Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Yang mana satu?

Posted: 05 Mar 2012 02:27 PM PST

Sukan

Abramovich cari pengganti selamatkan kempen Chelsea selepas pecat AVB

DALAM diam-diam, pemilik Chelsea Roman Abramovich mungkin sudah berdamai dengan Jose Mourinho dan bekas bos The Blues itu menjadi antara calon untuk mengambil alih tugas pengendali di Stamford Bridge musim depan susulan pemecatan Andre Villas-Boas.

Abramovich memecat Villas-Boas Ahad lalu, kurang 24 jam selepas kekalahan memalukan 1-0 di West Bromwich Albion yang sekali gus terus meletakkan Chelsea di tangga kelima saingan Liga Perdana. Buat sementara, bekas pemain tengah Roberto Di Matteo yang menjadi pembantu Villas-Boas, dinamakan sebagai pengurus sementara sehingga hujung musim untuk cuba mengelak malapetaka memalukan tersingkir pada pusingan kelima Piala FA apabila menentang kelab Liga Kejuaraan, Birmingham dalam tugasan pertamanya, hari ini.

Selepas itu, pengurus Itali itu akan memberi tumpuan untuk mengemudi Chelsea berada dalam kelompok empat teratas liga bagi menjamin tempat dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan - atau mungkin cuba bangkit menebus kekalahan 3-1 kepada Napoli dalam perlawanan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Namun spekulasi yang lebih hangat diperkatakan masa kini berkisar terhadap sasaran Abramovich untuk mencari pengurus kelapan dalam tempoh lapan tahun sebagai pemilik kelab London barat itu.

Sejak membeli Chelsea pada 2003, Abramovich menyingkirkan Claudio Ranieri, Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Carlo Ancelotti dan Villas-Boas dan nama yang kian disebut-sebut kini ialah Mourinho, bekas pengurus Liverpool Rafael Benitez dan pengurus Barcelona, Pep Guardiola, selain bekas pengurus England, Fabio Capello. – AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Yusuf-Ayub

kalaulah roman abramovich boleh dipecat, dia yg aku pecat.tukar dgn datuk tony f...cool jer.

jengkaut

ambil lea sapa sapa pun.... Chelsea tetap tak layak untuk menang apa apa kejuaraan pun tahun ni... tempat ke-6 liga jea layak buat chelsea.....

abikhsan

Patut duit pampasan bayar coach yang kena pecat berbillion pound tu boleh tubuh akademi utk latih pelatih mcm yang MU buat..... Siapa nak kaya sila mohon jadi coach Chelsea... duit pampasan kena pecat makan tak habis woooo.....

mora

mcm pasukan bola ore kelate x sombong edia bagus

mawar_spaoh

em... pape jelah... :-)

ronny augustine

pada pendapat saya masalah ini berpunca daripada sikap pemilik kelab chelsea itu sendiri.kalah dan menang,naik dan turun dalam carta liga itu adalah perkara biasa yang berlaku mana-mana liga di seluruh dunia.tapi untuk mengekalkan prestasi selaku juara bukannya mudah.kita ambik contoh macam M.U dan Arsenal.mereka boleh dikatakan jurulatih yang paling lama dalam kelab tersebut.tapi mereka masih mampu mengekalkan prestasi anak2 buahnya walaupun kadang kala mereka pernah gagal mempertahankan kejuaraan mereka.

hanafi

Suruh je Abramovich beli kelab lain yg tengah berjaya sekarang....Barcelona ke..Juventus ke...tak pun Manchester U...heh..heh..

roslan lan

Kesilapan besar ialah pemecatan jose maurinho...sabar ja laa..Man U tetap NO.1

muhammad salam badri bin mohd razali

Saya rasa bgus roman abramovich

amran

welcome jose mourinho....gomo chelsea gomo

iqbalotelli

Kesilapan paling besar buat Chelsea kerana memecat Carlo Ancelotti, padahal dia telah sukses membawa Chelsea juara EPL pada tahun pertama sebagai jurulatih,mantan jurulatih Milan ini tidak dilayan sebaiknya oleh kelab dan pemain.

Chelsea perlu merombak hampir separuh pemain yang ada jika ingin sukses dimasa hadapan,pemain seperti Lampard,Drogba,Malouda dan Torres harus disingkirkan kerana sudah tidak lagi berkomitmen penuh terhadap pasukan selain sering mencampuri dan mempengaruhi/meracuni fikiran pihak atasan kelab Chelsea.

Mereka juga sudah diambang tua dan tidak lagi produktif mencetak gol seperti dahulu.Mereka ini adalah parasit sebenar!


Hoki sandaran tambah atlit

Posted: 05 Mar 2012 02:22 PM PST

Sukan

Malaysia mampu hantar kontinjen besar

SKUAD hoki menjadi sandaran negara untuk menambah jumlah kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2012, London, Julai ini.

Justeru, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap skuad hoki bimbingan Tai Beng Hai akan cemerlang pada pusingan kelayakan Olimpik di Dublin, Ireland, bermula Sabtu hingga 18 Mac ini, sekali gus dapat menyertai 22 atau 23 atlit yang sudah menempah tempat di temasya berkenaan. Jika itu menjadi kenyataan, Malaysia akan menghantar sehingga 50 atlit - jumlah paling ramai dalam sejarah sukan negara yang sekali gus akan memberi kesan psikologi positif kepada kontinjen negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sekiranya skuad hoki dapat melayakkan diri, negara mempunyai atlit sekurang-kurangnya dalam enam acara, selain terjun, menembak, badminton, basikal dan memanah.

"Setakat ini sudah ada 15 atlit yang layak dan jika berjalan lancar, 22 atau 23 atlit akan layak daripada badminton dan basikal. Sekiranya bernasib baik, skuad hoki juga akan bersama, bermakna ada tambahan 25 pemain lagi untuk menjadikan semuanya kira-kira 50 atlit.

"Jadi hoki penting kerana menambah kumpulan yang sudah layak dan menjadikan kontinjen Malaysia lebih besar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu program Road To London di Putrajaya, semalam.
Hadir sama, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar dan Chef de Mission Olimpik London 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

"Matlamat kita masih lagi untuk mendapatkan emas pertama, di samping harapan mendapatkan pingat lebih daripada itu," katanya sejurus mengumumkan secara rasmi pelantikan Tun Ahmad Sarji sebagai ketua misi ke temasya itu.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery mengesahkan penembak, Nur Suryani Taibi yang kini hamil tiga bulan masih tergolong dalam kalangan atlit yang layak ke sukan Olimpik.

"Dijangkakan pada waktu acara berkenaan, kandungannya sekitar tujuh bulan, jadi kita akan berusaha supaya dia pergi awal dan kita akan sediakan khidmat sokongan," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen