Berita Harian: Sukan |
Kim Swee janji persembahan terbaik Posted: 26 Nov 2011 03:06 PM PST Sukan KIM Swee (kanan) mengendalikan sesi latihan persiapan bertemu Bahrain di Padang MSN Bukit Jalil, kelmarin. PERKATAAN rehat bagaikan tidak wujud dalam kamus Ong Kim Swee, baik ketika mengendalikan skuad Bawah 23 mahupun Olimpik negara, tetapi tempoh tiga hari selepas perlawanan kelayakan Olimpik menentang Syria Rabu lalu dirasakan cukup bermakna buat jurulatih 40 tahun itu. "Pemain kini lebih cergas tetapi masih belum 100 peratus pulih manakala beberapa pemain diragui sama ada dapat diturunkan atau tidak untuk menentang Bahrain esok (hari ini)," kata Kim Swee dalam sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam. "Keadaan Muslim (Ahmad), Irfan (Fazail) dan Syahrul (Azwari Ibrahim) hanya akan dapat dipastikan selepas sesi latihan petang ini (semalam). Ini perlawanan penentuan dan walaupun tanpa mereka, saya perlu memastikan kita mengutip tiga mata untuk membuka kembali peluang. "Memang kebanyakan pemain masih letih selepas mengharungi saingan Sukan SEA di Jakarta bulan ini dan kemudian terus bertemu Syria, tetapi tempoh tiga hari ini memberi kami cukup ruang untuk bernafas."Kedua-dua pasukan tewas pada dua perlawanan sebelumnya dan tentunya pertemuan ini menjadi penentu siapa yang bakal menjadi penghuni tangga tercorot, sekali gus melupakan impian beraksi di London tahun depan." Ditanya peluang menundukkan Bahrain, Kim Swee berkata; "Pasukan dari Timur Tengah tidak banyak bezanya, dan daripada perlawanan menentang Jepun, saya lihat Bahrain mempunyai kelebihan kemahiran individu, teknik yang bagus serta kelajuan. "Walaupun kita masih tidak dapat turun dengan kekuatan sebenar terutama di bahagian depan, saya berharap Thamil (Arasu) dapat memainkan peranannya sebagai penyerang manakala Nazmi (Faiz Mansor) bertindak sebagai penyerang sokongan." Malaysia dan Bahrain masing-masing tewas dua perlawanan menentang Syria dan Jepun dalam saingan Kumpulan C dan memerlukan kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk menghidupkan kembali peluang memburu tempat ke Olimpik 2012. Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenSilverian kepada player2.. slmt berjuang.... kami sntiasa berada di belakang anda semua..... selamanya harimau malaya selagi kita bernyawa.... ak semak pale tgok org yg cuba nk jatohkan bolasepak Malaysia.... ZOLMALDI ISMAIL Terus kan perjuangan anda Kim Swee, jgn kira Team Baharin Cap Apa, janji kita menang walaupun 1 gol, tapi Fakri kami xberminat, xtau buat apa depan gol lwn. Make sure today Teka nama negara moga nazmi and co hebat Mohd Yunus Penyokong, memang menghinapun.Kita tonton dulu perlawanan malam ini baru komen. Apa yang pasti perlawanan malam ini lebih bertenaga daripada mereka lawan Syria. Go HM azis bin ismail tidak ada yang mustahil,kita telah bermula dgn langkah kanan sejak di kendalikan oleh jurulatih ong kim swee,peminat harap bersabar untuk membuahkan hasil yang sebenar,sokongan harus diteruskan,kita sama mengharungi susah payah dan pahit getir,fikirkan masa depan pasukan kita, wassallam. zaxc rileks la bro...lubnan pon boleh kalah...feveret gak tu. yang penting diorang buat yang terbaik. kena tukar penyerang, tak mau fakri. lebih rela penyerang muda lain masuk. Malini Abd Malik kalah menang adat bertanding tp kita kena usaha dgn lebih giat lagi kalau nak menang...jgn bg pihak lawan dpt gol awal..sebaliknya kita kena dptkan dulu....walau apa pun berjuanglah sampai minit yang terakhir.....uasaha tangga kejayaan setiap apa yang kita usahakan insyaallah akan beroleh kemenangan.... annacomel semuga menang.. support Harimau Muda Bahrain memamg team cap ayam...tak dinafikan.Yang penting kita lakukan yang terbaik.Kalah atau menang dah ketentuan...usaha tetap usaha!go Malaysia...go! one1 bgla sokongan dekat team harimau kita.jgn melemahkan semangat mereka. penyokong kim swee,aku bukan nak menghina tapi kau kena bersikap realistik...kalau kau tak turun dengan kekuatan sebenar,boleh ke menang???kau fikir bahrain tu team cap ayam ke??? Full content generated by Get Full RSS. |
Williams ungguli saingan suku akhir Posted: 26 Nov 2011 02:41 PM PST Sukan IAN Williams yang mengemudi Team GAC Pindar muncul juara Siri Jelajah Dunia Match Racing (WMRT) apabila mengungguli saingan suku akhir Piala Monsun 2011 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong dengan menewaskan Francesco Bruni (Bruni Racing) 3-1, semalam.Williams yang mendahului 106 mata dan dibezakan enam mata di depan Bruni (100 mata) selepas tujuh siri perlumbaan sebelum ini, tampil garang di perlumbaan suku akhir walaupun kurang menyerlah di pusingan kelayakan, mencatat enam kemenangan daripada 11 perlumbaan dan menyamai pungutan mata Bruni. Dengan kejayaan itu, pelayar Britain yang memegang ranking ketiga Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) berpeluang merebut satu lagi gelaran apabila memasuki perlumbaan separuh akhir Piala Monsun dan Jesper Radich (Adrian Lee & Partners) yang mendahului 2-1 menjelang sambungan penentuan ke final, hari ini. "Apabila tiba di Piala Monsun, kami meletakkan sasaran memenangi gelaran juara dunia dan Piala Monsun di sini dan pastinya esok (hari ini), kami akan pamerkan aksi terbaik," kata Williams pada sidang media, semalam.Lawannya, Radich berkata: "Kami akan cuba lakukan sebaik mungkin dan memenangi perlumbaan seterusnya." Satu lagi saingan separuh akhir menyaksikan juara Piala Monsun dua kali pada 2005 dan 2009, Datuk Peter Gilmour (Yanmar Racing) kecundang kepada Johnie Berntsson (Berntsson Sailing Team) 2-3 dan gagal untuk mencipta gelaran hatrik yang diidamkan. "Agak kecewa kerana tewas di separuh akhir. Diakui perlumbaan dengan Berntsson sangat sengit hingga terpaksa ditentukan ke perlumbaan kelima," kata Gilmour.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan