Harian Metro: Arena |
Posted: 24 Mar 2012 09:18 AM PDT MUNGKINKAH musim ini menjadi tahun paling gemilang untuk Lewis Hamilton selepas pemandu Vodafone McLaren Mercedes itu meraih petak pertama pada perlumbaan sebenar hari ini selepas mengungguli sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Petronas semalam. Apa yang dilakar bekas juara dunia 2008 itu mengulangi pencapaian pada perlumbaan pembuka tirai di Australia minggu lalu apabila mendominasi sesi kelayakan tetapi hanya sekadar berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
"Ia keputusan yang amat bagus selepas kami perlu menyesuaikan diri dengan beberapa perkara termasuk keadaan cuaca panas di sini. Apapun, keputusan ini bermakna, rakan sepasukan melakukan tugas dengan amat cemerlang," kata Hamilton.
Perlumbaan hari ini juga bakal menyaksikan tiga bekas juara dunia bakal berentap sesama sendiri di petak depan kerana selain Hamilton dan Button yang juga bekas juara dunia 2009, Michael Schumacher mencatat masa ketiga terpantas pada sesi kelayakan semalam.
"Saya fikir keputusan ini permulaan yang bagus untuk saya serta pasukan. Sama-sama kita saksikan apa yang boleh kami lakukan esok," kata pemandu Jerman itu.
|
Posted: 24 Mar 2012 09:16 AM PDT KREW pasukan Lotus F1 Team dikejutkan dengan insiden kebakaran kecil bilik VIP mereka kira-kira jam 3 pagi semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, kebakaran dipercayai akibat litar pintas di kawasan tetamu kamar hospitaliti itu yang menyebabkan beberapa peralatan terbakar termasuk peti sejuk.
"Bila sudah berlaku kebakaran, sudah tentu tempat mereka tidak elok tapi nasib baik kita ada satu lagi kamar hospitaliti. Dengan segera mereka semua dipindahkan ke bilik baru itu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan