Harian Metro: Arena |
Posted: 05 Dec 2011 08:30 AM PST "SAYA percaya apa yang berlaku dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) berpunca daripada masalah dalaman persatuan itu terutama di kalangan pegawai kerana saya masih yakin dengan kepemimpinan Datuk Seri Shahidan Kassim (Presiden KOM) untuk menerajui KOM," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Katanya, Shahidan bukan saja menerajui KOM tetapi turut memimpin Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) yang meraih 19 pingat emas dalam acara akuatik pada temasya Sukan Sea di Jakarta baru-baru ini, sekali gus membuktikan kepemimpinan beliau dalam memastikan kecemerlangan atlet di peringkat antarabangsa.
"Saya tiada masalah dengan Shahidan dan yakin dengan kepemimpinannya untuk menerajui badan induk olahraga negara itu," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan SeMalaysia di Kompleks Belia dan Sukan Paroi Seremban, semalam.
Malah, baru-baru ini, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong sedia menawarkan diri mengendalikan atlet olahraga yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi tetapi tidak mahu campur tangan daripada KOM.
Sementara itu, beliau berkata, konsep pembangunan bola sepak di negara ini didapati terlalu bergantung kepada apa yang dilakukan di peringkat pusat apabila ramai pemain berbakat dilahirkan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar di Johor manakala pembangunan di peringkat negeri didapati kurang memberangsangkan.
|
Posted: 05 Dec 2011 08:17 AM PST ANDAI khidmatnya sebagai ketua jurulatih sepak takraw negara tidak lagi diperlukan berikutan kegagalan pada Sukan Sea Indonesia, Jamaluddin Hassan bersedia menerimanya dengan hati terbuka. Malah pengendali berpengalaman itu menegaskan, beliau memikul tanggungjawab penuh pencapaian buruk anak-anak buahnya yang sekadar meraih dua gangsa pada temasya dwitahunan terbabit berbanding satu pingat emas yang menjadi idaman.
"Saya juga masih menanti untuk dipanggil PSM atau MSN bagi memberikan penjelasan terperinci mengenai prestasi skuad yang dibentuk April lalu," katanya yang mempunyai kontrak hingga April 2013.
"Malah ketika kali terakhir skuad negara memenangi emas pada Sukan Sea 2005, barisan pemain negara dibentuk bermula pada 2003 dengan kebanyakan pemain berusia 18 tahun. Saya bukan memberi alasan namun ia adalah kenyataannya," katanya yang turut menjadi ketua jurulatih ketika itu.
"Sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan kadar segera kerana ia bakal membabitkan pelepasan pemain," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan