Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Selamat tinggal Kelantan - Butler

Posted:

Selamat tinggal Kelantan - Butler

Selamat tinggal Kelantan - Butler

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Affandi Hamzah (kanan) dan Peter Butler bersalam selepas mengadakan pertemuan di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menamatkan kontrak Peter Butler selaku ketua jurulatih The Red Warriors berkuat kuasa semalam.

Keputusan itu dibuat selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dalam pertemuan yang berlangsung di Wisma KAFA, di sini.

Ia sekali gus menamatkan 'perang dingin' antara KAFA dan Butler yang 'direhatkan' berikutan kelantangan beliau berhubung isu pengambilan pemain import yang jelas mengundang rasa kurang senang pihak pengurusan KAFA.

Timbalan Presiden KAFA yang juga pengerusi jawatankuasa pengurusan persatuan, Datuk Affandi Hamzah pada sidang akhbar berkata, pertemuan itu yang turut dihadiri Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim.

Ditanya siapa pengganti Butler, Affandi memberitahu, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa selepas mendapat kelulusan ahli majlis.

"Buat masa ini, tugas Butler akan diuruskan oleh penolong jurulatih, Zahasmi Ismail dan Sidek Samsuddin yang akan dibantu oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Al-Hamra Red Warriors, Bojan Hodak," ujarnya.

Butler dilantik pada Oktober lalu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk M. Karathu yang memutuskan untuk bersara.

Sementara itu, Butler ketika ditemui menerima keputusan tersebut dan gembira kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.

"Saya bergembira dapat berkhidmat dengan pasukan Kelantan dan mempunyai pembantu yang cukup dedikasi. Saya bangga kerana meninggalkan pasukan ini dengan rekod yang baik," katanya yang belum pasti mengenai arah tujunya selepas ini, tetapi akan tetap menjadi seorang jurulatih.

Dalam pada itu, spekulasi siapa pengganti Butler mula menjadi tajuk bualan penyokong The Red Warriors dan antara yang dikaitkan dengan pasukan Kelantan ialah Hodak, bekas jurulatih Felda United, Reduan Abdullah dan Karathu.

Lega, saya akhirnya diiktiraf BAM - Zulfadli

Posted:

Lega, saya akhirnya diiktiraf BAM - Zulfadli

Lega, saya akhirnya diiktiraf BAM - Zulfadli

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Tiada yang lebih menggembirakan buat juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli selain melihat bakatnya diiktiraf oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila mendapat kepercayaan membawa cabaran Piala Axiata, dijemput menyertai latihan Piala Thomas serta tersenarai dalam Projek 2016.

Malah, pemain remaja berusia 19 tahun itu juga melaungkan keazaman untuk memberi persembahan terbaik sepanjang kejohanan tersebut, selain akan bekerja keras untuk memikat hati barisan jurulatih bagi merebut tempat dalam skuad Piala Thomas di Wuhan, Mei ini.

Zulfadli mengakui, selepas merangkul kejuaraan remaja dunia dan Asia tahun lalu, dia sentiasa memasang impian untuk menggalas cabaran lebih besar bersama skuad senior negara dan peluang beraksi pada Piala Axiata hanyalah satu permulaan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada BAM kerana memberi peluang dan menyenaraikan saya pada Piala Axiata, selain menjemput saya berlatih bersama skuad kebangsaan untuk Piala Thomas. Ini adalah peluang yang amat saya nanti-nantikan selama ini dan saya teruja bila menerima perkhabaran tersebut.

"Janji saya kepada semua, saya akan menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan oleh BAM untuk membuktikan keupayaan saya. Sepanjang Piala Axiata, saya akan cuba menunjukkan permainan terbaik manakala pada sesi latihan, saya akan berusaha untuk memikat hati jurulatih dan merebut tempat dalam skuad Piala Thomas.

"Saya masih muda dan masih banyak lagi yang perlu diperbaiki sebelum boleh mencapai tahap dunia, namun bagi pemain remaja seperti saya, apabila menerima peluang seperti ini, ia pasti akan melonjakkan semangat dan keyakinan untuk mengembangkan karier,'' ujar Zulfadli.

Ditanya mengenai statusnya untuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan memandangkan dia bernaung di bawah KLRC, Zulfadli berkata, dia percaya pemilik kelab, Datuk Seri Andrew Kam seorang yang amat positif dan sedia 'melepaskannya' demi negara.

"Tentang status bapa saya (sebagai jurulatih), kami juga akan membincangkan mengenai perkara itu juga, tetapi saya rasa semua boleh diselesaikan, yang penting bagi saya adalah ambil peluang ini dan membuktikan keupayaan, itu saja yang saya fikirkan sekarang,'' katanya lagi.

Mengenai kecederaan lutut yang dialami hingga terpaksa menarik diri pada saat akhir daripada Terbuka Jerman yang bermula hari ini dan menjejaskan persembahannya pada Terbuka Selangor minggu lalu, Zulfadli berkata, ia tidak terlalu serius, malah dia yakin keadaan pasti semakin baik apabila dia melapor diri dalam latihan skuad kebangsaan, 5 Mac ini.

"Malah, kalau tiada masalah saya juga mungkin akan bertanding pada Terbuka Switzerland (13-18 Mac). Harap panggilan untuk berlatih dengan skuad kebangsaan ini akan mencetuskan lagi semangat saya untuk memberi aksi terbaik,'' katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan