Kosmo Online - Sukan |
Posted: SEDIA GempurPANTAI Timur pasti bergelora malam ini. Dua gergasi, Kelantan dan Terengganu bertembung bagi mencari slot ke pusingan separuh akhir kempen Piala Malaysia 2011. Tanpa ada perasaan gentar, kesebelasan utama Terengganu kini sudah bersedia untuk memecahkan tembok kebal Kota Bharu dalam misi melenyapkan impian Kelantan untuk bergelar juara Piala Malaysia musim ini. Atas kertas, anak-anak buah Irfan Bakti memiliki kelebihan hasil kemenangan 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama di Kuala Terengganu, Isnin lalu. Namun, beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV bukan satu tugas mudah, apatah lagi perlu berdepan gelombang penyokong The Red Warriors. Justeru, Irfan hanya mengharapkan doa daripada ribuan penyokong Terengganu sambil berpegang teguh kepada prinsip berjuang habis-habisan. "Kami sangat menghormati Kelantan tetapi itu tidak bermakna kami takut. Malah, saya sendiri tidak gentar untuk berdepan mereka. "Saya sangat percaya kepada kemampuan pemain-pemain Terengganu dan kami hanya perlu mengekalkan fokus sambil meningkat semangat apabila beraksi di Kota Bharu," kata Irfan kepada Kosmo!. Baik Terengganu mahupun Kelantan, Irfan mengakui kedua-dua pasukan sebenarnya berdepan dilema yang sama apabila kehilangan beberapa tonggak utama. Namun katanya, Kelantan masih memiliki kelebihan apabila beraksi selaku tuan rumah pada ketika anak-anak buahnya perlu mempertahankan dua gol yang diperoleh di Kuala Terengganu. "Kelebihan Kelantan mungkin kepada penyokongnya tetapi itu tidak bermakna kami akan akur dengan sorakan mereka. "Pemain saya cukup kental dan memiliki semangat juang yang tinggi seperti mana yang mereka buktikan pada final Piala FA Jun lalu. "Jadi, kami perlu fokus kepada permainan tanpa memikirkan langsung mengenai sorakan penyokong lawan," jelasnya. Mengenai percaturan malam ini, Irfan menjelaskan taktik menyerang akan dipraktikkan anak-anak buahnya dalam misi memberi tekanan kepada pasukan lawan. "Saya mempunyai ramai pemain berbakat seperti Joseph Kalang Tie, Ashaari Shamsuddin, Abdul Hadi Yahya dan Marzuki Yusof. "Jadi, saya tidak perlu risau mengenai perlawanan malam ini kerana hanya pasukan terbaik yang akan mara ke separuh akhir," katanya lagi. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Gergasi Merah tak rela dilanyak Posted: Gergasi Merah tak rela dilanyakOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE TIDAK mustahil malam ini akan menjadi malam yang paling panjang buat Selangor apabila kembali membuat perhitungan dengan Perak pada aksi suku akhir kedua kempen Piala Malaysia 2011 di Stadium Perak, Ipoh. Mahu tidak mahu, anak-anak buah P. Maniam seharusnya lebih berwaspada dengan asakan Seladang yang sudah tentu berjuang bermati-matian lantaran tuan rumah kini ketinggalan secara agre- gat 1-3 selepas tewas pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu. Defisit gol tempat lawan yang berjaya dijaringkan oleh penyerang pinjaman Perak, Mohd. Failee Ghazli tempoh hari juga berupaya menjadi 'duri dalam daging' buat pasu- kan Gergasi Merah sekiranya gagal mencuri satu gol di Ipoh malam ini. Apa yang pasti, kematangan benteng pertahanan Gergasi Merah yang diterajui oleh Asraruddin Putra Omar, P. Gunalan, Razman Roslan dan Nasriq Baharom benar-benar ditagih Maniam bagi mengelak dinafikan slot ke separuh akhir. Khabar gembira seperti mana yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai venue final yang akan diadakan di gelanggang keramat, Stadium Shah Alam pada 29 Okto- ber ini juga harus dijadikan azimat buat pemain Selangor mempamerkan sesuatu yang istimewa malam ini. "Saya yakin, kematangan benteng pertahanan saya mampu menyerap asakan bertubi-tubi Perak yang sudah semestinya garang di tempat sendiri. "Justeru, selain usaha memburu gol awal bagi memberi tekanan kepada Perak, saya juga menasihat- kan pemain pertahanan supaya tidak mudah leka daripada merantai jentera serangan pasukan lawan sepanjang 90 minit permainan," kata Maniam. Malam ini, Maniam dijangka menggunakan khidmat sama ada Hardi Jaafar, Mohd. Fazilidin Khalid ataupun Fazli Shaari bagi menampung kekosongan di bahagian tengah ekoran ketiadaan Bunyamin Omar yang dibuang padang pada suku akhir pertama lalu. Sentuhan arkitek berbakat, Safiq Rahim bersama kapten, Amri Yahyah dan Amirulhadi Zainal juga di- jangka ditagih Maniam bagi merobek pertahanan Perak yang dilihat agak goyah apabila 'bocor' se- banyak lapan kali sepanjang edisi Piala Malaysia kali ini. Sementara itu, pengendali Perak, Noorizan Bakar sudah tentu mengharapkan sentuhan beberapa tonggak seperti Akmal Rizal Rakhli dan Shahrulnizam Mustafa yang kembali memperkuatkan pasukan itu setelah digantung perlawanan sebelum ini. Tambahan pula, jentera serangan Seladang dilihat agak tumpul lantaran sekadar mengharapkan gandingan Mohd. Failee dan Mohd. Shafiq Jamal semata-mata sebelum ini yang ternyata gagal mempamer- kan aksi yang diharapkan dalam pertemuan kedua-dua pasukan pada suku akhir pertama sebelum ini. Mana-mana pasukan yang menang malam ini akan membuat perhitungan dengan Terengganu ataupun Kelantan pada separuh akhir nanti, yang mana kelebihan dilihat lebih memihak kepada Sang Penyu yang mendahului secara agregat 3-1 selepas perlawanan kontroversi yang dicemari dengan insiden lima kad merah di Kuala Terengganu, Isnin lalu. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Safiq tidak tumpu kasut emas
DUA gol cantik hasil sepakan percuma arkitek berbakat Selangor, Safiq Rahim ketika membenam cabaran Perak 3-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu masih segar dalam ingatan peminat fanatik sku- ad Gergasi Merah itu. Bagaikan 'Cristiano Ronaldo Malaysia', Safiq juga berjaya menghasilkan gol yang lebih kurang sama bersama pasukan kebangsaan ketika aksi persahabatan menentang Liverpool dalam Pra-Jelajah Asia sebelum ini. Justeru, tidak hairanlah sekiranya bekas kapten Harimau Malaya itu dijangka tetap menjadi pilihan utama jurulatih Selangor, P. Maniam dalam usaha memastikan Seladang berputih mata di gelanggang sendiri malam ini. Berjaya mengumpul koleksi peri- badi sebanyak tiga gol dalam edisi Piala Malaysia setakat ini juga meletakkan Safiq di landasan tepat memburu 'kasut emas' edisi Piala Malaysia lantaran penyerang Kedah, Kyril Mhymeen Zambri dilihat terpaksa berpuas hati dengan enam gol sahaja setelah pasukannya ditunjukkan jalan keluar di peringkat kumpulan sebelum ini. Kredibiliti penyerang 'import' Perak, Mohd. Failee Ghazli yang telah pun menjaringkan lima gol setakat ini juga harus dijadikan pembakar semangat buat Safiq bagi membuktikan dia masih antara 'permata' terbaik skuad Harimau Malaya meskipun 'tercicir' pada aksi persaha- batan menentang Australia baru-baru ini. Begitupun, Safiq enggan memikirkan misi peribadi muncul penjaring terbanyak Gergasi Merah, sebaliknya merasakan ia adalah hasil kerjasama kesemua pemain Selangor yang bermain sebagai satu pasukan. "Saya tetap Safiq Rahim seperti mana yang semua orang kenal (bukannya Cristiano Ronaldo). "Sesiapa pun boleh menjaringkan gol, tambahan Selangor memiliki ramai pemain yang berupaya bertindak sedemikian, cuma mungkin rezeki lebih memihak kepada saya," katanya kepada Kosmo! semalam. Apa yang pasti, kelibat Safiq bersama gandingan Amri Yahyah dan Amirulhadi Zainal pastinya akan dirantai habis-habisan oleh benteng pertahanan Perak malam ini. Sudah tentu benteng pertahanan Perak juga tidak begitu mudah mahu 'menghadiahkan' sepakan percuma berhampiran kotak penalti kepada Gergasi Merah jika tidak mahu menanggung 'azab' sepakan percuma Safiq. "Anugerah 'kasut emas' edisi Piala Malaysia juga tidak saya fikirkan sangat, asalkan dapat membantu Selangor menjulang piala buat kali ke-33 pun saya sudah puas hati. "Malah, saya juga tidak kisah jika dikawal ketat esok (malam ini) kerana ia boleh memberi peluang kepada rakan sepasukan lain untuk menjaringkan gol awal, sekali gus memberikan tekanan kepada Perak," katanya yang bertolak ke Ipoh bersama rakan-rakan sepasukan petang semalam. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan