Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Peluang terakhir Selangor, T-Team

Posted:

Peluang terakhir Selangor, T-Team

Peluang terakhir Selangor, T-Team

Oleh RADHUAN HUSSAIN dan MOHAMMAD YASIR JAAFAR
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Atas kertas Terengganu dan Negeri Sembilan selangkah lagi ke babak akhir, namun atas padang Selangor dan T-Team masih punya waktu untuk mengubah nasib menafikan lawan mereka ke aksi penutup Piala Malaysia.

Selangor ketinggalan 0-2 kepada Terengganu selepas gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri pada pertemuan pertama.

Begitu juga T-Team yang tewas 2-4 kepada Negeri Sembilan tidak dapat mengelak berdepan tekanan kuat ribuan penyokong tuan rumah di Paroi.

Di Kuala Terengganu, kesebelasan pemain skuad Penyu akan turun habis-habisan bagi mengekang Selangor yang diramal berjuang habis-habisan.

Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti berkata, kesemua anak buahnya perlu memanfaatkan 90 minit masa penuh perlawanan dengan mengekang setiap pemain lawan dan tidak sekali-kali melepaskan peluang menjaringkan gol.

Pada masa sama, beliau turut berpesan kepada setiap pemain Terengganu agar memastikan pasukan pelawat tidak menjaringkan gol lebih awal kerana walaupun ketinggalan satu jaringan, ia akan menyentap semangat pemain Terengganu apatah lagi ketika berdepan penyokong sendiri.

"Kita akan cuba bermati-matian untuk mengekalkan defisit 2-0 ke atas Selangor dan semua pemain Terengganu akan mengekang semua asakan lawan kerana jika leka, ia boleh mengundang padah.

"Seperkara lagi yang penting, kita akan anggap kedua-dua pasukan seri 0-0 dan kita tak nak fikir yang kita menang pada perlawanan pertama di Shah Alam tempoh hari," katanya di sini, semalam.

Irfan juga mahu kesemua anak buahnya tidak memandang rendah pasukan lawan walaupun Penyu sudah berjaya meletakkan sebelah kaki ke perlawanan akhir pada 29 Oktober ini.

Katanya, semua kesebelasan utama pemain Terengganu yang beraksi ketika mengalahkan Selangor pada separuh akhir pertama akan diturunkan malam ini.

Di Seremban, jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah menegaskan: ''Kelebihan dua gol itu tidak mencukupi, kita tetap mahu menjaringkan gol di Paroi."

Ketegasan tersebut disuarakan Mohd. Azraai bagi memastikan Negeri Sembilan layak beraksi di pentas akhir perebutan piala berprestij itu tiga tahun berturut-turut.

''Dalam permainan bola sepak ini macam-macam boleh jadi, kelebihan dua gol itu tidak bermakna kita boleh bersandar dan yakin sudah masuk final.

''Maka untuk lebih selamat, kita tetap akan mencari jaringan dalam perlawanan malam ini dan pada masa sama memperkukuhkan barisan pertahanan agar kita tidak dibolos," katanya di sini semalam.

Tambah bekas jurulatih skuad Harimau Muda itu, pasukannya bakal berhabis-habisan kerana tempoh 90 minit itu menjadi penentuan sama ada Negeri Sembilan masih mempunyai peluang untuk menjulang piala keramat itu musim ini.

''Apa pun saya telah menasihatkan pemain supaya bermain berhati-hati dan tidak terlalu yakin kerana kesilapan kecil mampu mengundang padah buat kita," ujarnya.

Mengulas lanjut pertembungan malam ini, Mohd. Azraai memberitahu, kelebihan bermain di gelanggang sendiri akan dijadikan platform terbaik untuk memenuhi impian ke perlawanan akhir.

Sungguhpun begitu, beliau sedang mengatur strategi terbaik dan akan mencari pengganti pemain tengah Halim Zainal yang tidak akan beraksi dalam perlawanan itu berikutan digantung kerana dilayangkan kad kuning kedua pada separuh akhir pertama.

Negeri Sembilan yang merupakan juara Piala Malaysia pada 2009 dan naib juara tahun lalu, memiliki kelebihan agregat 4-2 pada separuh akhir kedua ini selepas menewaskan T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu, Selasa lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Pedrosa terpantas, Zulfahmi optimis

Posted:

Pedrosa terpantas, Zulfahmi optimis

Pedrosa terpantas, Zulfahmi optimis

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

SEPANG - Pelumba Sepanyol, Dani Pedrosa daripada pasukan Repsol Honda mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas kedua MotoGP meninggalkan juara dunia, Casey Stoner di tempat kedua menjelang Grand Prix Malaysia Shell Advance 2011 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, semalam.

Sementara itu, pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin mempamerkan persembahan positif setelah berada di kedudukan ke-15 dengan catatan masa 2 minit 17.175 saat pada sesi sama untuk kategori 125cc.

Anak muda kelahiran Banting, Selangor itu berjaya memperbaiki kedudukan dari tempat ke-19 pada sesi latihan bebas pertama kepada ke-15 untuk sesi kedua yang dilangsungkan pada sebelah petang.

"Saya harap pada sesi kelayakan esok (hari ini) saya akan lebih tenang setelah tahun lalu saya terjatuh dan menyebabkan saya terpaksa bermula dari grid belakang pada hari perlumbaan," katanya.

Untuk saingan MotoGP, Pedrosa mencatat masa terpantas 2'01.250s manakala, rakan sepasukan, Stoner yang mengesahkan kejuaraan dunia pada perlumbaan di Phillip Island, Australia minggu lepas ketinggalan +0.820s dan seorang lagi pelumba Repsol Honda Team, Andrea Dovizioso mencatat 2'02.664s.

Bagi kategori Moto2, Stefan Bradl (Viessmann Kiefer Racing) mengungguli pada sesi latihan kedua dengan catatan terbaik 2'08.464s dan Aleix Eepargaro dari pasukan Pons HP mencatat masa 2'08.486s serta pelumba ketiga terpantas dilakukan Dominique Aegerter dari Technomag-CIP Suter.

Dua pelumba wild card negara, Mohd. Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili Petronas Malaysia masing-masing mencatat kedudukan ke-26 dan ke-32.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan