Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Chong Wei ke final, Koo-Tan kandas

Posted:

Chong Wei ke final, Koo-Tan kandas

Chong Wei ke final, Koo-Tan kandas

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir Terbuka Jepun setelah menumpaskan Peter Hoeg Gade, sementara nasib berbeza menimpa beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang terkandas pada separuh akhir, semalam.

Chong Wei tidak berhadapan masalah untuk menewaskan wakil dari Denmark itu dalam perlawanan straight set 21-13, 21-16.

Pada perlawanan akhir, hari ini hajat Chong Wei untuk berjumpa seteru lamanya, tidak kesampaian apabila juara dunia, Lin Dan menarik diri pada separuh akhir kerana kecederaan kaki.

Penarikan diri Lin Dan, membuka laluan kepada rakan senegaranya, Chen Long untuk beraksi di pentas akhir bertemu Chong Wei yang turun untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya, tahun lalu.

"Peter merupakan pemain veteran. Saya rasa amat sukar untuknya jika dinilai dari segi fizikal. Saya cuma bermain dengan tenang dan cuba melakukan serangan apabila saya ada peluang.

"Saya hanya ada satu lagi perlawanan esok (hari ini). Saya akan cuba berikan yang terbaik dan mencatat kemenangan pada Terbuka Jepun yang menyambut ulang tahunnya ke-30," kata Chong Wei.

Kejayaan pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu, bagaimanapun gagal dijejaki rakan senegara, Kien Keat-Boon Heong yang terpaksa akur dengan kehebatan beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng dalam perlawanan sengit yang berkesudahan 17-21, 21-19, 19-21.

Cai Yun-Fu Haifeng akan bertemu pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano yang menewaskan teman senegara, Markis Kido-Hendra Setiawan dalam aksi rubber set 15-21, 21-16, 21-18.

Lin Dan ketika ditemui pemberita berkata: "Saya kecewa kerana tidak dapat meneruskan permainan saya, tetapi kami masih mempunyai banyak kejohanan bagi meraih kedudukan pada Sukan Olimpik di London, jadi saya tidak mahu mengambil risiko sekarang.

"Kejohanan ini bukan satu-satunya pertandingan yang boleh saya sertai sebelum Olimpik. Peluang masih terbuka hingga Mei tahun depan. Saya akan bermain sebaik mungkin dalam setiap pertandingan.

"Saya berjanji yang saya akan kembali tahun depan dengan prestasi yang lebih baik."

MENANG

Posted:

MENANG

MENANG



KETUA pasukan Selangor, Mohd. Amri Yahyah (kiri) diasak pemain PDRM, Mohd. Zamri Omar pada perlawanan Piala Malaysia di Seremban, malam tadi.

Selangor menang 4-1 sekali gus menghidupkan sisa peluang untuk mengintai tempat ke suku akhir selepas Kuala Lumpur dan T-Team mencatat keputusan seri 1-1. – MINGGUAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan