Harian Metro: Arena |
Posted: 26 Mar 2012 09:38 AM PDT KERINGAT pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei nampaknya amat ditagih skuad Malaysia Tigers dalam memastikan sekurang-kurangnya satu tiket final kejohanan termahal RM3.08 juta (AS$1 juta) menjadi milik negara apabila dijadual menentang Indonesia Garuda pada separuh akhir pertama di Jakarta, Jumaat ini. Piala Axiata yang memasuki peringkat separuh akhir mungkin tidak membawa apa-apa makna dalam penentuan ranking dunia namun pertembungan antara dua pasukan Malaysia menentang dua pasukan Indonesia penting demi maruah negara masing-masing.
Justeru, persoalan sama ada Chong Wei akan turun beraksi di separuh akhir atau sebaliknya terus menjadi topik utama diajukan kepada ketua jurulatih perseorangan Rashid Sidek.
"Dalam tempoh empat hari, tidak banyak boleh dilakukan dari segi perapian fizikal pemain, namun ada ruang untuk kita perbaiki kelemahan yang ada." Ketika ditanya sama ada Chong Wei mahu bermain, Rashid berkata: "Kalau tanya pada dia memang dia mahu main. Tadi (kelmarin) pun dia geram dan rasa mahu main selepas melihat pasukan kita dalam situasi tertekan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz mengesahkan, pemain itu hanya akan pulih dalam tempoh tiga hingga lima minggu dan minggu ini genap tiga minggu proses pemulihan kecederaan bahunya.
|
Posted: 26 Mar 2012 09:36 AM PDT SEKIRANYA benar Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat mencabar kerusi panas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) ia dianggap sebagai langkah tepat untuk membaik pulih imej olahraga yang tercalar selama ini. Hasrat TMJ itu disambut baik dengan hati terbuka Presiden Persatuan Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Mohd Musa Noor Mohd yang akan memberikan sokongan penuh kepada siapa saja yang bakal menjawat tugas sebagai Presiden KOM demi melihat perubahan dalam dasar olahraga negara.
Minggu lalu seramai 10 ahli gabungan mengadakan kunjungan bagi mengadakan perbincangan bersama TMJ yang dikatakan berminat mencabar jawatan Presiden KOM yang kini disandang Datuk Seri Shahidan Kassim sejak dua penggal lalu.
Jika benar 10 ahli gabungan bakal berpaling tadah untuk mencari penyandang baru bagi jawatan presiden di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bulan depan, ia bermakna Shahidan bakal kehilangan sokongan majoriti, sekali gus berdepan dengan kemungkinan untuk terpaksa melepaskan kerusi panas yang dipegangnya itu. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan