Harian Metro: Arena |
Posted: 22 Dec 2011 12:12 PM PST PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) tidak merancang menambah atau menggaji jurulatih baru buat masa ini. Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata demikian ketika mengulas mengenai kesediaan badan induk badminton negara itu memanggil semula jurulatih Datuk Misbun Sidek, selepas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menyatakan kesediaannya berlatih semula dengan 'otai' terbabit.
"Di pihak BAM, saya tidak boleh membuat spekulasi dan memberi kenyataan tanpa mendapatkan cerita sebenar daripada Chong Wei. Saya akan jumpa Chong Wei dulu, biar kami dengar apa katanya." Kelmarin, Chong Wei menyuarakan kesediaannya berguru semula dengan Misbun demi mengembalikan prestasi terbaik di temasya Sukan Olimpik yang tinggal lapan bulan saja lagi.
"Malah soal mencari jurulatih baru tidak pernah dibincangkan. Ketika ini kami berasakan tiga jurulatih perseorangan Rashid Sidek, Tey Seu Bock dan Hendrawan cukup untuk membantu Chong Wei berjaya di Olimpik," kata Kenny.
Sepanjang 2010, Chong Wei merangkul lapan kejuaraan kejohanan terbuka Siri Super dan GP Emas. Dia turut memenangi gelaran Siri Super Final serta Sukan Komanwel manakala hanya satu kejohanan dia muncul naib juara iaitu Sukan Asia.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 22 Dec 2011 12:08 PM PST SEKALIPUN hanya seri 1-1 pada perlawanan persahabatan dengan Gosnells City, kelmarin, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah, tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya yang menunjukkan aksi lebih baik berbanding ketika beraksi dalam siri perlawanan persahabatan sebelum ini. Menurutnya, kemajuan ditunjukkan pemain meningkatkan lagi keyakinannya yang sedang berusaha membentuk skuad mantap menjelang saingan pembuka tirai Liga Malaysia 2012, bulan depan.
"Apa yang membanggakan ialah persembahan ditunjukkan pemain muda antaranya Mohd Shakir Md Ali yang menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan itu selain Mohd Firdaus Azizul yang semakin meningkat prestasinya.
Menurut Azraai, fokusnya kini adalah mengenal pasti beberapa pemain yang bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama menjelang saingan pembuka tirai itu nanti.
"Selepas melihat keseluruhan persembahan pemain, saya rasa tidak akan berdepan masalah untuk menyenaraikan kesebelasan utama. Sudah tentu hanya pemain yang berada pada tahap terbaik disenaraikan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan