Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Tuah Baddrol, belang Apek

Posted: 21 Nov 2011 12:04 PM PST

SEPASANG tangan emas, Khairul Fahmi Che Mat sambil dibantu tuah sepakan penalti kemenangan kapten, Baddrol Bakhtiar memastikan Malaysia membawa pulang 'ibu segala emas' Sukan Sea Indonesia selepas menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi sepakan penalti pada aksi final, semalam.

Pada penentuan sepakan penalti apabila kedudukan terikat 1-1 selepas beraksi selama 120 minit, penjaga gol Khairul Fahmi menyelamatkan sepakan penalti kelima Indonesia, Ferdinan Sinaga ketika kedudukan 3-3.


Sepakan penalti terakhir negara oleh Baddrol cuba ditangkap penjaga gol Indonesia, Kurnia Mega namun bola tetap melepasi garisan gol untuk memastikan Malaysia mengekalkan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu di Laos.

Malah kejayaan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mengulangi pencapaian kejuaraan dua kali berturut-turut pada 1977 dan 1979.


Indonesia yang mendapat sokongan padu lebih 100 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno melakukan asakan awal ke kubu negara di babak pertama.


Selepas percubaan penyerang Papua, Titus Bonai diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit kedua, gawang negara akhirnya dibolosi menerusi tandukan, Gunawan Dwi Cahyo hasil sepakan sudut dua minit kemudian.

Malaysia kemudian bangkit menyamakan kedudukan apabila larian kapten, Baddrol Bakhtiar ke dalam kotak penalti disusuli hantaran lambung berjaya disempurnakan Mohd Asraruddin Putra Omar yang merebahkan badan untuk menanduk masuk bola ke gawang Indonesia pada m-35.


Bersambung babak kedua, Malaysia hampir di depan apabila serangan pantas yang dijana Irfan fazail gagal disudahkan dengan baik penyerang Ahmad Fakri Saarani biarpun hanya berada dalam situasi satu lawan satu dengan Kurnia Meiga.

Kegagalan kedua-dua pasukan mencipta jaringan menyaksikan permainan berlanjutan ke masa tambahan. Kedudukan tetap kekal 1-1 selepas aksi 30 minit masa tambahan perlawanan sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang akhirnya memihak kepada Malaysia 4-3.


Pingat gangsa temasya edisi ke-26 ini menjadi milik Myanmar yang menumpaskan naib juara dua tahun lalu, Vietnam 4-1 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Full content generated by Get Full RSS.

Farkhan sukar terima kekalahan

Posted: 21 Nov 2011 12:01 PM PST

PENINJU negara, Mohd Farkhan Haron sukar menerima kegagalan pada perlawanan akhir acara tinju kelas 75kg lelaki di Arena Tinju Kampus di Sukan Sea ke-26, semalam.

Beliau yang meraih perak setelah tewas pada peserta tuan rumah Alex Tatontos 16-25, turut menyifatkan pembahagian mata daripada barisan juri sebagai berat sebelah.


"Saya boleh terima kekalahan, tapi perlawanan tadi bagi saya tak adil. "Pada pusingan pertama saja pihak lawan menang beza sampai tujuh poin, sedangkan tumbukan saya juga kena dan saya masih berlawan," katanya.

Peserta tuan rumah mengumpul mata seawal pusingan pertama dengan 11-4, namun Mohd Farkhan terus berjuang untuk bangkit pada pusingan kedua dengan 8-7.


Bagaimanapun pada pusingan terakhir Alex yang lebih banyak bermain secara defensif meraih tujuh mata berbanding Mohd Farkhan, empat, untuk menjadikan mata akhir 16-25.


Sementara itu gangsa dikongsi bersama Manus Boonjumnong dari Thailand dan Chhuan Sok Lek dari Kemboja.

Pingat perak yang dimenangi Mohd Farkhan menutup tirai pungutan pingat bagi acara di Palembang yang berakhir hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan