Harian Metro: Arena |
Posted: 08 Oct 2011 07:33 AM PDT PODGORICA: England melengkapkan kempen mereka dalam Kumpulan G tanpa kalah apabila seri 2-2 dengan Montenegro untuk layak ke pusingan akhir Euro 2012 walaupun kad merah buat Wayne Rooney dan gol penyamaan saat akhir tuan rumah sedikit menjejaskan kejayaan mereka, awal pagi semalam. Memerlukan hanya satu mata untuk memastikan muncul juara kumpulan, jaringan Ashley Young dan Darren Bent membolehkan anak buah Fabio Capello menguasai selepas 31 minit pada malam hujan di negara Balkan itu sebelum perkara yang tidak dijangka berlaku.
Rooney, yang terbabit dengan kedua-dua gol England, dilayangkan kad merah kerana secara kasar menyepak Miodrag Dzudovic dengan berbaki kurang 20 minit dan akan terlepas aksi awal pusingan akhir tahun depan di Poland dan Ukraine.
Switzerland, yang menerima kunjungan Montenegro awal pagi Rabu ini, tidak layak untuk beraksi pada play-off selepas kecundang 0-2 di tangan Wales.
"Namun ia satu perasaan hebat untuk meraih kejayaan ini dan kami pula menjuarai kumpulan.
|
Posted: 08 Oct 2011 07:29 AM PDT SUZUKA: Juara dunia dari Red Bull, Sebastian Vettel merampas petak utama dalam usaha memburu kejuaraan Formula Satu kedua berturut-turut pada Grand Prix Jepun, semalam. Pemandu berusia 24 tahun itu, yang hanya memerlukan satu mata hari ini untuk muncul juara berganda paling muda dalam sukan itu ketika masih berbaki empat perlumbaan, mengatasi pemandu McLaren, Jenson Button dengan hanya 0.009 saat pada sesi kelayakan yang sengit.
"Kami mendapat sayap depan baru tepat pada masanya, ia tidak mudah tapi mujurlah kami melakukannya," kata pemandu Jerman itu., yang mengalami kemalangan pada sesi latihan kelmarin dan merosakkan muncung depan keretanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan