Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM sedia bantu

Posted:

FAM sedia bantu

FAM sedia bantu

"PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berusaha membuat rayuan kepada badan induk bola sepak dunia (FIFA) untuk Safee Sali sekiranya kejohanan Liga Super Indonesia (ISL) sudah sah diharamkan."

Demikian respons Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar kecil) ketika diminta mengulas mengenai nasib yang bakal menimpa penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali sekiranya ISL diharamkan.

Safee kini beraksi dengan kelab Indonesia, Pelita Jaya dan pemain kelahiran Kajang, Selangor itu mungkin tidak boleh mewakili skuad negara sekiranya ISL diharamkan.

Katanya, meskipun FAM tidak terlibat dalam perundingan Safee bersama pengurusnya, Zakaria Rahim dengan bekas kelabnya, Selangor dan Pelita Jaya, FAM tetap akan membantu Safee daripada terjebak dengan status haram ISL.

Menurutnya lagi, kehilangan peledak berbisa Asia Tenggara itu pasti dirasai oleh skuad negara selepas kesemua pemain yang beraksi di ISL akan dikenakan pembekuan status perpindahan.

"Sudah tentu FAM akan membantu Safee meskipun rundingan perpindahan ke Pelita Jaya dari Selangor hanya melibatkan Safee bersama pengurusnya (Zakaria) sahaja.

"Kehilangan Safee yang tidak dapat mewakili negara sekiranya dia mendapat status haram sememangnya sukar untuk diterima oleh peminat-peminat bola sepak tempatan.

"Skuad kebangsaan masih menagih khidmat Safee. Oleh itu, FAM mungkin akan bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi menangani masalah ini mengikut undang-undang FIFA," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Azzuddin memberitahu kesahihan berita mengenai pengharaman ISL belum lagi terjawab memandangkan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat daripada FIFA setakat ini.

Jelasnya, beliau berharap peminat-peminat bola sepak tempatan bersabar dan tidak bertindak secara melulu untuk membuat sebarang spekulasi selagi surat pengharaman ISL oleh FIFA belum disahkan.

"Saya tidak mengetahui hal itu terjadi (ISL diharamkan oleh FIFA). Saya akan pastikan maklumat tersebut benar terlebih dahulu sebelum mengemukakan rayuan kepada FIFA.

"Saya berharap penyokong tempatan tidak mudah terpedaya dengan khabar angin atau membuat sebarang spekulasi mengenai hal ini selagi isu ini belum disahkan oleh pihak FIFA," katanya.

Sementara itu, Safee ketika dihubungi Kosmo! enggan mengulas lanjut berhubung isu pengharaman ISL. Bekas penyerang Selangor itu akan menjelaskan situasi tersebut pada sidang media minggu depan.

"Saya akan menjawab segala pertanyaan pada sidang akhbar Isnin depan," katanya.

Safee sebelum ini berkata, sekiranya kelab Pelita Jaya yang diwakilinya terlibat dengan penggantungan FIFA, beliau akan cuba mencari peluang bermain di negara lain dan dalam masa yang sama mahu bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

Semalam, portal berita akhbar Republika Indonesia melaporkan, surat pengharaman ISL oleh FIFA itu ditujukan kepada Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Djohar Arifin Husin yang menyatakan ISL adalah liga yang tidak diakui oleh badan dunia itu.

Menurut kandungan surat tersebut, FIFA menerusi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agungnya, Jarome Valcke dan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay menetapkan status haram kepada semua pemain, pegawai dan pengadil yang terlibat dengan ISL.

"Pemain yang bermain di ISL juga akan dikenakan pembekuan status perpindahan. Ini bermakna pemain tidak boleh bermain dalam liga atau kejohanan di negara yang merupakan anggota FIFA.

"Pemain seperti Safee juga terancam, tidak boleh bermain di luar ISL," menurut portal tersebut.

FIFA bagaimanapun memberikan tarikh akhir 20 Mac tahun depan kepada Indonesia untuk menyelesaikan segala polemik yang berkaitan dengan arena bola sepak di republik itu atau berdepan dengan tindakan penggantungan atau pengharaman.

ISL merupakan kejohanan kelab-kelab bola sepak profesional di Indonesia tetapi tidak bernaung di bawah PSSI.

Full content generated by Get Full RSS.

'Contohi semangat Harimau Muda'

Posted:

'Contohi semangat Harimau Muda'

'Contohi semangat Harimau Muda'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


RAJAGOBAL (kanan) mahukan semua pemain dalam skuad negara agar mempergunakan sepenuhnya pengalaman untuk membentuk keyakinan serta persefahaman di kalangan mereka.


SELEPAS aksi cemerlang yang dipamerkan Harimau Muda ekoran kejayaan mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2011 di Jakarta pada November lalu, tumpuan kini mula teralih kepada Harimau Malaya.

Selaku tuan rumah Piala AFF Suzuki bersama Thailand pada kejohanan edisi kesembilan itu tahun depan, cabaran getir bakal menanti pasukan negara selaku juara bertahan.

Skuad Harimau Malaya yang dibimbing oleh jurulatih berkaliber negara, Datuk K. Rajagobal telah berjaya menamatkan penantian selama 14 tahun apabila muncul juara kejohanan dwi-tahunan anjuran Persekutuan Bola Sepak Asean itu bermula 1996 yang kini dikenali sebagai Piala AFF Suzuki.

Sebelum ke pentas final kejohanan edisi lalu, pasukan negara tewas 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan namun kembali bangkit membenam Laos 6-0 dan mengatasi Thailand 2-1.

Namun, ia tidak sesekali mematahkan semangat pasukan negara yang sememangnya memiliki karakter sebagai jaguh Asean selepas menumpaskan seteru utama, Indonesia menerusi agregat 4-2 pada perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur (3-0) dan Jakarta (1-2).

Namun bagi Rajagobal, beliau tidak mahu barisan pemainnya terlalu lena dibuai mimpi indah dengan kejuaraan yang diraih pada edisi kelapan itu.

Jelasnya, kejayaan lalu sekadar perangsang dalam membina kejayaan pada musim hadapan dan dia mahu anak-anak buahnya mencontohi sifat pasukan 'adik', Harimau Muda di atas prestasi cemerlang ketika beraksi di Sukan SEA lalu.

"Saya akui kejayaan muncul sebagai juara Piala AFF Suzuki merupakan satu kenangan manis tetapi selaku juara bertahan, kami terpaksa berkerja dengan lebih keras dan gigih untuk mempertahankan reputasi tersebut.

"Mempertahankan kejuaraan adalah lebih susah jika dibandingkan merebut kejuaraan di mana setiap pasukan akan memberikan tentangan habis-habisan untuk merampas gelaran juara dari kami.

"Jadi, saya mahu barisan pemain saya mencontohi skuad kendalian Ong Kim Swee itu yang beraksi dengan cemerlang untuk melakar kejayaan pada Sukan SEA di Jakarta, baru-baru ini.

"Mereka (Harimau Muda) bukan sahaja berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah namun dalam masa yang sama, mereka telah menunjukkan kekuatan fizikal dan mental meskipun beraksi di gelanggang lawan yang sentiasa memberi provokasi terhadap skuad negara.

"Kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada kami dalam usaha untuk mempertahankan status juara Piala AFF Suzuki pada tahun lalu," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Ditanya mengenai prestasi skuad Harimau Malaya ketika perlawanan persahabatan menentang India pada pertengahan November lalu, Rajagobal melahirkan rasa bangga dengan komitmen yang dipamerkan oleh semua pemain.

Meskipun skuad negara sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 sebelum tewas 2-3 pada aksi kedua, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan beberapa muka baharu yang diserapkan dalam skuad kendaliannya itu.

"Jangan terlalu cepat kritik kepada pasukan kami. Saya membawa tujuh pemain yang tidak pernah beraksi di pentas antarabangsa tetapi masih mampu memberikan saingan sengit kepada India. Saya mahu membuka ruang dan peluang kepada pemain-pemain ini untuk membina kombinasi mantap dalam pasukan. Keputusan perlawanan bukan ukuran tetapi pengalaman yang diraih perlu dimanfaatkan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Seu Bock tidak berkecil hati

Posted:

Seu Bock tidak berkecil hati

Seu Bock tidak berkecil hati

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


CHONG WEI (kiri) mengharapkan sentuhan Misbun bagi membantunya meningkatkan prestasi sebelum turun beraksi dalam Sukan Olimpik 2012 London tahun depan.


TEY Seu Bock tidak akan berkecil hati sekiranya Datuk Misbun Sidek kembali membimbing jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Jurulatih perseorangan negara itu berkata, apa yang dia mahukan adalah yang terbaik buat Chong Wei dalam misi memburu pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

"Saya langsung tidak kecil hati dengan perkara ini. Jika Chong Wei merasakan yang dia mahu Misbun kembali mengambil alih tugas selaku jurulatihnya ataupun bekerjasama dengan saya, saya tidak kisah.

"Selama ini pun saya hanya melaksanakan tugas saya bagi membimbing Chong Wei dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa," kata Seu Bock ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan Chong Wei di Stadium Bukit Kiara semalam.

Sebelum ini, Chong Wei tanpa berselindung mengakui yang dia masih mengharapkan sentuhan bekas 'sifunya', Misbun dalam mempersiapkan diri tatkala tinggal kurang lapan bulan sahaja lagi sebelum Sukan Olimpik 2012 bermula.

Misbun menamatkan kontraknya selama tiga tahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 31 Disember tahun lalu apabila menyerahkan surat peletakkan jawatan kepada badan induk badminton negara itu.

Keputusan bekas jaguh perseorangan negara itu dibuat selepas berselisihan faham dengan BAM.

Meskipun BAM telah menawarkan kontraknya baharu buatnya untuk melatih barisan pemain skuad pelapis negara namun Misbun telah menolak tawaran tersebut.

Ketiadaan Misbun, sesi latihan Chong Wei yang merupakan pemain No. 1 dunia kini dikendalikan Seu Bock dan turut dibantu oleh Rashid Sidek dan Hendrwan.

Selain mahu kembali dibimbing Misbun, Chong Wei, 29, juga menyuarakan keinginannya untuk mendapatkan semula khidmat pakar mental, Frederick Tan yang turut bersama-sama Misbun membimbing pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Tambah Seu Bock, dia sentiasa mengalu-alukan kehadiran mana-mana pihak bagi membantunya untuk membimbing Chong Wei termasuk Misbun dan Fred Tan bagi merealisasikan impian rakyat Malaysia untuk menyaksikan jaguh negara itu membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik.

"Memang saya memerlukan beberapa orang lagi jurulatih untuk membantu saya. Namun, bukan mengendalikan program latihan tetapi lebih kepada analisis perlawanan.

"Ketika ini, Rashid dan Hendrawan yang membantu saya menganalisis perlawanan Chong Wei. Saya akan beri mereka rakan video perlawanan dan mereka akan melakukan analisis selepas itu, memberikan saya maklum balas," tambah Seu Bock.

Dalam pada itu, Seu Bock menjelaskan yang dia mempunyai perancangan tersendiri untuk meningkatkan prestasi Chong Wei menjelang Sukan Olimpik tahun depan di samping menyasarkan tiga bulan untuk Chong Wei kembali ke prestasi terbaiknya.

"Bagitupun, buat masa ini latihan mungkin saya akan buat benda yang sama kerana tiada masa, mungkin selepas Terbuka Malaysia ada sedikit perubahan dari segi program latihan semua," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan