Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Faktor pemain

Posted: 12 Oct 2011 01:17 PM PDT

"TAK boleh nak salahkan pengadil semata-mata. Perlawanan itu sendiri sebenarnya yang tidak membantu pengadil berkenaan untuk melaksanakan tugasnya dengan baik."

Demikian firasat bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Subkhiddin Mohd Salleh ketika diminta mengulas tindakan pengadil, Mohd Nafeez Abdul Wahab melayangkan lima kad merah ketika Terengganu bertemu Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Rakan-rakan mereka yang lain juga tidak banyak membantu apabila menghangatkan lagi situasi tegang. Begitu juga dengan penyokong. Kalau nak kata pengadil emosi, pemain dan penyokong lebih emosi. - Subkhiddin Mohd Salleh, Bekas pengadil FIFA

Menurut Subkhiddin, 45, bukan Nafeez sebenarnya yang beremosi, sebaliknya pemain serta penyokong kedua-dua pasukan yang lebih emosi sepanjang pertembungan 'panas' dua musuh Pantai Timur itu.

"Pengadil menghukum pemain bukan kerana dia marah, tetapi pemain itu sendiri yang melakukan kekasaran. Bagi saya, kad merah kepada Daudsu Jamaluddin dan Shakir Shaari memang wajar jika dilihat tindakan mereka.

"Rakan-rakan mereka yang lain juga tidak banyak membantu apabila menghangatkan lagi situasi tegang. Begitu juga dengan penyokong. Kalau nak kata pengadil emosi, pemain dan penyokong lebih emosi," kata Subkhiddin ketika dihubungi, semalam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

fifa

hm..sume tindakan pengadil uw ta ley bantah coz dowg sume da pegi kursus pengadil sebelom jadi pengadil..btol x

kaki bola

bila kalate main jer...mesti ada melibatkan pergaduhan...apsal ekk...

azmi

apa la main bola pun nak gaduh2...zaman ROME permainan bola sepak diadakan tuk berdamai/menghentikan peperangan... tp zaman la ni perlawanan bola dijadikan medan pergaduhan lak...renung2kan la rakyat MALAYSIA...realisasikan la 1MALAYSIA...

man

dlm politik,dlm sukan sume org bgaduh.bangsa asing gelak tguling2

man

trime je la keyataan..dh terang2 salh....

deraj

best isu mcam greng pisang pnas lak,terengganu n klate ni dh jad perbualan hngat d mne ke dua dua pasukan ini dh d ketahui ramai yg mne pasukan ini yg panas baran lebih lebih lagi penyokong,klau mnang pun jadi,klau klah pun jadi silap silap hari bulan ada kete kne bakar,apatah lagi dengan yg laen tu,btul ng slogan mereka klate gomo,ganu peteh (kesimpulan nye bermusuh laa huhuhu)

pengkritik orang yang gila nak kritik orang

Pemerhati Bola Sepak Malaysia, ko sedap je nak komen pemain malaysia. klau kau pandai sangat nga skill orang putih 2 hang pi la ganti norshahrul idlan 2 main bola. aku nak tngk ko main 'org putih' kau 2 mcm mna. ko nak main bola wakil kampung pun xlayak ni nak komen orang lak. tngk cermin la der muka sbelum komen. gomo kelate gomo.

bekas pemain dan bekas pengadil

Kejadian yang telah berlaku tu, jadikanlah ikhtibar, pada saya semua pemain kenalah bermain secara profesional dan janganlah terlalu emosional, jadilah pemain yang sejati janganlah ikutkan hati, mudahan semua pemain bolasepak kita tak kira dari mana pantai timur ke, pantai barat ke akan terus cemerlang. Bagi pengadil pula, andalah yang menentukan corak permainan, adililah permainan secara rasional dan professional berdasarkan kelayakan dan pengalaman anda. Pengadil yang baik biasanya dapat menilai sesuatu situasi sebelum mengambil sebarang tindakan. Mudahan para pengadil akan teruskan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi

karl039

@Aku Juga Pengadil
owh..so nak tanye hang ke?die jadi pengadil utama la time perlawanan pembukaan..kan ade skali tu pemain rampas kat die

komen aku

"Pemerhati Bola Sepak Malaysia"
ko ni x abis2 nk ckp player malaysia pegang bola lame2....ko slalu main pegang bola mcm Roneey ke?
klu mcm Roneey dh tentu ko dulu yg terpilih wakil Malaysia masuk Cardiff....
klu ko x tgk game sepenuhnya kt stadium mlm tuu...jgn nk cite lebih....tgk dulu game...baru komen bro....
pikir2kan lah....wahai sang Pemerhati Bola Sepak Malaysia

AKU PERANTAU

aku rasa dalam hal ni..Subkhiddin masih lagi belum cukup matang dalam kerja memberi ulasan dan komen tentang mutu pengadilan..dia dulu pon dok tepi padang jek..yeye jek pengadil no.1..klau nk diikutkan masa lawan KEL vs TRG tuh, cuba perhatikan elok..player jersi putih yg g langgar syakir..msa tu dok hingaq pasai nurul jatuhkan player jersi putih..so skang..mana mutu pengadil..xkan nma mutusamy jek yg ade mutu nye..(he5..selingan)..macamana penyokong tak mulakan provokasi..sapa yang salah disini..xkan nk gantung kamera kat leher pengadil kot...fikir2kanlah...

wira negara

F.A.M patut siasat pengadil ini mana tahu ada sesuatu kerana selalunya pemain dituduh ambil rm

Wan Shyney

Hidop pengadil!!!!!!

hendrygurney boys

ambil pemain import adalah baik utk meningkatkan mutu permainan bola sepak Malaysia walaupun mempunyai pro n kontra

Mohd Hisham Abd Rahman

Kalau nak bercakap bab pengadil ni, memang macam macam jawapan yang diberi. Teman pernah jadi pengadil, pernah jadi pemain dan selalu jadi penonton. Masa kita jadi pengadil, kita tahu apa yang kita buat dan selalunya pemain tak suka kalau keputusan yang dibuat tak memihak kepadanya. Masa jadi pemain, kita akan rasa tak puas hati pulak pada pengadil. Masa jadi penonton, memang selalunya pengadil yang jadi sasaran kalau team kita kalah. Yang sebenornya, bukan senang jadi pengadil ni, sebab keputusan mesti dibuat ON The Sport. Hakim kat mahkamah pun boleh rujuk buku kalau nak tentukan keputusan. Tepuk dada tanya selera. Ketika kalah, semua pengadil tak betoi, masa menang, tak puji pengadil pun.

ss

Pengadil telah menjalankan tugasanya dgn penuh tanggungjawab, bila pemain dilayangkan kad merah, pemain/penonton salahkan pengadil. fikir2kanlah

Terimalah Kekalahan

Kenapalah bila kelantan kalah, masing2 nk salahkan pengadil..main memang kasar dan patut diberikan kad merah..terima ajalah kekalahan.

abg long

kalau dah nak salahkan pengadil.. main la bola tanpa pengadil. nak begaduh ke, nak berkongfu ke, ikut suka la... apa la sangat liga malaysia ni.. dulu tengok liga semi pro lagi best dari sekarang. ni dah jadi liga profesional sepatutnya lagi maju. ni semakin hampihhh... ni la rata2nya pemain di malaysia ni sekolah tak tinggi.

qrtypkjlmnbvcxzs

cakap banyak pun tak guna fam sibuk nak majukan pasukan kebangsaan tapi pengadil malaysia nie tak maju2 jadi ref sekadar jadi cari duit poket langsung tak profesional fam ref part time yg buta kayu pi kursus seminggu terus dapat jadi ref lepas tu nak senang tak nak pening kepala terus kasi kad merah bodoooooooooooh

mat nije

pengadil sepatutnya tegas dalam mengadili setiap perlawanan.... tapi jika terlalu banyak kad dikeluarkan, saya rasa pengadil tersebut tidak dapat mengawal perlawanan dengan baik... sepatutnya dalam edisi piala malysia yg melibatkan perlawanan yg difikrkan tegang, FAM patut menyenaraikan pengadil yg lebih berpengalaman kerana faktor pengadil yg tegas, berpengalaman, sudah terkenal saya rasa akan mempengaruhi cara pemain bermain.. biasanya pengadil yg muda dan kurang berpengalaman kurang dihormati oelh pemain.. pengadil dimalaysia juga patut diberi sistem Caps.. jika byk caps barulah lah boleh mengadili perlawanan suku akhir ke atas.erima kasih

ridiculous

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bekasbintangnegarasoalstatuspengadil/Article/

5 kad merah, 13 kad kuning. klu game yg ada bertumbuk atas padang pun xde byk kad mcm ni.

alkali berasid

Minta FAM hulur Subkhiddin jadi ref Kelantan vs Terengganu jumaat ni.. Ok apa.

ainz

Saya sokong dgn pernyataan en Subkhiddin..mmg ptt sume pemain tue kene kad merah..Saya bkn nak sebelahkan mana2 pihak tp kelantan mmg main kasar..dhmain kasar tp tak nak ngaku siap tempelak kepala org lg.tgkla game timbal blk mlm esok kalo kelantan kalah sure ade stadium yang terbakar lg..

hampeh

hampeh!!! pemain salah, pengadil LAAAAGII salah.. xtw nk control game, liga antarabangsa pn byk gaduh, tp xpnh smpai mcmtu skali hukuman.. kalau pengadil bg kad merah awal2 lg sebab ksalahan kecik j, pemain lgla da angin 1 badan.. lgla dorang xpuas ati.. agaknya pengadil nimmg xnak bg pantai timur menang liga malaysia kot

meong

mmg patut pn kad merah yg daudsu n syakir tu dpt...kad merah lain mmg x brape ptt laaa...

zid'z

xde semangat kesukanan.. bila la bola sepak kita nak maju kalau asyik dok gaduh je.. korang ( player ) gaduh pandai la tapi permainan tak ke mana... ubah-ubah la sikap.. pofesional la sikit...

mie

Huh...mmg panas kes2 mengadili perlawanan ni. Nasib baik masa Sabah vs T-Team hari tu tiada satu pun kada dilayangkan. Perlawanan yang bersih.

fazlinhanis

Asri tu..cakap baik-baik sikit...mentang-mentang lah Terengganu tu menang cakap sombong...Aku rasa kalau Terengganu kalah dgn Kelantan mesti penyokong atau pemain Terengganu salahkan pengadil....

Aku Juga Pengadil

Saudara Subkhidin pun Pengadil Dok Tepi Padang jer. Sama juga ngan pengadil yang keluarkan 5 kad merah. Tak layak tanya pendapat dia.

Shady

Kepada semua diminta bertenang, usah tegangkan suasana. Kita main bola biar ada semangat kesukanan. Pemain harus pandai mengawal emosi, masuk padang nak main bola, buang jauh-jauh perasaan emosional. Pengadil melaksanakan tanggungjawab sebagai pengadil. Setiap pemain yang bersalah perlu dihukum setimpal dengan apa yang dilakukan, sekiranya perlu diberi kad merah, pengadil perlu beri kad merah, begitu juga kad kuning. Ini adalah hak pengadil dan pemain perlu menerima kenyataan. Bayangkan sekiranya anda yang mengadili perlawanan bolasepak, apa tindakan anda sekiranya terlalu banyak kekasaran yang dilakukan. Cuba fikir-fikirkan.

angker

klu main tu molek, tok kekoh kaki ore, pengadil pun molek deh... ni main mace nok berpere... klu pengadil tok bagi kad meroh, meme adola ye mati atah pade... dededede...

Anuar Zain

Setiap permainan ada kalah dan menang. ISU pengadil ni.. Apa yang saya pernah rasa..kita akan buat yang terbaik.. ISU nya FAM kena pandai pilih pengadil yang punyai pengalaman.. Bukannya nak beri pengalaman.. Biarlah pilih pengadil yang betul2 ada ktrampilan yang dihormati pemain.. Ayuh semua pengadil, pemain, jurulatih dan penonton.. Buktikan kita BOLEH!

Amad Bari

saya amat setuju dgn comment jeme/mezang.rata2 skuad negara kita dibarisi dgn pemain2 yg berasal dari pantai timur.cuba lihat dari segi posisi goalkeeper,hanya khairul fahmi(klantan),sharbeene(terengganu) sahaja yg merebut tempat tersebut.ada sesetengah pihak yg cuba nak meruntuhkan perdamaian di antara terengganu dan klantan,walhal ketika kami berjumpa final piala fa lalu di stadium bukit jalil,tiada pergaduhan berlaku,semuanya berjalan dengan lancar,sebelum dan selepas game siap amik gambar bersama,dan lebih membanggakan,penyokong2 terengganu berkongsi sama tempat duduk dgn penyokong2 klantan,di mana memang jarang sama skali kita boleh tengok situasi seperti itu!hidup pantai timur!

Nafeez bin Subkidin

nafeez sama subkhiddin sama saja tak ada standard,subkhidin pi backup budak gila meroyan buta colour tak kenal warna buat hapa? dh terang lg bersuluh memang nafeez emo, tak layak handle game besar. kalau syakir ngan daudsu bersalah ape cerite ismail faruqi? bodo punya ref, sebab dah bersalah nak balance game balik, sorry dh terlambat, yg ko layangkan pada 2 player awal2 then nak balance balik, lepas tu terus menggila. aziz dn zubir tu sama2 under 23 team la tak payah nak pecahkan diorang la bodoh punya nafeez.

Pemerhati Bola Sepak Malaysia

Aduyaiiiiii.....Tolong la pemain bola sepak malaysia.... Jangan la awak semua main macam bangang dan berlagak pandai main.... Kalau main bola sepak tu, jangan pegang bola kat kaki lama lama ngok!!! Cuba la tiru style pemain luar negara...kan seronok depa main...laju jer... Ini tak, buat sakit hati aku tengok pemain malaysia terhegeh-hegeh main bola macam budak sekolah...Tolol!. Pirahhhh! (Kepada pemain malaysia yang tak sedar diri). Jurulatih buka mata sikit yer.....Ajar tu biar ada skill sikit yer....Cet!!

bukan pengadil

Subkhiddin pun lebih kurang jer..... dah terang pengadil mmg takleh pakai nak pertahan lagi??? dulu masa ben william pun Subkhiddin pertahankan gak..... agak2 la kalau nak bekap pengadil pun.....

J-SIN

Ambil iktibar penyokong Liga England.Rata-rata stadium tidak berpagar tinggi kerana penyokongnya berdisiplin walaupun ganas.Jika anda pengadil,anda juga mengambil tindakan yang sama.Saya sokong pendapat Sdra Supkhidin.

MOHAMAD

jumaat ni bagi yaacob jadi pengadil pulak, ada berani...?

jeme/zemang

Wahai Placentius Stanislaus Puyushi, tlg jaga skt bahasa anda, jgn main sedap mulut je nak kata apa2. Utk pengetahuan anda, skuad negara memang sebuah skuad belasahan lebih 3 tahun sudah. Pasukan negara BANGKIT di rantau Asean dalam 2 atau 2 tahun ni selepas sebahagian drp pemain dari Pantai Timur diserapkan dlm skuad kebangsaan. Nak hrpkan sebelum tu, hampeh langsung TIADA KEJUARAN. Nak hrpkan lebih drp separuh pemain berasal drp sebuah negeri tu, dgn Myanmar dan Fillipina kita kalah. Jgn kita bandingkan dgn kelab2 atau negara2 yg rangkingnya bwh 20 dunia. TAPI HAKIKATNYA SKUAD NEGARA BANGKIT SELEPAS PEMAIN DARI PANTAI TIMUR INI DISERAPKAN DLM SKUAD KEBANGSAAN. SEKURANG-KURANGNYA KITA ADALAH SALAH SATU PASUKAN TERKUAT DI ASEAN. PIKIR2 KAN LA...

cobamainballdenganbaik

"sedikit kesilapan yang dilakukan utk kebaikan di atas kesalahan orang lain yang tidak dapat menghargai kepentingan orang lain di dalam padang bola". Ayoh, Kelantan & Trengganu pasukan anda masih terbaik dan serlahkan quality pasukan anda jika sesungguhnya insiden seperti itu cuma hadir ketika kita alpa.

MOHAMAD

lepas ni bagi en. Yaacob jadi pengadil, ada berani...? senang sangat nak men'tolol;kan orang...

ngap sayot

Saya kurang bersetuju dgn komen dari bekas pemain kebangsaan ..itu adalah komen orang yg masih amatur ...pemain di malaysia masih blom mencapai satu tahap yg matang kerana masih terikut stail kampung iaitu permainan kasar ..kta patut menukar mentaliti kta ke arah bolasepak semi-pro bukan stail kampung lagi . kenapa Jepun bole berjaya dgn JL nya ..pemain2 mereka telah matang dan menukar mentaliti ke arah bolasepak professional ..tapi kta masih jauh ke belakang dari tahap itu ..pemain itu mesti mempunyai kepakaran dan pengetahuan klau nak jadi pemain yg terbaik . klau pengetahuan kosong cam tu lah jadi nya ...

asicsbest

Tindakan pengadil memang tepat, jgn salahkan pengadil krn kad merah itu memang wajar terutama Daudsu Jamaludin krn bermain bola sepak mcm pemain2 Afrika tahun 1980 an dulu. Tgk pegawai2 FA England yg tdk seorg pun menyokong tindakan Rooney yg kena kad merah ttp coach di Malaysia msh nk melindungi pemain yg tidak berdisiplin mcm tu. Tidak guna kita membuat pelbagai program utk melahirkan pemain yg berkualiti yg akhirnya di cederakan oleh pemain2 mcm Daudsu tersebut, perhatikan betul aksi beliau kat Astro 801, anda akn faham

tulunsabah

memang patut pun kalau keadaaan macam tu. pengadil yg bertanggungjawab di atas padang dan mengadili perlawanan. Pengadil perlu tegas dan bukannya mengikut telunjuk mana2 pemain yg beremosi dan tak sepatutnya mempersoalkan kewibawaan seseorang pengadil yg bertauliah.

ramzan29

Kalau kelantan menang, mesti tak timbul pengadil emosi kan?

asri

Terima kenyataan yang Terengganu lebih baik daripada Kelantan.....Jgn nak salahkan pengadil......renung-renungkanlah wahai penyokong dan pemain kelantan....

SUPER M

Bukan semua, tapi kebanyakan player kita sangat emosional. Kalau kita tengok EPL sangat jauh bezanya. Apa sebenarnya tahap mentaliti player kita? Segelintir penyokong pun begitu. Masih berada di mentaliti dunia ketiga. Sabarlah banyak-banyak. Tujuan sukan untuk menyatu padukan rakyat bukan untuk berpecah belah.

gilerbolemsia

kebiasaannya manusia apabila mendpt pandgan dr org ternama terus saje ikut, bg sy itu pndgn peribadinya sebg seorg pengadil dia sudh semestinya mperthnkn profesionnya. bg sy klu pemain dan penonton beremosi adalh perkara biasa kerana pemain yg brmain dan penonton yg dtg menonoton mghrpkn kemenangan, tetapi klu pengadil yg beremosi atau ?1?... itu tlh mjd luar kebiasaan. d hrp kpd pengadil2 d Msia walaupun anda semua kebal d lindungi oleh FAM, jgnlh anda salah guna kekebalan trsebut.kpd pengadil2 yg tlh mjlkn tugas dgn baik, syabas & tahniah sy ucpkn kpd semua pengadil2 bolasepak adili lah sesautu prlwnan itu dgn sejujur-jujur dan seadil adilnya, akhir kalam kpd semua pengadil2 bolasepak sy ucapkan "SELAMAT MENGADILI PERLAWANAN BOLASEPAK" semuga dgn corak pengadilan yg baik akn membantu meningkatkn mutu bolasepak d Msia.

fairplay

tiap-tiap hari keluar isu ni..media saje nk panaskan keadaan ke apa..tp jgn terkejutla kalau byk keputusan memihak kpd Selangor..nk tolong Misi33 katenye

abang

sebenarnya pemain yang lebih2..mengada2 nak salahkan pengadil..da terang2 buat kekasaran pun tak nak mengaku..tak pasal2 tau nak mengutuk pengadil..lebih baik tak yah main bola..kesian FAM dipersalahkan kerana salah memilih pengadil..

Maramin Abd. Labin

Rasionalnya layangan kad kuning atau kad merah itu bertujuan untuk mengadili atau hukuman kepada sesuatu insiden berbentuk kekasaran oleh pemain agar ianya tidak berlarutan dalam permainan. Marilah kita renung dan fikirkan bersama-sama.

jeme kelar

Tertarik & marah dgn komen Placentius Stanislaus Puyushi..Utk pengetahuan anda, skuad negara baru menunjukkan peningkatan permainan sejak 2 atau 3 tahun ni diperinkat Asean, kita menang emas Sukan Sea & menang piala Suzuki tahun lepas. Kenapa kita menang anda nak tau, kita dibarisi pemain2 yg kebykkannya berasal dari Pantai Timur. Sebelum ni iaitu lebih 3 tahun lepas, lebih separuh daripada pemain2 berasal dari satu pasukan yg kononnya gah bila bermain di Liga Super Malaysia tapi bila mewakili Skuad Negara, kita menjadi skuad belasahan. Dgn skuad Burma pun kita kalah. Jd jgn main sedap mulut je nak kata apa2. Fikirkn duhulu...Sedar la anda, kenapa kita BANGKIT setahun dua sebagai Pasukan KUAT ASEAN.

redhuan

perlawanan Barca dan Real madrid selalu bergaduh.beremosi.lawan-lawan.lagi la mereka ini pemain bertaraf dunia.tapi pengadil mereka lagi bertaraf dunia dapat mengawalnya.jangan dok slaahkan pemain kalau dari player kelantan dan terengganu.salahkan pengadil juga la yang melayankan 5 kad merah dan 7 kad kuning.nampaknya subkhidin juga mahu menruskan agenda misi 33 selangor,hahahahaaa

amari

xsetuju ngan subkidin pasal dia juga bekas pengadil. kalu semua xnk sejukkan keadaan.. siapa lagi. pengadil sepatutnya memainkan peranan utama

Laskar Wong Ireng

Istilah "Derby" antara dua jiran rapat perlulah di jenamakan semula dgn konsep berlainan. Aksi "panas" perlulah diubah dgn semangat kesukanan dan gaya mutu permainan yang lebih berkualiti. Kedua dua pasukan perlulah menunjukkan semangat perjuangan yang takkan padam. Mutu permainan jadi ukuran utk perlawanan sebegini, bukan aksi panas baran kedua dua pasukan.

Pemain perlu berhenti bermain mengikut kehendak penyokong....Kurangkan mengikut kehendak yang mahukan keganasan.

rosyam

memang patut pengadil bagi kad merah....tapi perlu penilaian dan bijak menyelesaikan situasi..

baderuzaman

betul tu.sama2lh kita jg mutu n kualiti bola sepak kita.jgnlh bergaduh.kerana bola sepak kita masih jauh ketinggalan..jgnlh emosi sangat

mie putrajaya

Memang la pemain emosi, tapi siapa yang ditugaskan mengawal emosi dan game..pengadil bukan? masing-masing nak tegak benang basah...last last penonton menyampah dan tak nak pergi stadium, siapa yang rugi. Siot.

Rush

Pengadil adalah 'polis' perlawanan, jadi sehangat mana emosi pemain dan penyokong, pengadil perlu tenang dan rasional, kena bijak bila membuat keputusan. Jangan dijadikan alasan emosi orang lain untuk bertindak melulu. 5 kad merah, 10-13 kad kuning? Pengadilan antarabangsa pun tidak macam ni.

hantu bola

Kalo dah main bola nak terjah kaki lwn jea, main x de semangat kesukanan, main bola ikut emosi dan x guna otak pastu nak salahkan pengadil. Cuba lihat negara jiran... Bola Sepak mereka lagi maju dan profesional.

wan

memang patut kad merah pun..bukan nak main bola..nak berkungfu ja..salah jenis sukan..bagus ikut je karate,gusti ataupun silat..baru cun..sepak bola lah....

yazid

main bola macam bagus sgt,tapi emosi kenegerian je kuat.Bila main peringkat asia tenggara pun sudah berlari dlm padang mcm budak tadika..kena sedar diri lawoi...sampai bila ranking kita nak naik kalau bergaduh dan tendang kaki orang je..bukan tendang bola

abg long

sebab tu ranking bolasepak malaysia jatuh ke 143. bukan nak bola, nak gaduh je lebih. pegawai2 pasukan pun sama je... kalau macam ni tak usah la bermimpi nak pergi lebih jauh. peringkan asia tengara pon belum tentu. baru menang piala suzuki dah cerita macam dah menang piala dunia. siap kerajaan bagi cuti lagi. renung2 kan la.... pemain2 dan pegawai pasukan yang lembab.

annacomel

jauhari je yang kenal manikam..bukan jauhari tu duk diam-diam..bermain tahap negeri tetapi nak pengadil kelas dunia..semangat pemain teramat tinggi..tahniah... tetapi kalau ada skill dan emosi yang baik ...itu saya ucapkan tahniah tahniah tahniah..

JAM N9

saya amat sokong kenyatataan saudara subkhidin,sebenarnya pemain bolasepak dimalaysia walaupun hari hari main bola tapi tiada idea nak jadi terbaik,harap juruletih pastikan pemain yang dipilih punya disiplin,semangat tinggi,mempunyai tendangan yang kuat,badan yang tegap dan larian yang laju...barulah pemain malaysia boleh maju.kalau tidak buatlah program apapun,inilah standard yang ade.

pokjik

pemain2 suma letih...
bila pengadil seolah2 tiada belas...tu yg buat pemain makin panas...
sekurang2 nye senyum. aku tengok game felda ngan N9...pengadil hanya bagi hukuman tanpa ade peluang untuk pemain dapat penjelasan...
bukan pemain je kena contohi pemain luar negara, tapi pengadil, pengurusan FAM kena juga buat benda yang sama...

adha

dalam sejarah piala Malaysia 5kad merah di layangkan!murah hati bt0l pengadil kite.alah sume dah di rancang p0n!kesalahan xseberapa p0n...b0dho

ryo

bagi saya penyokong tidak boleh disalahkan.mereka keluarkan duit untuk beli tiket.semestinya mereka mahu menyaksikan satu permainan yang menarik. yang bersalah adalah pemain dan yang kurang kurang pengalaman adalah pengadil. Pengadil dilihat tidak menggunakan peringatan kesalahan 1,2,3 atau mengingatkan pemain akan akibat yang bakal diterima atau memanggil pemain dan memberi amaran. pemain pula gagal mengawal emosi ketika bermain walaupun bola sepak kita adalah liga profesional dan bukan lagi semi pro.rakan2 pemain juga gagal menenangkan tetapi menambah lagi kehangatan.yang paling gagal adalah FAM kerana orang yang melantik pengadil dan yang memberikan komen negatif adalah dari FAM sendiri.kan bengong.patutlah bola sepak kita makin mundur.

Azmel

salah satu punca kegagalan bola sepak negara adalah sikap suka menuding jari. tak pernah nak sedar kesilapan diri sendiri!!

musza hairul

saya sokong pernyataan dr en Subkhiddin Mohd Salleh. dan dalam game tersebut, mmg patut dilayangkan kad merah...

wadi

saya bersetuju 300% apa yang diperkatakan itu kenapa nak salahkan pengadil?????hakikat sebenarnya pemain perlu kawal emo ketika bermain....jangan hanya menyalahkan 1 pihak saja...

ISMAIL BIN HUSSAIN

kebanyakan pengadil di malaysia berat sebelah,tidak spt pengadil dari luar.pengadil seperti nafeez x layak langsung utk mengadili PM

Xender X

kalau penyokong da berkelakuan memBABI buta...memang wajar tindakan pengadil ke atas pemain...pemain pn tiada semangat fairplay antara 1 same lain...penyokong kelantan memang bermasalah sebelum-sebelum ni pn timbul pergaduhan...tau la main utk menang tp bukan utk beremosi...bg player yg ada atas padang boleh control je emosi...main dlm malaysia...bukan lawan dengan pasukan luar...xde perasaan hormat antara 1 sme lain...2 2 pasukan nk keras kepala nak beremosi nak lagak bagus...player bila main ngn pasukan tempatan main nk separuh mati je…sarung jersey kebangsaan main mcm HARAM…

cuganu

peteh ganu peteh..semarak darul iman..sokongan sepanjang zaman..
kalau lah kita yang jadi pengadil malam itu..
apa tindakan kita terhadap kekasaran2 yang dilakukan malam itu...adakah sekadar amaran.. renung2 kan lah..

Xender X

kalau penyokong da berkelakuan memBABI buta...memang wajar tindakan pengadil ke atas pemain...pemain pn tiada semangat fairplay antara 1 same lain...penyokong kelantan memang bermasalah sebelum-sebelum ni pn timbul pergaduhan...tau la main utk menang tp bukan utk beremosi...bg player yg ada atas padang boleh control je emosi...main dlm malaysia...bukan lawan dengan pasukan luar...xde perasaan hormat antara 1 sme lain...2 2 pasukan nk keras kepala nak beremosi nak lagak bagus...

PEKIDA

Gomo klate gomo.. Banyak2 bersabar.,, pandang ke depan. Adat permainan. Klate belum kalah lagi, perbaiki permainan. InsyaAllah Piala Malaysia dapat dibawa ke Klate. Minta semua berfikiran positif, jangan hangatkan keadaan. Kita sama-sama melayu bergaduh. Kaum lain bertepuk tangan, gelak ketawa, senyum sinis. Jadikan kaum profesional. tok molek dok baloh samo-samo kito

isha

pengadil tidak bersalah...yang bersalah pemain yang terlalu ikut emosi sehingga melakukan kekasaran...

alamsetia_shah

bila kemenangan tidak berpihak pada kita....kita akan mudah mencari kesalahan org lain..pemain sepatutnya menunjukkan sikap profesional kerana peminat membayar bukan hanya datang tgk secara percuma...klu kalah sekalipun biarlah permainan yg ditunjukkan " the best"

effandi

setuju dengan kenyataan Subkhiddin..dalam kebanyakkan perlawanan,pemain serta penyokonglah yang menghangatkan situasi..

harimau bintang malu

pemain kita terlalu beremosi, pantang nampak kawan kena tackle, sifat nk balas dendam dalam diri membuak buak. konon lepas game boleh nak cerita yang dia tu hebat, dapat tackle orang smpai injured. come on la player player Malaysia.. be profesional. jgn sampai org kata, bermain dalam liga besar tapi perangai mcm pemain liga kampung.

Placentius Stanislaus Puyushi

Memang pun,pasal main kasar,no 1,tapi sayang main bola lembap..memang patut pun,main dengan pasukan negeri berlagak kuat,bila mewakili pasukan negara kena belasah teruk....

yaacob

bagi saya pengadil memang tolol.

namaz

dalam perlawanan yang panas orang yang paling layak dan berkuasa untuk menenangkan keadaan ialah pengadil perlawanan.bukanya menghangatkan lagi keadaan.

Benfuadzen Bujang

Pengadil hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut undang-undang Bolasepak FIFA. Para pemain bertanggungjawab untuk memenangi perlawanan tidak kira bagaimana ianya dilakukan. Sekiranya pada pendapat pengadil pemain melakukan kesalahan, maka adalah wajar pengadil bertindak sedemikian. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan saudara Subkhiddin.

Full content generated by Get Full RSS.

Detik mudah buat Chong Wei

Posted: 12 Oct 2011 01:14 PM PDT

Sukan

DENGAN penampilan terakhir pada Grand Prix Akhir Kebangsaan, Lee Chong Wei yang turun dengan status pemain nombor satu dunia tidak menghadapi masalah dalam pemburuan gelaran ke-10 dalam perlawanan yang bermula di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Diletakkan dalam kumpulan A bersama-sama Lok Chong Chieh, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Chong Yee Han, Chong Wei dengan mudah menewaskan Yee Han yang baru berusia 17 tahun dengan 21-12, 21-8 dalam masa 26 minit dalam perlawanan di sebelah pagi.

Dalam perlawanan kedua menentang Iskandar yang juga pemenang pingat perak Kejohanan Remaja Dunia 2009, Chong Wei menundukkan pemain itu dengan 21-16, 21-10 dalam tempoh 29 minit. "Sekurang-kurangnya selepas saya tidak bermain lagi dalam kejohanan tempatan, ramai pemain lain akan meraih kejuaraan tempatan dan ini akan memberikan mereka lebih keyakinan terutama apabila bermain diperingkat antarabangsa," kata pemain berusia 29 tahun itu.

Diletakkan sebagai pemain pilihan pertama kejohanan, Chong Wei dijadual bertemu Chong Chieh dalam perlawanan terakhir kumpulan A pada hari ini sebelum melangkah ke separuh akhir bertemu dengan juara Kumpulan C.

Kategori wanita menyaksikan pemain utama, Tee Jing Yi yang merangkul kejuaraan Cabaran Vietnam April lalu juga tidak menghadapi masalah dalam dua perlawanan Kumpulan A apabila menundukkan Lim Yin Fun dengan 24-22, 23-21 dan Florah Ng 21-11, 21-14.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan