Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Baddrol tetap mahu ikut Safee

Posted:

Baddrol tetap mahu ikut Safee

Baddrol tetap mahu ikut Safee


Baddrol Bakhtiar (kanan) bersama pemain skuad emas Sukan SEA XXVI (dari kiri) K. Gurusamy, Assaruddin Omar, Irfan Fazail, Muslim Ahmad, Fakri Saarani dan Nazmi Faiz pada sesi bertemu peminat di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama


KUALA LUMPUR - Tonggak pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertimbangkan hasratnya untuk menyertai kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.

Baddrol berkata, tawaran seperti itu sememangnya dinanti-nantikan kerana mahu menimba pengalaman baru selain mahu meningkatkan mutu permainan.

"Saya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan KFA mengenai perkara ini kerana tawaran yang diterima dari kelab tersebut hanya dalam bentuk lisan.

"Namun segala keputusan akan dibuat sekurang-kurangnya sehari dua lagi dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak pengurusan (KFA) untuk mempertimbangkan peluang ini," katanya selepas sesi pertemuan mesra antara pemain skuad Sukan SEA XXVI dengan para peminat, anjuran Nike Malaysia di sini semalam.

Turut serta ialah enam lagi pemain iaitu Mohd Muslim Ahmad, Muhammad Nazmi Faiz Mansor, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani, Mohd. Asraruddin Putra Omar dan Mohd. Irfan Fazail.

Pemain kelahiran Sungai Petani ini yang masih mempunyai kontrak setahun bersama skuad Kenari sehingga hujung tahun depan berkata, dia mahu mengikut jejak langkah Safee Sali, yang bermain dalam kelab yang sama yang berpangkalan di Jawa Barat.

"Ia memang tawaran yang terbaik bagi saya untuk mengembangkan pengalaman dan saya telah mendapat nasihat daripada Safee.

"Banyak kata-kata positif yang dia berikan kepada saya untuk beraksi bersama pasukan luar negara," katanya.

Beliau berkata, sekiranya masih bermain dengan pasukan Kedah musim depan, beliau menyasar untuk membantu Kedah menduduki kelompok lima terbaik dalam Liga Super.

"Perancangan bersama Kedah semestinya yang terbaik akan saya lakukan bagi memartabatkan sekurang-kurangnya satu piala dibawa pulang ," katanya. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

6 calon awal ke London

Posted:

6 calon awal ke London

6 calon awal ke London


(Dari kiri) Mohd. Adiq Hussainie Othman, Amir Mustafa Rusli dan Mohd. Harrif Salleh antara enam pelumba yang disenarai pendek untuk merebut dua slot acara lumba basikal ke Olimpik 2012, manakala Mohd. Akmal Amrun (kanan) diletakkan dalam senarai menunggu.


KUALA LUMPUR – Enam pelumba diletakkan dalam senarai pendek bagi merebut dua slot acara lebuh raya elit lelaki di Sukan Olimpik London tahun depan dan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Lebuh Raya Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk diluluskan.

Presiden PKBM, Abu Samah Abd Wahab menegaskan, nama enam pelumba yang menerima penghormatan istimewa untuk ke London 2012 ialah Mohd. Harrif Salleh, Mohd. Zamri Salleh Mohd. Adiq Hussainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Anuar Manan dan Ng Yong Li.

Harrif adalah pelumba tonggak Terengganu Cycling Team (TSG) yang meraih dua pingat emas pada Sukan Sea XXVI bulan lalu termasuk acara scratch.

Zamri adalah pemenang pingat gangsa acara lebuh raya Sukan Sea 2009 di Laos dan kini memimpin senarai mata Siri Kejohanan Grand Prix Kebangsaan (GP Kebangsaan) dengan keseluruhan 45 mata.

Adiq Hussainie pula adalah bekas pelumba kelab Australia, Drapac Professional Cycling Team (Drapac) yang bakal berkayuh untuk Champion System musim depan, manakala Amir Mustafa yang baru tamat kontrak bersama Drapac, memiliki corakan kayuhan mantap pada laluan landai dan bukit.

Anuar adalah pemenang jersi hijau selaku Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 yang muncul sebagai pelumba pertama memenangi perlumbaan peringkat di kejohanan bertaraf hors itu, manakala Yong Li adalah ayam tambatan Le Tua Cycling Team.

Nama Akmal Amrun yang pernah berlatih acara trek di Melbourne, Australia pula diletakkan dalam senarai menunggu. Mereka bakal menerima elaun RM2,500 sebulan sekiranya disenaraikan dalam program Road To London 2012.

"Senarai nama enam pelumba ini besar kemungkinan akan dibincang dalam mesyuarat Exco pada 12 Disember ini sebagai satu pemberitahuan.

"PKBM sangat berbangga kerana akhirnya berjaya menyertai acara lebuh raya di Sukan Olimpik secara merit," katanya.

Malaysia layak secara merit untuk menyertai acara lebuh raya Sukan Olimpik 2012 bersama Jepun, Uzbekistan dan Kazakhstan sekali gus menceriakan arena sukan berbasikal negara yang kemarau aksi pada temasya sukan terbesar di dunia itu sejak lebih 20 tahun lamanya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen