Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Swee beri restu

Posted:

Kim Swee beri restu

Kim Swee beri restu

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

WAN ZACK (kiri) semakin hampir untuk beraksi dalam liga divisyen tiga Jepun.


HASRAT kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu mendapatkan khidmat dua tonggak Harimau Muda, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria bakal menjadi kenyataan.

Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee memberitahu, buat masa ini perbincangan mengenai perkara itu sudah memasuki fasa akhir dan kedua-dua pemain berkenaan dijangka menyertai kelab tersebut selewat-lewatnya Julai depan jika tiada sebarang perkara lain berbangkit.

Sebagai jurulatih katanya, beliau mengalu-alukan mana-mana pemain menimba pengalaman di mana-mana kelab luar yang dilihat mampu membantu meningkatkan tahap permainan mereka.

"Saya merestui pemergian mereka untuk menimba pengalaman di luar negara dengan syarat pemain itu bersedia dipanggil pulang mewakili pasukan kebangsaan pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya semalam.

Media sebelum ini melaporkan hasrat FC Ryukyu yang berminat mendapatkan khidmat kedua-dua pemain tersebut bagi memperkuatkan pasukan mereka ketika aksi divisyen tiga Liga Jepun yang dijangka bermula Julai depan.

Kim Swee berkata, mengikut perbincangan awal, FC Ryukyu mahu menandatangani kedua-dua pemain itu akhir bulan ini.

"Begitupun, saya khuatir ia akan mengganggu persiapan pasukan menjelang kelayakan Piala AFC yang dijadualkan bermula 23 Jun depan," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee juga berpuas hati dengan kemampuan pasukannya yang masih kebal dengan rekod tanpa kalah serta menduduki tangga kedua Liga Singapura (Liga S) dengan 11 mata selepas lima perlawanan setakat ini.

"Ia satu keputusan yang memberangsangkan, terutamanya beraksi tanpa tenaga pemain import berbanding pasukan lain dalam Liga S, dan saya rasa pasukan kita berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran menamatkan saingan liga di tangga kelima.

"Namun, masih terlalu awal untuk berasa selesa. Tambahan pula, matlamat asal menyertai liga tersebut adalah untuk membentuk persefahaman antara pemain bagi menempuh kejohanan berskala lebih besar selepas ini.

"Disebabkan itu, saya lebih gemar menurunkan pemain muda sebagai langkah pendedahan dalam Liga S. Hanya Affizie (Faizal Mamat) sahaja yang berusia 23 tahun selebihnya baru berusia 22 tahun." katanya. Harimau Muda bakal berdepan dengan Singapore Armed Forces di Stadium Choa Chu Kang, Ahad ini.

Kim Swee memberitahu, antara pemainnya yang masih dibelenggu kecederaan ketika ini termasuklah Izzaq Faris Ramlan, Mahali Jasuli, Nazirul Naim Che Hashim, Irfan Fazail dan Mohamad Amer Saidin.

Gara-gara kritik skuad bola sepak

Posted:

Gara-gara kritik skuad bola sepak

Gara-gara kritik skuad bola sepak

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

NASIB berbeza diterima dua individu penting Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa (Timbalan Presiden) dan Setiausaha Agung, Datuk Azzud- din Ahmad (gambar) ) selepas Jawatankuasa Tatatertib persatuan itu selesai bermesyuarat semalam.

Sebelum ini, Annuar berdepan kontroversi ekoran didakwa secara terbuka mengkritik skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajago- bal menerusi media.

Azzuddin juga tidak terkecuali berdepan dakwaan yang sama selepas dikatakan mengkritik prestasi hambar skuad Olimpik negara di bawah kendalian Ong Kim Swee semasa kelayakan Olimpik Zon Asia baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Mohd. Taufik Abdul Razak berkata, hasil keputusan mesyuarat, pihaknya semalam mendapati Az- zuddin tidak bersalah dan tidak akan dikena- kan apa-apa tindakan daripada FAM.

"Pihak kami telah meneliti rakaman kenyataan Azzuddin sebelum ini, dan kami mendapati kenyataan yang dibuat oleh beliau adalah berbentuk umum dan tidak menjurus kepada menghina skuad Olimpik.

"Tindakan Azzuddin juga tidak menyalahi Peraturan Artikel 88 Tatatertib FAM (2010-2014) berdasar- kan jawatan beliau iaitu hanya Presiden dan Setiausaha Agung sahaja yang dibenarkan memberikan kenyataan kepada media," katanya kepada pemberita semalam.

Begitupun kata Mohd. Taufik, keputusan mengenai kes Annuar hanya boleh diketahui pada 4 April depan selepas beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat yang pada mulanya ditetapkan Jumaat ini.

Menurutnya, Annuar yang didakwa melakukan dua kesalahan iaitu melanggar Peraturan Artikel 88 dan juga Perkara 4.5.8 (tidak meminta kebenaran FAM untuk memberikan kenyataan kepada media) telah menghantar surat rasmi kepada pihaknya berhubung ketidakhadiran beliau pada mesyuarat yang bakal diadakan Jumaat ini.

Ini kerana menurutnya, Annuar terlibat dengan satu program anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kota Bharu pada hari tersebut.

"Selain itu, beliau juga telah mengemukakan Borang B iaitu tidak mengaku bersalah dalam kedua-dua dakwaan tersebut.

"Jika diikutkan, pihak kami berhak meneruskan mesyuarat tanpa kehadiran Annuar.

"Namun, pihak kami bertolak ansur dan membuat keputusan untuk menangguhkan mesyuarat tersebut pada 4 April depan," katanya.

Ketika ditanya sama ada bukti yang dikemukakan Annuar sudah mencukupi untuk disabitkan dengan kesalahan, Mohd. Taufik begitupun enggan mengulas lanjut dan hanya akan memberikan kenyataan sejurus mesyuarat itu selesai kelak.

Dalam pada itu, Mohd. Taufik turut mengesahkan tidak akan mengambil keterangan daripada Presiden Bola Sepak Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berhubung kenyataannya supaya FAM perlu menerima teguran secara terbuka kepada media baru-baru ini kerana mendapati kenyataan itu bersifat umum.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Taufik memberitahu, penyerang import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona didenda RM3,000 dan digantung dua perlawanan dalam aksi Liga Malaysia kerana didapati bersalah atas dua dakwaan ketika pasukannya menang 1-0 ke atas Felda United dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 21 Januari lalu.

"Owona didapati bersalah kerana didapati menarik telinga penjaga gol Felda United, Hamsani Ahmad dan menolak pipi seorang lagi pemain lawan, S. Sivanesan.

"Satu lagi tuduhan menampar belakang kepala Hardi Jaafar begitupun digugurkan kerana kekurangan bukti, dan hukuman itu berkuat kuasa serta-merta," katanya.

Chong Wei kembali beraksi

Posted:

Chong Wei kembali beraksi

Chong Wei kembali beraksi

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


CHONG WEI melahirkan hasrat untuk turun beraksi membantu skuad Malaysia Tiger pada Piala Axiata, Jumaat ini.


JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berkemungkinan akan turun beraksi buat skuad Malaysia Tiger pada pertemuan menentang Indonesia Garuda pada aksi separuh akhir kejohanan badminton Piala Axiata 2012, Jumaat ini.

Bagaimanapun, pemain No. 1 dunia itu menjelaskan yang dia masih perlu menunggu keputusan daripada Persa- tuan Badminton Malaysia (BAM) sama ada membenarkannya beraksi atau sebaliknya.

"Saya mungkin akan beraksi tetapi perlu menunggu keputusan daripada BAM dahulu.

"Sekarang, saya sudah tidak berasa sakit-sakit lagi dan saya juga sudah kembali menjalani latihan penuh hari ini (semalam).

"Namun, saya tidak boleh membuat keputusan terburu-buru kerana bimbang kecederaan saya akan berulang dan saya perlu berhati-hati," kata Chong Wei ketika ditemui pemberita sejurus tamat latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Sebelum ini, Malaysia Tiger terpaksa melupakan khidmat Chong Wei, 30, selepas dia mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan ketika beraksi pada perlawanan akhir kejohanan Seluruh England 2012 dua minggu lalu.

Ekoran kecederaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz memberitahu bahawa pemain itu memerlukan tempoh tiga hingga lima minggu sebelum kembali pulih sepenuhnya.

Begitupun, dengan kenyataan Chong Wei yang mengakui bahawa dia sudah tidak berasa sakit lagi dan telah kembali menjalani latihan sepenuhnya, besar kemungkinan khidmatnya akan digunakan bagi membantu Malaysia Tiger mara ke pentas final Piala Axiata.

Terdahulu, tanpa kelibat Chong Wei yang diketepikan dalam tiga perlawa- nan peringkat kumpulan, Malaysia Tiger hanya mampu bergelar naib juara Kumpulan K.

Lebih malang, skuad senior negara tewas mengejut kepada Indonesia Rajawali yang dilabel sebagai pasukan kedua negara itu pada aksi terakhir Kumpulan K, Ahad lalu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan