Harian Metro: Arena |
Posted: 26 Nov 2011 12:42 PM PST JENTERA serangan skuad Olimpik negara menjadi tumpuan utama jutaan rakyat Malaysia bagi memburu gol kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Malah ini adalah detik terbaik kepada barisan penyerang negara membuktikan kemampuan selepas dikritik pelbagai pihak kerana kegagalan meledak gol pada Sukan Sea Indonesia dan bertemu Syria, Rabu lalu.
Pengendali skuad negara yang mempertahankan emas Sukan Sea Indonesia, Ong Kim Swee mengaku perkara paling penting malam ini adalah menjaringkan gol.
"Saya turut sedia memberikan peranan lebih kepada Mohamad Nazmi Faiz Mansor terutamanya dalam membantu jentera serangan," katanya.
"Teknik mereka bagus, laju dan menggunakan hantaran jauh. Saya yakin pemain mampu menanganinya dengan lebih baik kali ini.
|
Posted: 26 Nov 2011 12:35 PM PST SEDAR atau tidak, keupayaan atlet negara melepasi sasaran di temasya sukan antarabangsa kini tidak boleh dipandang rendah. Apa saja sasaran (meskipun ada yang menganggapnya 'selamat'), pasti mampu diatasi, seolah-olah semangat 'Malaysia Boleh' sudah terpahat dalam sanubari setiap atlet. Trend ini dilihat ketara sejak beberapa tahun lalu apabila kontinjen negara melakar satu demi satu sejarah dalam temasya sukan antarabangsa disertai.
Pada 2007, Malaysia meraih pencapaian pingat emas tertinggi di luar negara di Sukan Sea Korat dengan 68 pingat emas, melebihi sasaran 64 emas diikuti kejayaan melepasi sasaran, kali ini di Sukan Sea Vientiane dengan 40 emas, melebihi 30 hingga 35 sasaran emas sebelum temasya.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata, di sebalik trend positif itu, persoalan yang timbul adalah bagaimana mengekalkan reputasi itu, apatah lagi dengan kehendak masyarakat yang sentiasa dahagakan kejayaan.
Apatah lagi menurutnya, sukan berjaya mencipta ikon seperti Azizulhasni Awang, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David yang secara tidak langsung menggalakkan gaya hidup sihat dan menaikkan imej negara di mata dunia.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan