Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Terengganu, Kelantan gah

Posted:

Terengganu, Kelantan gah


Pemain Johor FC, Mohd. Haris Safwan (kanan) diasak pemain Sime Darby, Sengbah Kennedy dalam saingan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Pasir Gudang, Johor, semalam. Sime Darby menang 2-1. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid


KUALA LUMPUR - Juara dan naib juara 2011, Terengganu dan Kelantan semakin hampir untuk mengulangi pertembungan musim lalu apabila masing-masing melangkah ke separuh akhir bola sepak Piala FA dengan kemenangan pada suku akhir kedua, semalam.

Terengganu mengikat pendatang baru pertandingan kalah mati kebangsaan ini dari Singapura, Lions XII tanpa jaringan di Stadium Jalan Besar dekat republik itu untuk mengekalkan kedudukan pendahuluan agregat dari suku akhir pertama di Kuala Terengganu, 1-0.

Si Kijang, jiran di Pantai Timur pula mara dengan begitu selesa ketika membenam kelab Kuala Lumpur, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu selepas mendahului 3-0 pada suku akhir pertama.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Danyal sedia tanding jawatan Presiden KOM

Posted:

Danyal sedia tanding jawatan Presiden KOM

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Danyal Balagopal Abdullah sedia menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) jika memperoleh pencalonan daripada Ahli Majlis.

Kata Danyal, rasa cinta pada sukan olahraga serta tidak mahu melihat sukan asas itu terus merudum kerana kontroversi membuatkan dirinya terpanggil untuk kembali bersama KOM.

Danyal yang juga bekas Timbalan Presiden KOM suatu ketika dahulu turut sedia membuka kembali program pembangunan olahraga untuk 10 tahun yang dirancangnya pada 2002 sebagai penawar buat sukan olahraga tanah air.

"Saya bukan mahu mencabar mana-mana pihak cuma saya harap dapat kembali menyertai KOM seandainya ada pihak yang betul-betul mahukan khidmat saya.

"Terlalu banyak yang telah berlaku dan sudah tiba masanya sukan olahraga melakukan pembaharuan untuk kecemerlangan di masa akan datang," kata Danyal.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan