Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Orang tengah'

Posted: 22 Dec 2011 03:50 PM PST

JAUH sekali untuk 'menangguk di air keruh', tetapi andai jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei benar-benar mahu berguru semula dengan sifunya, Datuk Misbun Sidek, KLRC (Kuala Lumpur Racquet Club) sedia menyatukan mereka semula.

"Saya tidak mempunyai niat lain, tetapi saya sedia menjadi 'orang tengah' bagi menyatukan kedua-duanya semata-mata demi negara dan memastikan kita dapat memenangi pingat emas pertama di temasya terulung itu," demikian pengakuan ikhlas pemilik KLRC, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow, semalam.

Kelmarin, Chong Wei menegaskan dia tidak boleh berbuat apa-apa keputusan kerana terikat dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), tetapi dengan kesediaan KLRC membantu menyatukan dia dan Misbun, ia harus bukan lagi jalan sukar kepada pemain nombor satu dunia itu untuk membuat keputusan satu yang bijak.

Andrew yang juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Peninsular Gold Limited sudah membuktikan formulanya melahirkan 'juara' apabila menjadikan Zulfadli Zulkifli sebagai pemain pertama negara melakar sejarah mengungguli Kejohanan Remaja Dunia di Taiwan bulan lalu.

Kejayaan Zulfadli itu dirumuskan banyak pihak sebagai revolusi baru dalam badminton tanah air kerana dia adalah produk yang dikeluarkan sebuah kelab profesional dan bukan BAM.

"Saya ada baca mengenai hasrat Chong Wei dan saya sedia bertemu serta berbincang dengannya. Saya percaya dapat memujuk kembali Misbun sekali gus menyatukan kedua-duanya semula. Apa yang penting, semua pihak perlu mengutamakan kepentingan negara," tambah Andrew.
Chong Wei yang berdepan kemerosotan prestasi termasuk kalah tiga kali kepada Chen Long dan empat kali kepada Lin Dan sepanjang tahun ini membuat pengakuan mengejutkan kelmarin apabila mahu menagih semula sentuhan bekas sifunya itu ketika digamit misi penting memburu emas di Sukan Olimpik tahun depan.

Chong Wei akur betapa dua masih mengharapkan bimbingan Misbun dalam menempuhi saat getir lapan bulan menjelang temasya Olimpik London.

Dia juga berharap semua pihak dapat bekerjasama membantunya berlatih demi melaksanakan hasrat membawa pulang emas pertama Olimpik buat negara.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

bee

setinggi mna pon kita jgn lupa pda org yg pernah menjadikan diri pemain terhebat dunia,tnpa misbun lcw takkn org knal,seolah2 apa yg pnh d sumbangkn misbun x d hrgai langsung

Serpico

Syabas kpd Andrew atas kesediaannya. Kpd BAM pertimbangkanlah hasrat Datuk LCW dan keikhlasan Andrew utk membantu. Org dlm BAM tak perlu gusar kerana ular menyusur akar takkan hilang bisanya.Kendurkan lah sikit.. Dato Misbun buangkanlh yg keruh demi masa depan sukan badminton.Jadikan 1 semangat utk 1 Malasia.Peminat harapkan kejayaan..

OrangBukit

Mengapa BAM membuat keputusan yang double standard dalam hal jurulatih untuk Dato Lee Chong Wei? Kalau beregu utama boleh ditukar jurulatih, kemudian diimpot jurulatih dari Korea, mengapakah hanyak untuk memanggil semula Dato Misbun sebagai Jurulatih untuk Chong Wei tidak diterima malah alasan prestasi Chong Wei tidak menurun dinyatakan. Nanti apabila telah tewas dan tidak dapat mencapai matlamat dalam Olimpik 2012, barulah diberi alasan menyalahkan orang lain. Please BAM (Mr. Kenny), dont be double standard.

Alipiah Osman

Datuk LCW seharusnya mempertahankan sifunya semasa Datuk Misbun mahu meletakkan jawatan ekoran permainan politik kotor badan induk BAM dengan berkeras utk meninggalkan persatuan jika sifunya tidak melatihnya dalam BAM. Barulah BAM menggelabah krn Datuk LCW adalah lubuk emas bg BAM utk dptkn penaja... Sekarang KLRC cuba menangguk di air keruh walaupun demi kebaikan Datuk LCW...

liza

BAM kene terima kenyataan...prestasi merundum Chong Wei kerana jurulatih yang tidak sesuai. Kembalikan Misbun.

perantau melayu

apa yg saya lihat rata2 persatuan sukan kita, tak kira la FAM, BAM, KOAM dan banyak lagi yg lain2 terlalu banyak campur tangan politik, lantik org2 peneraju dia org politik...jadi disini lah kesilapan persatuan kita ni, jadi yg rugi adalah negara kita...

mazuaan

Harap Datuk Misbun mohon rombak pengurusan sbgai syarat, terutama sisitem kejurulatihan yg beri kuasa penuh utk melatih.bknnya pemain pecat jurulatih.baru kena balik apa bam buat kat Dmisbun dulu.....Demik badminton negara jgk !!

sam

maruah diri mengatasi kehendak individu yg lupa spt kacang lupakan kulit

wati

kasihan chong wei...makan hati dengan sikap BAM yang tak pernah nak memahami keadaan. dlcw dah biasa dengan misbun...biarlah mereka bersama...mengapa nak di pisahkan ekoran keegoaan BAM...

ismail

kita harus melihat chong wei menjadi juara olimpiapk, oleh semua pihak kena gembeling tenaga supaya emas milik. yang menghar

ZORRO

Orang kita kalau berguru biar sampai habis dan bukan membelakangi tok guru. Malapetaka pasti tiba jika derhaka pada tok guru. Dah hampir terbukti.....Orang Melayu berpegang kuat pada amalan berguru..orang lain tak tau la....BAM jangan jadi macam KOAM..nanti tinggal KO aje..

Hafeez Abdullah

Langkah bijak En Andrew.....teruskan...jasamu akan dihargai.

hak eleeh

Harap misbun reject je tawaran tu..
Soal maruah negara, maruah negara juga,
maruah diri kena jaga sama,
atleast kepada sapa2 yang involve dengan 'kenapa Datuk Misbun' merajuk dulu disingkirkan dari BAM barulah dia join semula..

papais

Chong Wei telah berada di kedudukan tertinggi skil badminton. Sewajarnya beliau memerlukan idea baru teknik permainan yang belum dikuasai pemain China. Misbun diharao dapat membantu, kerana dalam setiap perlawanan Chong Wei, Misbun mencatat kelemahan Chong Wei yang perlu dibaiki. Bukan semua jurulatih professional yang mampu membentuk teknik permainan bertaraf dunia dan sukar ditiru oleh pemain lain. Harap usaha ini berjaya.

khairulnizam

klu nak membantu biar lah dengan ikhlas... jangan dah terlewat baru nak terkial2

Hajim Bin Amir Salleh

Memang benar kemerosotan pencapaian D Lee Chong Wei makin jelas ekoran jurulatih @ sifunya Dt Hj Misbun tidak bersamanya lagi. Jadi usaha harus dibuat agar sifunya kembali melatihnya demi memartabatkan maruah negara di Sukan Olimpik 2012

Jass

Saya sangat setuju dgn hasrat LC Wei untuk kembali bguru semula dgn sifunya kerana tbukti skrg prestasinya ketara merundum, BAM kena akur dgn hasrat beliau krn impian negara lebih penting bbanding mjaga kerusi empuk para pemimpin BAM yg tiada istilah silap dlm ptadbiran mereka janji dpt pegang kuasa dlm BAM sampai kiamat

abu

terbaik la! hidup KLRC. kalau nak harapkan politik wang sampai bila nak maju...

Full content generated by Get Full RSS.

Saya bertanggungjawab: Naim

Posted: 22 Dec 2011 03:47 PM PST

Sukan

NAIM (tengah) bersama sebahagian wartawan yang membuat liputan Sukan SEA di Jakarta dan Palembang pada majlis penyerahan pingat penghargaan di Wisma MOM, semalam.

NAIM (tengah) bersama sebahagian wartawan yang membuat liputan Sukan SEA di Jakarta dan Palembang pada majlis penyerahan pingat penghargaan di Wisma MOM, semalam.

'Kita tak jangka kerana lazimnya pingat dikalung selepas acara tamat'

ISU kuartet 4x400 meter negara yang pulang tanpa sempat dikalungkan pingat emas dimenangi menjadi pengajaran paling penting kepada kontinjen negara sepanjang Sukan SEA XXVI yang genap sebulan berlalu, semalam.

Dalam mesyuarat bedah siasat bersama pengurus pasukan di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam, Ketua Kontinjen, Datuk Naim Mohamad berkata, perkara itu menjadi topik utama perbincangan dan berjanji perkara sama tidak akan berulang pada masa depan. "Saya memikul tanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang berlaku. Sepatutnya kuartet berkenaan terus berada di Palembang sehingga dikalungkan pingat, tetapi beberapa tindakan diambil memastikan mereka dikalungkan pingat sebelum pulang ke tanah air menemui jalan buntu.

"Kita memang tidak menjangka kerana lazimnya pemenang setiap acara olahraga akan dikalungkan pingat selepas pertandingan mereka tamat pada hari berkenaan, tetapi penganjur memutuskan pingat dimenangi kuartet 4x400 meter itu hanya diberi keesokan hari," katanya.

Naim berkata isu itu bagaimanapun mempunyai hikmah tersendiri kerana kuartet dianggotai P Yuvaraj, S Kannathasan, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus Lasale kemudian mendapat pengiktirafan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengalungkan pingat kepada mereka.

Dalam pada itu, Naim menuntut beberapa pengurus pasukan yang belum mengemukakan laporan masing-masing supaya berbuat demikian sebelum Ahad ini sebelum diserah kepada MOM pada 31 Disember ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

MohdAli Abd Latiff

sama aje ketua kontenjen ke KOAM ke ,,tidak prihatin dah berlaku, jawab aje le apa2 pun..banyak perkara mustahil berlaku macam takraw dah tahu tak ada elaun kenapa nak main dah kalah macam2 jawaban..tolong le..baik pemain pegawai sama sama le betanggungjawab


Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan