Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Buru gol semangat demi maruah, Misi 33

Posted: 20 Oct 2011 08:33 AM PDT

Sukan

MANIAM (jersi oren) mengawasi latihan ringan  pemain Selangor menjelang pertemuan separuh akhir kedua di Kuala Terengganu, esok.

MANIAM (jersi oren) mengawasi latihan ringan pemain Selangor menjelang pertemuan separuh akhir kedua di Kuala Terengganu, esok.

"KAMI akan bangkit." Itulah kata-kata bersemangat dilaungkan pemain Selangor, Rudie Ramli buat mengapikan semangat rakan sepasukan untuk memadamkan defisit kekalahan 0-2 kepada Terengganu.

Dia menambah: "Selangor masih ada 90 minit untuk membuktikan kemampuan sebenar. Percaya kami ada peluang 50-50 untuk menang dan layak ke final. Saya pasti jurulatih (P Maniam) ada strategi sendiri merencanakan sesuatu, esok.

"Tiada apa yang mustahil untuk menewaskan lawan di tempat mereka kerana itulah yang mereka lakukan sebelum ini di Shah Alam." Dalam perlawanan separuh akhir pertama, Selasa lalu, Gergasi Merah yang menggalas 'Misi 33' disentap dengan dua jaringan Abdul Manaf Mamat.

Rudie menegaskan skuad Penyu pasti tertekan mempertahankan kelebihan dua gol terutamanya ketika beraksi di gelanggang sendiri.

"Saya percaya Terengganu tertekan Sabtu ini. Kami akan melancarkan serangan sepanjang 90 minit permainan bagi menambah tekanan mereka. Apapun, setiap pemain Selangor harus menjalankan tugasan dengan baik untuk memburu gol 'semangat'.

Dia juga meminta rakan sepasukan usah leka dan lebih penting mengurangkan kesilapan pada saat getir ini.
"Kami harap Amri Yahyah (kapten) akan pulih segera dan dapat beraksi membantu cabaran kami. Kehadirannya akan memberi kami keyakinan tambahan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Bola ajaib’ T-Team

Posted: 20 Oct 2011 06:43 AM PDT

Sukan

Shahurain yakin NS mampu ke final tapi bimbang ancaman pelawat

NEGERI Sembilan tidak sesekali akan mengendurkan asakan walaupun sudah memiliki bekalan selesa, sebaliknya barisan depannya bertekad akan terus mengganas merobek gawang T-Team dalam pertemuan timbal balik kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, malam esok.

"Kami tidak akan kendurkan permainan dengan corak bertahan, sebaliknya akan terus menyerang dan cuba merobek gawang lawan sebanyak mungkin. Inilah janji kami untuk menghiburkan penyokong setia yang banyak memberi sokongan," kata pemain sayap lincah, Shahurain Abu Samah.

Shahurain mencetuskan semangat kepada pasukan Selasa lalu apabila menjaringkan gol pertama Negeri Sembilan seawal minit keenam sebelum Hairudin Omar menyumbat dua gol dan S Kunanlan melengkapkan kemenangan dengan jaringan keempat bagi membenam T-Team 4-2. Kemenangan itu membolehkan Negeri Sembilan bimbingan Azraai Khor Abdullah memiliki modal selesa menjelang pertemuan kedua itu dan T-Team yang dibimbing Yunus Alif pula perlu menang sekurang-kurangnya 3-0 untuk memastikan impian mara ke final buat pertama kali tercapai.

Shahurain berkata, perlawanan malam esok adalah penting kerana dia dan rakan sepasukan berhasrat merealisasikan impian mencipta hatrik beraksi pada pentas final piala berprestij itu selepas dua kali berbuat demikian pada 2009 dan 2010.

"Walaupun sebelah kaki kami ibarat sudah berada di final tetapi kami tetap berwaspada ancaman T-Team. Mana tahu mereka mempunyai 'bola ajaib' untuk menterbalikkan semula keputusan. Jadi, kami tidak memandang mudah cabaran mereka, sebaliknya akan terus memberikan komitmen dan tumpuan 100 peratus terhadap perlawanan.

"Kami tidak mahu leka kerana ia boleh memusnahkan impian besar kami serta penyokong setia untuk berarak sekali lagi ke final," kata pemain kelahiran Kajang yang menyarung jersi Negeri Sembilan sejak lima tahun lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan