Harian Metro: Arena |
Posted: 27 Feb 2012 11:09 AM PST ZULFADLI Zulkifli mesti disenaraikan dalam skuad Piala Thomas di Wuhan, China Mei ini bagi memastikan skuad negara di masa akan datang turut mengandungi pemain berpengalaman bagi mengharungi kejohanan berpasukan berprestij itu. Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Kamil Ismail Idris Shah berkata, BAM mesti mengakui Zulfadli sebagai perseorangan pelapis terbaik yang ada pada masa ini meskipun tidak bernaung di bawah payung badan induk itu.
"Pemain muda berkualiti sebeginilah yang perlu kita beri pendedahan awal terutamanya di kejohanan berprestij seperti Piala Thomas.
"Jika ada pemain yang tidak menunjukkan prestasi baik terus kekal dalam skuad elit, mereka tidak akan berkembang dan mula besar kepala.
Beliau pada masa sama mahu C&T turut bertegas dengan jurulatih dan berkata: "Perkara sama juga perlu diberi perhatian kepada jurulatih, jika pemainnya tiada keputusan dia dengan sendirinya perlu meletak jawatan." Tengku Kamil juga berpendapat pelantikan Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai sebagai pengerusi C&T dan Kumpulan Prestasi Tinggi (HPT) tidak berpatutan.
|
‘Terima kasih abang’ Posted: 27 Feb 2012 08:22 AM PST "TERIMA kasih kepada abang saya, Mohd Zamri Salleh kerana dialah yang menjadi kunci kejayaan saya hari ini," kata pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Salleh yang menamatkan perlumbaan peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) di tempat ketiga. Jika saingan peringkat ketiga, kelmarin, menyaksikan rakan senegara, Anuar Manan yang mewakili pasukan Champion System menjejakkan kaki di podium, semalam pada peringkat keempat membabitkan perlumbaan sejauh 169.4 kilometer dari Batu Pahat ke Muar, giliran Harrif pula.
Bagaimanapun ia belum cukup memuaskan hati pelumba berusia 24 tahun itu kerana masih lagi mempunyai misi yang belum selesai sekalipun sedikit terganggu dengan kecederaan dialami apabila terbabit dalam kemalangan di peringkat ketiga, dari Melaka ke Parit Sulong, kelmarin.
Mengulas strateginya semalam, Harrif berkata, Zamri bekerja keras membawanya berada dalam kelompok hadapan terutama pada 400m terakhir bagi membolehkannya berada di posisi terbaik untuk perebutan juara.
"Laluan esok (hari ini) memang sukar kerana membabitkan tiga laluan berbukit. Saya akui sedikit takut tapi saya akan berusaha menempatkan diri dalam kelompok besar dan jika boleh sampai pada waktu yang ditetapkan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan