Kosmo Online - Sukan |
- Kim Swee amal 'pintu terbuka'
- Sepak takraw: Malaysia gemar merendah diri
- ATM kuasa baharu Liga M 2012?
Posted: Kim Swee amal 'pintu terbuka'Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
SEANDAINYA ada mana-mana pihak yang berhasrat mahu 'mengintai' kekuatan skuad bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) negara pada temasya Sukan SEA kali ini, dipersilakan jangan malu dan usah segan. Ini kerana, pengendali negara, Ong Kim Swee tidak mengamalkan dasar 'menutup pintu' sepanjang menjalani latihan di Jakarta dalam misi mempertahankan pingat emas di Laos dua tahun lalu. Ia dilihat cukup berbeza berbanding pendekatan Kim Swee ketika aksi menentang Jepun bagi pusingan akhir kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia sebelum ini apabila beliau tidak membenarkan mana-mana pihak termasuk media Jepun mengintai kekuatan skuad negara. Turun selaku juara bertahan, Kim Swee mengakui, ramai pihak yang mahu membongkar kekuatan pasukannya, terutamanya media Indonesia yang turut diundi dalam Kumpulan A. "Setakat ini latihan kami berjalan seperti biasa, tiada sebarang provokasi dilakukan mana-mana pihak termasuk penyokong dan media Indonesia. "Jika ada yang mahu melihat kami menjalani latihan, saya juga tidak mempunyai masalah kerana ujian sebenar adalah keputusan akhir di atas padang," kata Kim Swee kepada Kosmo! Ahad semasa dihubu- ngi di Jakarta semalam. Harimau Muda bakal membuka tirai aksi Kumpulan A dengan menentang Singapura di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta esok (pukul 5 petang waktu Malaysia). Aksi Kumpulan B telah membuka tirai Khamis lalu apabila naib juara, Vietnam me- newaskan Filipina 3-1, sementara Myanmar menang tipis 3-2 ke atas Laos. Kim Swee bersama anak-anak buahnya yang menetap di Hotel Sultan sepanjang berada di Jakarta memberitahu, moral skuad negara ketika ini berada di tahap ter- baik menjelang pertemuan menentang Singapura nanti. Buat masa ini katanya, latihan diadakan sekali sehari, sama ada pada sesi pagi atau- pun petang. "Kesemua pemain dilihat begitu fokus menjalani latihan kecuali Irfan Fazail dan K. Gurusamy yang terpaksa berlatih sendirian dan dibantu jurulatih fizikal gara-gara masih belum cergas sepenuhnya," katanya. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Sepak takraw: Malaysia gemar merendah diri Posted: Sepak takraw: Malaysia gemar merendah diriSKUAD sepak takraw mahu menebus maruah pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia. MESKIPUN tidak diundi bersama Thailand dan Indonesia, ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Jamaluddin Hassan tetap menganggap laluan berliku bakal dihadapi anak-anak buahnya pada Sukan SEA kali ini, lapor MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI. Jamaluddin berkata, peluang untuk mara ke perlawanan akhir bukan sesuatu yang mudah kerana para pemain perlu berjuang berhabis-habisan bagi mengalahkan setiap lawan yang akan ditemui. "Kita tidak mahu ambil mudah dengan undian tersebut. Apa yang penting kita perlu menang dan bersedia untuk berjumpa Thailand atau Indonesia di final. "Mungkin ini juga merupakan satu strategi Indonesia untuk bertemu dengan kita atau menemukan kita bersama Thailand," kata Jamaluddin. Bagi menangani sebarang kemungkinan, Jamaluddin berkata, beliau akan mempergiatkan lagi latihan bermula minggu ini. "Setiap pemain perlu lebih tanggungjawab untuk mengembalikan imej dan maruah sepak takraw negara seterusnya menaikkan semula nama Malaysia. "Ia seperti (sukan) bola sepak, apabila menang ramai anak muda akan bermain bola. Disebabkan itu, jika skuad negara berjaya memenangi acara sepak takraw, saya yakin perkara yang sama juga akan berlaku," tegasnya. Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia menjuarai acara sepak takraw pada temasya Sukan SEA adalah di Filipina pada tahun 2005 dengan menewaskan musuh tradisi, Thailand di final. Begitupun, pada Sukan SEA 2009 di Laos, skuad negara gagal mempertahankan pingat emas tersebut. "Kekalahan yang lepas akan menjadi cabaran kerana saya yakin Indonesia lebih rasa tertekan kerana mereka bermain di tempat sendiri," katanya. Pada majlis undian yang diadakan di Hotel Jaya Karta, Daira Palembang, Sumatera minggu lalu, Malaysia diundi dalam Kumpu- lan B bagi acara antara regu lelaki dengan Laos, Singapura dan Vietnam, manakala juara bertahan, Thailand dan tuan rumah, Indone- sia membentuk Kumpulan A bersama Filipina dan Brunei. Bagi acara berpasukan lelaki pula, hanya tiga pasukan bertanding iaitu Thailand, Malaysia dan Myanmar, sekali gus sudah menjamin mana-mana pasukan untuk sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: ATM kuasa baharu Liga M 2012?
TIRAI saingan bola sepak tempatan musim ini telah dilabuhkan sebaik Negeri Sembilan dinobatkan selaku juara Piala Malaysia edisi ke-85 minggu lalu. Kini, beberapa pasukan dilihat telah pun memulakan langkah masing- masing memikat beberapa pemain ternama bagi memperkasa pasukan masing-masing bagi menghadapi saingan musim depan. Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kembali membenarkan khidmat pemain import kali ini juga dilihat bakal mewarnai aksi Liga Malaysia (Liga M), sekali gus memberi kelebihan kepada mana- mana pasukan yang mempunyai dana kewangan yang lebih besar. Tumpuan kini sudah pasti terarah kepada pasukan berstatus kelab - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - yang dikhabarkan mahu 'berjoli sakan' bagi membentuk pasukan yang mantap mengharungi saingan Liga Perdana musim depan. Sebaik berjaya mendapatkan sentuhan bekas pengendali skuad kebangsaan, B. Sathianathan, ATM pastinya 'berselera besar' memikat pemain-pemain berstatus bintang, sekali gus memastikan impian kelab itu menjadi satu kuasa baharu dalam arena bola sepak tempatan bukan sekadar satu mimpi indah semata- mata. Selain desas-desus 'merantai' dua tonggak Terengganu, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad, ATM juga dikhabarkan mahu memancing kredibiliti tonggak kembar Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak dan Aidil Zafuan. Magis 'kuda tua', Hairuddin Omar yang berjaya menjaringkan gol dalam tiga pentas final berturut-turut bersama dua pasukan berbeza sejak 2009, juga dikhabarkan mahu dipikat ATM untuk sekurang-kurangnya 'menumpang tuah' bagi mengharungi cabaran musim depan. Difahamkan, ATM kini memiliki kuasa wang yang cukup besar bagi memikat barisan pemain bintang. Justeru, tidak mustahil mereka mampu menafikan hasrat beberapa pasukan lain seperti juara Liga Su- per, Kelantan yang difahamkan turut berminat mendapatkan khidmat Indra dan Norfarhan. Cuma yang menjadi persoalannya, sejauh mana pasukan-pasukan 'mi segera' ini mampu bertahan dengan kejayaan? Sejarah telah membuktikan betapa kejayaan beberapa pasukan yang melabur mendapatkan pemain bintang untuk kejayaan pada masa singkat sebelum ini hanyalah bersifat sementara. Lihat sahaja beberapa pasukan seperti Kuala Muda Naza yang berjaya muncul juara Liga Perdana bagi musim 2008 apabila berjaya mengikat beberapa bintang ternama seperti Liew Kit Kong, Akmal Rizal Rakhli dan Farderin kadir. Kini, pasukan itu hanya tinggal dalam lipatan kamus sejarah, selain beberapa lagi kelab seperti MK Land dan Selangor MPPJ yang pernah mendapat sentuhan pemain ternama tempatan dan antarabangsa seperti Nizaruddin Yusof, Shahrin Majid, K. Nanthakumar, Juan Manuel Aroste- gui dan Marlon Alex James juga telah 'terkubur' dek masalah kewangan beberapa tahun lalu. Nasib yang lebih kurang sama juga menimpa Pahang yang pernah digelar 'Real Madrid Malaysia' sekitar 2006 apabila mengikat nama-nama besar seperti Rosdi Talib, Indra dan Nor Hafiz Zamani Misbah ketika itu. Hanya sekadar muncul juara Piala FA pada tahun itu, tiada lagi penca- paian yang boleh dibanggakan skuad Tok Gajah yang terpaksa bersaing dalam kempen Liga Perdana musim depan. Harus diingat, pemain-pemain lain terutamanya yang masih muda juga mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan berbanding pemain yang sudah ada nama dalam saingan domestik. Contoh terbaik, lihat sahaja kemampuan pengendali finalis Piala Malaysia musim ini, Azraai Khor Abdullah (Negeri Sembilan) dan Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu) yang menyinar dengan kehebatan pemain- pemain muda seperti Mohd. Fakri Saaraini, Mohd. Fiqri Adwan, Mohd. Khairul Ridzuan, Muszaki Abu Bakar, Zubir Azmi dan Izzaq Farris Ramlan. Ternyata, Azraai dan Irfan lebih mementingkan pemain yang mempunyai kehebatan 'tersembunyi' berbanding mereka yang sudah ada nama di persada bola sepak tempa- tan. Justeru, ada baiknya ATM berfikir masak-masak untuk memikat pemain bintang, dikhuatiri kelak memakan diri sendiri. Tepuk dada tanya selera! Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan