semula menjalani ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City selepas ini.

Sebaik misi itu terlaksana sudah baru-baru ini, penyerang berusia 27 tahun itu dikhabarkan akan dinilai semula bagi tempoh dua minggu lagi dalam waktu terdekat, manakala bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safiq juga dikhabarkan hanya menjalani latihan itu sebaik membantu pasukannya menyelesaikan 'Misi 33' pada saingan Piala Malaysia kali ini.

Jika ia menjadi kenyataan, pastinya ia satu persaingan sihat bagi menunjukkan siapa sebenarnya yang terbaik dalam usaha memikat pengendali The Bluebirds, Malky Mackay.

Malah bagi Safiq, dia benar-benar teruja dapat sama-sama menjalani latihan bersama Safee di Cardiff jika ia menjadi kenyataan.

"Sudah tentu saya teruja jika dapat menjalani latihan bersama-sama Safee di sana nanti. Jika dia yang terpilih pun saya tidak kecil hati, yang penting kami sama-sama dapat mempamerkan bakat kami," katanya kepada Kosmo! semalam.

Safee dan Safiq bakal memperkuatkan cabaran Gergasi Merah bagi aksi Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang musuh tradisi, Singapura di Stadium Shah Alam malam ini.

Di saat Safee masih mendapat kepercayaan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bagi aksi persahabatan menentang Australia 7 Oktober ini, Safiq yang 'tercicir' masih mengekalkan prestasi konsistennya bagi membantu Selangor layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Apa yang pasti, semangat kedua-dua pemain tersebut masih membara bagi menimba pengalaman di Cardiff biarpun harapan peminat tempatan dilihat semakin pudar lantaran masalah permit kerja yang dikatakan menghantui pemain negara untuk beraksi di England.

Begitupun pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim semasa dihubungi tidak dapat mengesahkan perkara itu lantaran jadual Safee yang agak padat ketika ini walaupun mengakui turut teruja sekiranya kedua-dua pemain tersebut menjalani latihan serentak di Cardiff.

Ia katanya, ekoran perbincangan lanjut mengenai perkara itu hanya boleh dilakukan oleh pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee bersama majikan Safee di Indonesia, Pelita Jaya.

"Memang ia sesuatu yang istimewa jika kedua-duanya menjalani latihan serentak, namun terserah kepada Cardiff untuk membincangkan perkara itu bersama Pelita Jaya.

"Buat masa ini, kami masih belum menerima sebarang jadual Liga Indonesia daripada Pelita Jaya walaupun dikhabarkan akan memulakan sepak mula pada 10 Oktober ini.

"Selain itu saya juga tidak pasti jika Liga Indonesia ditangguhkan ataupun tidak bagi memberi laluan kepada temasya Sukan SEA, November nanti," katanya.

PSS 2011: Dua musuh tradisi kembali berentap

Posted:

PSS 2011: Dua musuh tradisi kembali berentap

PSS 2011: Dua musuh tradisi kembali berentap

KEJOHANAN Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 membuka tirainya di Stadium Shah Alam malam ini.

Seperti biasa, ia menemukan dua musuh tradisi - Selangor dan Singapura - yang satu ketika dulu telah mewarnai saingan bola sepak tempatan khususnya pada era 80-an.

Tahun ini, aksi pasti semakin sengit kerana pilihan Selangor mendapat khidmat dua tonggak import iaitu bekas pemain Manchester United, Jesper Blomq- vist dan bekas pemain Liverpool, Jason McAteer.

Kehadiran dua tenaga import itu bertujuan untuk merancakkan lagi saingan selain langkah Selangor untuk mengubati kekecewaan mereka selepas tewas 0-6 kepada Singapura pada edisi tahun lalu.

Sebelum perlawanan utama bermula malam ini, PSS 2011 juga akan menyajikan aksi antara veteran Selangor menentang veteran Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur PSS 2011, Datuk Abd. Karim Munisar berkata, kali ini pilihan Selangor mahu menjulang gela- ran juara PSS.

Menurutnya, sejak PSS diperkenalkan, pencapaian kedua-dua pasukan adalah seimbang dengan masing- masingnya mencatat empat gelaran.

"Selepas Selangor tewas 0-6 pada edisi tahun lalu, kami sudah sedar di mana kekurangan dan kelebihan kami.

"Kami juga nekad untuk melebarkan rekod kemenangan ke atas Singapura," tegasnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan