Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Hup Wei jalani latihan intensif sebulan buru tiket Olimpik

Posted: 24 Feb 2012 11:46 AM PST

Sukan

Lee Hup Wei

Lee Hup Wei

JAGUH lompat tinggi negara, Lee Hup Wei yang baru pulang dari menyertai tiga kejohanan di Eropah akan menjalani latihan intensif sebulan di Kuala Terengganu dalam misinya memburu kelayakan ke Olimpik London Julai depan.

Pemegang rekod kebangsaan dengan ketinggian 2.27 meter di Terbuka China 2008 itu berkata, latihan di luar Kuala Lumpur di bawah bimbingan jurulatih Joe Luis Alfaro Qiunoes itu bertujuan memberi tumpuan khusus kepada memperbaiki teknik lompatan sebelum dia memulakan misi sebenar memburu kelayakan ke London di Kejohanan Olahraga Grand Prix Asia di Bangkok, Mei depan.

"Di Eropah, saya sekadar mencatat 2.15 meter sebagai pencapaian terbaik, tetapi jika dapat memperbaiki teknik lompatan, saya yakin mampu melompat lebih tinggi," katanya yang yakin mampu mencecah ketinggian 2.28m untuk kelayakan ke Olimpik. Pada kejohanan di Eropah baru-baru ini, atlit kelahiran Dengkil, Selangor yang meraih kemenangan hatrik emas Sukan SEA di Indonesia November lalu, melakukan catatan 2.15m meter di Austria dan masing-masing 2.15m dan 2.14m pada dua kejohanan di Republik Czech.

Hup Wei berkata, penyertaannya pada tiga kejohanan di Eropah itu lebih kepada menguji keupayaannya selepas pulih daripada pembedahan buku lali kiri, Mac tahun lalu.

Menurutnya, ketika menang emas di Sukan SEA Palembang lalu dengan ketinggian 2.15m, tahap kecergasannya hanya kira-kira 80 peratus.

"Kini saya sudah pulih sepenuhnya dan akan ke Kuala Terengganu dua minggu lagi sebelum kembali menyambung latihan di Kuala Lumpur, dan terbang ke Bangkok. Jika gagal di Bangkok, saya akan sekali lagi ke Eropah untuk meneruskan misi terakhir memburu kelayakan ke Olimpik," katanya.

le tour de Langkawi 2012: Skuad negara optimis perbaiki kedudukan

Posted: 24 Feb 2012 11:42 AM PST

Sukan

BERMULA sederhana pada persembahan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 semalam, skuad kebangsaan Malaysia optimis memperbaiki kedudukan di kalangan pasukan Asia yang menyertai edisi ke-17 kali ini.

"Walaupun tadi (semalam) kami menduduki tempat lebih baik berbanding Azad Universiy Cross Team, OCBC Singapura dan Indonesia, kami ada hajat lebih besar untuk muncul antara lima terbaik Asia dan 15 terbaik keseluruhan," kata pengurus pasukan, Omar Saad.

Mengakhiri perlumbaan edisi tahun lalu di tangga kelapan Asia dan ke-21 keseluruhan, Omar berkata, perlumbaan sebenar bermula hari ini dengan kesemua pasukan mempamerkan taring masing-masing. "Antara strategi utama kami ialah cuba mengekori pelumba yang membuat pemecahan dan seorang daripada pelumba mesti berada dalam kelompok depan itu. Kita tidak mahu jauh tercicir masa menjelang pendakian ke Genting Higlands," katanya.

Dalam perlumbaan Peringkat 1 ujian masa individu di Putrajaya semalam, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi muncul pelumba terbaik Malaysia di tempat ke-70 dengan masa 27 minit 58.58s, diikuti Mohamad Rauf Nur Misbah (77), Amir Mustafa Rusli (102), Ahmad Fallanie Ali (109), Suhardi Hassan (124) dan Nor Rizuan Zainal (127).

Fauzan yang turut bersaing di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 minggu lalu, masih kurang berpuas hati dengan prestasinya.

"Fokus saya selepas ini adalah Peringkat 6 ke Genting Highlands," katanya yang membuat kemunculan semula selepas kali terakhir menyertai LTdL 2008 sebelum digantung dua tahun kerana kesalahan doping.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan