Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia lobi kelayakan Olimpik

Posted:

Malaysia lobi kelayakan Olimpik

Malaysia lobi kelayakan Olimpik

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


Tengku Abdullah beramah mesra dengan pemain-pemain hoki kebangsaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Luar Biasa Konfederasi Hoki Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sedang melobi untuk menjadi tuan rumah perlawanan kelayakan Olimpik tahun depan setelah India bertindak menarik diri.

Sekiranya terpilih, Malaysia bersama-sama Jepun dan Belgium bakal menjadi lokasi kepada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 di London.

Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, pihaknya kini sedang berusaha keras bagi mendapatkan hak sebagai tuan rumah untuk perlawanan kelayakan itu.

"Kita memang amat teruja mengenai hal ini dan sedang berusaha ke arah itu. Kita juga berharap akan diberi peluang menjadi tuan rumah bukan sahaja untuk perlawanan hoki lelaki tetapi juga hoki wanita," katanya.

Tengku Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa MHC di sini, semalam.

Menurut Tengku Abdullah, sekiranya terpilih kelak, ia bakal memberi kelebihan buat skuad hoki lelaki untuk layak ke Sukan Olimpik nanti.

Sementara itu, Tengku Abdullah turut mengumumkan penggabungan Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dan Persatuan Hoki Wanita Malaysia (MWHA) di bawah satu badan iaitu MHC (Konfederasi).

Beliau memberitahu, langkah itu diambil sebagai memenuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) yang mahu kedua-dua pertubuhan itu bergabung di bawah satu badan.

"Jadi PHM dan MHWA akan dibubarkan pada 31 Disember 2011 dan bermula 1 Januari 2012, MHC akan mengadakan perbincangan mengenai perlembagaan baru yang akan disusun kelak," ujarnya.

Jelasnya lagi, dengan penggabungan di bawah MHC, diharap sukan hoki negara dapat diperkukuhkan lagi baik dari segi pentadbiran dan juga pencapaian.

Selepas mesyuarat tersebut, Tengku Abdullah turut menyampaikan cek sebanyak RM115,000 kepada skuad hoki kebangsaan sebagai ganjaran kemenangan setelah meraih gangsa pada Trofi Kejuaraan Asia, September lalu.

Tuanku Mizan ketuai cabaran kuda lasak

Posted:

Tuanku Mizan ketuai cabaran kuda lasak

Tuanku Mizan ketuai cabaran kuda lasak


Tuanku Mizan Zainal Abidin (depan) menunggang kudanya, Smith pada Kejohanan Sultan Mizan Cup 2011 di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong dekat Setiu, semalam. - BERNAMA


SETIU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin mengetuai cabaran perlumbaan kuda lasak sejauh 120 kilometer pada Sultan Mizan Cup 2011 yang bermula semalam.

Tuanku Mizan yang menunggang kuda 'RTES Smith' mewakili pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) dan bersaing bersama dengan 69 peserta lain.

Pelepasan kejohanan itu dilakukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. Turut berangkat menyaksikan pelepasan itu, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Perlumbaan sejauh 120km yang mempunyai had masa di bawah 12 jam itu dibahagikan kepada enam fasa iaitu fasa pertama sejauh 30km, fasa kedua (25km), fasa ketiga (20km), fasa keempat (25km) serta fasa terakhir sejauh 20km.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen