Harian Metro: Arena |
Posted: 04 Nov 2011 10:59 AM PDT TIDAK ada gangguan luaran dialami skuad Bawah 23 Tahun negara apabila mula menjalani latihan pertama selepas tiba di Jakarta, kelmarin. Bagaimanapun itu tidak bermakna pemain boleh bersantai sebaliknya jurulatih negara, Ong Kim Swee menegaskan tumpuan kepada perlawanan pertama Kumpulan A menentang Singapura di Stadium Gelora Bung Karno, Isnin ini, harus diletakkan di tahap tertinggi jika mahu misi mempertahankan pingat emas di Sukan Sea Indonesia berjalan lancar.
"Setakat ini semuanya berjalan dengan baik, tidak ada gangguan untuk kami menjalani latihan petang ini (semalam) melainkan kesesakan jalan raya di sini saja.
Menurut Kim Swee, semua 20 pemain menjalani latihan penuh semalam kecuali pemain perancang, Mohd Irfan Fazail yang melakukan latihan ringan bersama jurulatih fizikal, Rastislav Bozik.
"Di bahagian serangan, saya mempunyai Izzaq Faris Ramlan, A Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim dan juga Baddrol Bakhtiar. Saya akan fikirkan pemain mengikut kesesuaian perlawanan itu sama ada saya memerlukan ketinggian ataupun kepantasan pemain," katanya.
|
Posted: 04 Nov 2011 10:43 AM PDT Oleh Aziman Rosdi, Mohd Hilmie Hussin, Azlan Muhammad Zain dan Saiful Affendy Sapran JIKA Majlis Sukan Negara (MSN) menetapkan sasaran sekitar 40 hingga 45 pingat emas mampu dicapai kontinjen negara di Sukan Sea Indonesia, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pula membuat perkiraan sebaliknya. Menurut Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, beliau yakin Malaysia yang menghantar 608 atlet untuk menyertai 38 acara mampu membawa pulang 50 hingga 55 emas berdasarkan kemampuan semasa atlet negara.
"Sejak itu kita tidak pernah meraih emas kurang 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pingat ditawarkan di Sukan Sea. Pencapaian terburuk dicatatkan adalah di Sukan Sea Singapura pada 1983 iaitu sebanyak 16 emas atau kira-kira 7.2 peratus daripada keseluruhan pingat.
Menurutnya, sasaran itu bukan berdasarkan statistik semata-mata tapi turut disokong peningkatan taraf sukan tanah air.
Menurut Shabery, sasaran itu mengambil kira kemampuan atlet negara, kekuatan atlet negara lain serta beberapa faktor kecederaan dan persaraan penyumbang emas negara sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan