Berita Harian: Sukan |
‘Usah anggap SIC litar mudah’ Posted: 26 Mar 2012 02:43 PM PDT Sukan PERLUMBAAN Ahad lalu menyaksikan semua pasukan terpaksa bergelut dengan strategi penggunaan tayar dan hentian pit akibat hujan lebat. GRAND Prix Malaysia Petronas 2012 yang melengkapkan pusingan dua siri perlumbaan Formula Satu (F1) dunia terus memberikan amaran - kemenangan mudah sukar diraih di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Selepas selama dua hari jangkaan hujan tidak berlaku, perlumbaan pada Ahad menyaksikan semua pasukan terpaksa bergelut dengan strategi penggunaan tayar dan hentian pit akibat hujan lebat. Paling menerima kesan pastinya pasukan Mercedes-AMG-Petronas, yang sekali lagi gagal menceriakan penonton laman sendiri sekalipun bermula di petak yang baik, termasuk McLaren dengan pemandu Ferrari Fernando Alonso muncul juara sambil pemandu muda Sauber, paling mencuri tumpuan. Situasi itu membuktikan perlumbaan di SIC tidak saja berdasarkan kekuatan jentera, malah dipengaruhi dengan keadaan cuaca tidak menentu, panas dan kelembapan litar yang menguji ketahanan pelumba yang rata-rata lahir di negara '4 musim'.Malah ada juga pemandu F1 menyuarakan rasa kagum masing-masing dengan berkata, "Bagaimana mereka dapat hidup dalam cuaca sebegini." Begitupun, itu hanya rencah dalam perlumbaan F1 dengan tumpuan kini perlu terarah apakah kita boleh berpuas hati dengan mengetahui SIC yang akan terus diberikan hak penganjuran sehingga 2015. Selepas 14 siri, adakah SIC masih mampu terus menganjurkan perlumbaan termahal dunia ini tanpa sebarang tarikan baru. Dengan beberapa siri tajaan besar - yang meletakkan jenama syarikat konglomerat ternama negara di badan jentera, apa lagi yang mampu dilakukan - selepas kali terakhir pemandu dari negara ini Alex Yoong bersaing dalam perlumbaan berprestij itu pada 2001. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenhanafi Setuju... SIC adalah medan 'pertarungan' antara mesin dan alam....dengan cuaca yang sukar diramalkan, keputusan perlumbaan juga boleh berubah tanpa disangka..... Lovely Malaysia sayang malaysia mampu sediakan kemudahan lumba kereta yg berperstaj sperti SIC, tapi x mampu lahirkan walau seorang pelumba, selepas Alex Yong.... di manakah silapnya...haruskah kita hanya harapkan kerajaan untuk mencipta seoarang jaguh...? pasti ramai yang berminat jika diujibakat/ditemuduga seperti pencarian angkasawan tentu yang menawarkan diri untuk berkhidmat. Apa peranan SIC selain menganjurkan F1 tanpa kewujudan pelumba tempatan, sama2 kita cari jawapan |
Padang tiruan bukan masalah besar: Ashari Posted: 26 Mar 2012 02:41 PM PDT Sukan 'Saha' yakin Terengganu mampu baham Lions XIIBIARPUN menyedari laluan Terengganu penuh berliku, namun penyerang Terengganu, Ashari Shamsuddin tetap menaruh harapan tinggi dia dan rakan sepasukan mampu menewaskan Lions XII dalam aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam ini. Pada tanggapan pemain yang berasal dari Kampung Rawai, Marang, walaupun beraksi di atas padang rumput tiruan, namun itu bukan masalah buat pasukan mempamerkan permainan terbaik seterusnya mengekalkan bekalan satu gol dimenangi dalam suku akhir pertama, Sabtu lalu. "Saya bertekad untuk pasukan menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol. Apa yang penting semangat juang tinggi serta kerjasama sepasukan amat diharapkan," katanya. Pemain yang lebih mesra dengan panggilan 'Saha' di kalangan rakan sepasukan berkata, dia percaya pengalaman serta percaturan diterapkan jurulatih, Mat Zan Mat Aris menjelang pertembungan hidup mati itu memihak kepada pasukannya."Saya amat yakin sekiranya kami cepat menyesuaikan diri dengan keadaan padang, perlawanan ini akan memihak kepada Terengganu sekali gus melangkah ke separuh akhir," kata penjaring terbanyak musim 2010 itu. Dia turut berharap tindakan penyudah penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe akan menghasilkan jaringan malam ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan