Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Belum masa untuk berpesta

Posted:

Belum masa untuk berpesta

Belum masa untuk berpesta


Peserta-peserta yang terlibat dalam perasmian pembukaan Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 melakukan raptai di Stadium Jakabaring, Palembang, semalam.


JAKARTA - Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Ong Kim Swee menegaskan, belum masanya untuk pemain negara berpesta meraikan kemenangan penting 2-1 ke atas Thailand dalam acara bola sepak Sukan SEA 2011 di sini, kelmarin.

Tegas Kim Swee, ini kerana kemenangan tersebut bukan bermakna laluan ke separuh akhir sudah terjamin.

Malahan, jelasnya berdasarkan kedudukan pasukan pilihan dalam Kumpulan A, pasukan yang layak ke separuh akhir hanya bakal ditentukan pada perlawanan terakhir kumpulan 17 November ini, melibatkan Malaysia menentang Indonesia serta Thailand melawan Singapura.

"Saya tidak mahu kemenangan semalam (kelmarin) menyebabkan pemain mula berpuas hati.

"Sebaliknya mereka harus terus fokus walaupun sudah mendapat keputusan yang dihajati iaitu tiga mata penuh," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Malaysia kini berkongsi empat mata bersama Singapura dalam Kumpulan A setelah skuad negara jiran itu juga mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kemboja, kelmarin.

Pasukan tuan rumah, Indonesia pada tangga ketiga dengan tiga mata hasil kemenangan besar 6-0 ke atas Kemboja.

Walaupun tewas 1-2 kepada Malaysia kelmarin, Thailand masih berpeluang merebut slot ke separuh akhir kerana baru beraksi satu perlawanan.

Mengulas saingan empat pasukan pilihan Kumpulan A untuk ke separuh akhir, Kim Swee berkata, semua pasukan masih mempunyai peluang.

"Kita memang menjangkakan saingan kumpulan ini sengit. Malahan, belum ada bayangan pasukan mana yang benar-benar memiliki kelebihan untuk ke separuh akhir.

"Saya ramalkan mana-mana pasukan yang meraih tujuh mata, memiliki peluang untuk melepasi saingan peringkat kumpulan," katanya.

Skuad kebangsaan berpeluang menambah tiga lagi mata apabila berdepan Kemboja pada Ahad ini.

Namun, Kim Swee tidak mahu pemain memandang mudah Kemboja yang tewas dalam kedua-dua perlawanan setakat ini. - Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

Hadiah lumayan Spot Bola

Posted:

Hadiah lumayan Spot Bola <i>Utusan Mingguan</i>

Hadiah lumayan Spot Bola Utusan Mingguan

Oleh MAHIRAH ZAKARIA
sukan@utusan.com.my


Amri Yahyah (tiga dari kiri) menunjukkan kedudukan bola sambil diperhatikan (dari kiri) Hasmadi Hassan, Mohd. Nasir Ali dan Hassan Mohd. Noor pada pelancaran Peraduan Perdana Spot Bola Utusan/Mingguan 2011 di Kompleks Sri Utusan Bandar Baru Bangi, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI.


BANGI - Pembaca akhbar Utusan Malaysia kini berpeluang memenangi hadiah utama kereta Perodua Myvi dalam Peraduan Perdana Spot Bola Utusan/Mingguan 2011 yang akan bermula pada 20 November ini.

Pengurus Kanan Pengedaran Kumpulan Utusan, Hasmadi Hassan berkata, selain Perodua Myvi, pembaca juga berpeluang memenangi hadiah lumayan lain yang keseluruhannya berjumlah RM130.000.

"Peraduan ini juga menawarkan sebuah motosikal berkuasa tinggi Honda CBR250 dan lima buah motosikal Naza Blitz 150cc. Di samping itu, lima Ipad2, 10 kamera dan baucer untuk hadiah sagu hati.

"Hadiah yang ditawarkan ini mampu untuk menarik pembaca khususnya pembaca muda bagi menyertai peraduan ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Peraduan Perdana Spot Bola Utusan/Mingguan 2011 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali, Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor, Pengurus Kanan Pemasaran/Pengedaran, Mohd. Basir Abdul Rahim dan ketua pasukan bola sepak Selangor, Amri Yahyah.

Pembaca hanya perlu mengumpul sebanyak 15 gambar dan borang penyertaan yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Setiap gambar dan borang penyertaan yang sama akan disiarkan sebanyak dua kali sepanjang tempoh peraduan.

Siaran pertama bermula pada 20 November hingga 4 Disember ini manakala siaran kedua bermula 5 hingga 19 Disember.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen