Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Amaran keras buat penyokong

Posted:

Amaran keras buat penyokong

Amaran keras buat penyokong

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

IMBAS KEMBALI... Sebahagian daripada penonton bertindak liar membakar sejenis bunga api di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu beberapa tahun lalu.


JAGA tingkah laku, jangan malukan Terengganu dan jadilah penyokong yang profesional. Itu kata dua yang diberikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh (gambar) kepada para penyokong skuad Penyu yang bakal membanjiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 10 Oktober ini.

Menurut Che Mat, perlawanan menentang Kelantan pada aksi suku akhir Piala Malaysia itu merupakan aksi yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di Pantai Timur.

Namun katanya, perlawanan genting seumpama itu juga sering menimbulkan kekacauan terutamanya melibat penyokong fanatik kedua-dua pasukan.

"Buat masa ini, PBSNT belum memu- tuskan dari segi pembahagian kerusi penonton kerana Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah hanya boleh memuatkan 10,000.

"Saya akui, ramai penyokong Terengganu yang ingin menyaksikan perlawanan itu begitu juga dengan penyokong Kelatan yang dijangka turun beramai-ramai dari Kota Bahru," katanya kepada Kosmo! semalam.

Justeru kata bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini, sikap profesional daripada para penyokong begitu diharapkan bagi memastikan kelan- caran perlawanan kedua-dua pasukan.

Katanya, insiden membaling botol ke padang dan membakar mercun bukanlah budaya sebenar penyokong di Malaysia, sebaliknya hanya dilakukan oleh segelintir kumpulan yang tidak bertanggungjawab.

"Saya dapati memang wujud satu dua kumpulan kecil yang sering menimbulkan kekacauan di stadium dan saya ingin ingatkan kepada kumpulan ini agar lebih menghormati budaya kita dan tidak sesekali memalukan Terengganu," jelasnya.

Tambah Che Mat lagi, pihak persatuan juga akan meminta kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengawal keadaan di stadium pada 10 Okto- ber ini.

Jelasnya, pemeriksaan lebih ketat juga akan dibuat disetiap pintu masuk ke stadium bagi memastikan barang larangan seperti mercun tidak dibawa masuk.

"Kalau ikutkan peraturan, botol air pun tidak boleh dibawa masuk, inikan pula mercun. Jadi saya harap semua penyokong dapat memberi kerjasama," katanya.

Terengganu yang juga juara Piala FA dijadualkan menentang Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia, 10 Ok- tober ini sebelum aksi kedua di Kota Bharu empat hari kemudian.

Kali terakhir skuad Penyu menjuarai Piala Malaysia adalah pada 2001.

Skuad kendalian Elaverasan letak sasaran lebih realistik

Posted:

Skuad kendalian Elaverasan letak sasaran lebih realistik

Skuad kendalian Elaverasan letak sasaran lebih realistik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


BARISAN pemain Felda United yang akan menggalas cabaran pasukan itu pada aksi suku akhir Piala Malaysia 2011. Mereka akan bertemu Negeri Sembilan di Paroi pada 10 Oktober ini.


SETELAH berjaya mara ke suku akhir Piala Malaysia 2011, pasukan berstatus kelab, Felda United FC diramal mampu menggugat pasu- kan elit tanah air. Buktinya, kejayaan Felda United menewaskan juara Liga Super musim lalu, Kelantan 2-0 di Stadium Selayang dalam saingan Kumpulan C pada 24 September lalu masih segar di dalam ingatan para penyokong.

Misi ke suku akhir sudah berjaya dilaksanakan tetapi Felda United masih belum puas dan berhajat untuk terus lakukan kejutan serta meneruskan permainan secara konsisten.

Namun, Felda United yang akan bertemu juara Kumpulan B, Negeri Sembilan pada 10 Oktober ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi aksi suku akhir, bakal menentukan tanda aras perjuangan skuad bimbingan E. Ela- verasan itu.

Penolong pengurus, Faisal Zakaria berkata, mereka sudah membuat persiapan untuk menghadapi Negeri Sembilan.

Jelasnya, latihan dan tumpuan di jentera serangan, tengah dan pertahanan dilihat semakin positif dan beranggapan pertemuan dengan skuad Azraai Khor Abdullah bukan satu perlawanan yang mudah.

"Sudah tentu Negeri Sembilan merupakan salah satu pasukan elit dan mempunyai pengalaman dalam saingan Piala Malaysia.

"Mereka juga adalah antara pasukan pilihan yang mampu menjuarai Piala Malaysia pada edisi kali ini, namun kami juga mema- sang impian seperti mana-mana pasukan-mahu menjuarai Piala Malaysia," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Faisal memberitahu, beliau tetap bersikap realistik dan sedar kemampuan pasukannya jika dibandingkan dengan skuad Hoben Jang Hoben itu namun berazam untuk melakarkan kejutan.

Katanya, walaupun pernah menewaskan kelab-kelab besar seperti Kelantan, beliau tidak mahu barisan pemainnya leka dan dibuai sejarah lalu kerana di dalam dunia bola sepak, segala-galanya musta- hil.

"Kami pernah menewaskan Kelantan pada 24 September lalu namun saya tidak mahu barisan pemain mendabik dada dengan kemenangan itu. Malah, kami bukan pasukan pembunuh kelab besar dan kami sedar akan kemampuan kami.

"Ini kerana, perjalanan kami masih begitu jauh jika hendak dibandingkan Negeri Sembilan yang pernah menjuarai Piala Malaysia, namun kehadiran kami (dalam peringkat suku akhir) bukanlah sekadar penghias.

"Kami tetap mahu memberikan saingan dan berazam untuk mela- kukan kejutan (seperti menundukkan kelantan) dan tidak akan memberikan laluan yang mudah," katanya.

LIMBC dapat suntikan

Posted:

LIMBC dapat suntikan

LIMBC dapat suntikan

EDISI kedua Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2011 dari 17 hingga 23 Oktober ini menerima dua berita gembira semalam.

Selain memperoleh tiga penaja baharu, LIMBC 2011 turut dimeriahkan dengan pengesahan penyertaan pelumba muda sensasi England, Adam Blythe.

Kejayaan penganjuran sulung tahun lalu membolehkan LIMBC mendapat sokongan daripada Kumpulan Ambank, Tena- ga Nasional Berhad (TNB) dan ALM Group Sdn. Bhd. sebagai menjadi penaja perak.

Pengumuman itu dibuat oleh Penganjur perlumbaan yang juga Ketua Eksekutif Human Voyage, Datuk Malik Mydin semalam.

Sebelum ini, kejohanan turut mendapat tajaan Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Yaya- san Al-Bukhary sebagai penaja emas, manakala Kumpulan Sapura, Genting Malaysia Berhad, Universiti Perdana dan Berjaya Corporation sebagai penaja perak.

Pada masa yang sama, Malik turut mendedahkan kejohanan ini menawarkan hadiah terbesar dalam perlumbaan basikal bukit Asia dengan RM360,000 menjadi rebutan

"Kami berterima kasih kepada semua rakan kongsi kami yang sentiasa memberikan sokongan padu dan menjadikan LIMBC sebagai satu jenama," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Ketua Perhubungan Awam Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali.

Sementara itu, Syed Anuar berkata, ini merupakan kali pertama AmBank terlibat dalam basikal bukit, namun mereka bukan asing dalam membantu pembangunan sukan di negara ini kerana turut menaja kejohanan futsal, golf, larian dan ragbi.

Penganjur LIMBC turut mengesahkan kehadiran Blythe, 22, pelumba pecut dari Omega Pharma Lotto sebagai bintang lebuh raya terbaharu yang akan beraksi dalam perlumbaan tahun ini.

Blythe yang sedang beraksi untuk mempertahankan kejuaraan dalam Sirkit Franco-Belge, adalah antara nama besar yang bertanding kali ini, selain seorang lagi bintang sensasi Britain, Chris Froome.

Malah, penganjur juga menjangkakan beberapa nama besar akan mengesahkan penyertaan minggu depan.

Turut diperkenalkan semalam adalah empat pelumba negara, diketuai juara basikal bukit kebangsaan, Shahrin Amir; bekas pemenang pingat emas Sukan SEA, Mohd. Fauzan Ahmad Lufti; pelumba veteran, Suhardi Hassan dan Mohd. Razif Salleh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan