Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Debaran 36

Posted: 05 Dec 2011 03:45 PM PST

Sukan

Misi Australia gamit Harimau Muda

ONG Kim Swee memanggil 36 pelatih untuk sesi latihan, semalam dengan hajat membentuk barisan terkuat untuk siri persahabatan antarabangsa di Sydney, Australia dari 10 hingga 21 Disember ini.

"Saya memanggil ramai pemain kali ini untuk mencari empat atau lima pemain baru menggantikan pemain Harimau Muda yang berpindah ke pasukan negeri dan kelab musim depan," kata jurulatih skuad Olimpik itu sebelum sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam. "Bagi saya kita perlu meneruskan pendedahan peringkat antarabangsa kepada pemain muda jika mahu mengekalkan kejuaraan pada Sukan SEA 2013 dan mencipta sejarah di Sukan Asia 2014.

"Kita juga tidak boleh hanya melihat kepada pasukan yang ada sekarang, tetapi perlu mula mencungkil pemain berpotensi di peringkat bawah 14 dan memberi pendedahan secara serius dan teratur.

"Selain pemain, kita juga memerlukan jurulatih peringkat akar umbi yang benar-benar serius mahu membangunkan bola sepak negara dan mereka ini juga perlu diberi pendedahan di peringkat antarabangsa."

Dia menambah: "Kami masih mempunyai baki tiga perlawanan kelayakan Olimpik dan bakal berdepan cabaran baru di Liga Singapura tahun depan, jadi persiapan akhir tahun ini amat penting dalam menentukan hala tuju pasukan.
"Kebanyakan pemain yang saya panggil adalah dari Harimau Muda A dan B serta beberapa pemain muda dari negeri dan kelab. Jika mereka menunjukkan potensi pada sesi latihan ini mungkin saya akan berbincang dengan persatuan untuk menyerapkan mereka ke dalam skuad," katanya.

Dalam sesi latihan semalam, hanya penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat menyertai rakan-rakannya kerana terpaksa berpatah balik ke Kelantan sebaik mendapat berita adiknya meninggal dunia.

"Fahmi tetap akan menyertai pasukan ke Australia dan saya jangka dia akan menyertai latihan selewat-lewatnya Rabu ini (esok)," kata Kim Swee.

Full content generated by Get Full RSS.

Presiden PSM diminta letak jawatan

Posted: 05 Dec 2011 03:30 PM PST

Sukan

Datuk Ahmad Ismail

Datuk Ahmad Ismail

'Jika dia sayangkan sepak takraw, jalan terbaik adalah berkorban dengan berundur'

PRESIDEN Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail diminta 'menyelamatkan' sukan tradisi itu daripada terus merudum dengan berkorban meletak jawatan yang disandangnya sejak hampir sedekad lalu.

"Jika dia sayangkan dan cintakan sepak takraw, jalan terbaik adalah berkorban dengan meletak jawatan. Peluang dan ruang sudah pun diberi, tetapi nyata dia masih gagal mengembalikan semula kegemilangan sukan tradisi ini. "Walaupun sukar berbuat demikian, tetapi jika dia melakukan pengorbanan itu, saya percaya dia akan lebih dihormati dan disanjung tinggi pencinta sepak takraw negara," kata bekas pengumpan negara, Suhaimi Yusof.

Suhaimi yang ditemui selepas program Kafe Sukan terbitan Astro Arena yang membincangkan mengenai kekalahan memalukan skuad sepak takraw negara di Sukan SEA XXVI bulan lalu berkata, suara yang mendesak Presiden PSM itu meletak jawatan bukan datang daripadanya seorang, tetapi ramai di kalangan peminat sepak takraw yang mahukan badan itu diperkasakan.

"Hari ini saya lihat suara-suara itu semakin kuat kedengaran termasuk tindakan beberapa pihak menubuhkan Gabungan Penggiat Sepak Takraw Nasional (GPSN). Ini sudah jelas menunjukkan pencinta sepak takraw negara mahu perubahan dilakukan dalam PSM," katanya.

Sementara itu, bekas jurulatih negara, Mahat Adnan pula berpendapat Ahmad tidak perlu meletak jawatan, sebaliknya mahukan Presiden PSM itu bertindak 'membuang' beberapa pegawai di sekelilingnya yang didapati gagal menjalankan tugas.
"Saya rasa pokok yang rendang ini tidak patut ditebang, tetapi apa yang perlu dilakukan adalah mencantas beberapa dahan yang sudah patah dan rosak. Saya percaya jika Ahmad melantik orang lain yang lebih ikhlas dan jujur menjalankan tugas, PSM akan diuruskan dengan lebih baik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan