Berita Harian: Sukan |
Sime Darby laung amaran buru trofi Posted: 02 May 2012 04:57 PM PDT Sukan PENYERANG Terengganu, Abdul Hadi Yahaya (tengah) cuba melepasi dua pertahanan Sime Darby dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA, kelmarin. KETIKA pelancaran pasukan pada awal musim, Ismail Zakaria hanya meletakkan sasaran membawa Sime Darby ke peringkat saingan tertinggi Liga Malaysia dalam tempoh lima tahun.
"Sudah sampai di sini (final), kami mahu mencatat sejarah menjadi kelab pertama menjuarai Piala FA pula," kata Ismail selepas perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Selayang yang berakhir dengan keputusan seri 0-0. "Saya sedar, bertemu pasukan besar seperti Terengganu memerlukan pendekatan taktikal teliti dan saya puji pemain kerana mengekalkan disiplin serta melaksanakan semua arahan dengan baik. "Walaupun tidak mempunyai pemain kebangsaan, semangat juang dan karakter pemain muda ini cukup tinggi membawa Sime Darby ke pentas final dan bagi saya itu faktor utama kejayaan malam ini (kelmarin).
Dua tonggak import Sime Darby, Leandro Teofilo dari Brazil dan Patrick Wleh (Liberia) menjadi kunci kejayaan skuad Ismail mengharungi rintangan getir separuh akhir, tetapi sumbangan pemain tempatan juga tidak boleh diketepikan. |
Jangan lekeh Sime Darby: Khairul Posted: 02 May 2012 04:56 PM PDT Sukan PENJAGA gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menyeru rakan sepasukan supaya tidak memandang mudah keupayaan Sime Darby yang mencipta kejutan dengan menewaskan Terengganu untuk layak ke final Piala FA.The Red Warriors yang menewaskan Kedah menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas agregat 3-3, kelmarin akan menentang pasukan kelab itu di final pada 19 Mei ini. "Untuk pertemuan dengan pencabar baru seperti Sime Darby ini, kita tidak boleh memandang mudah dan tidak terlalu yakin kerana sepanjang saingan Piala FA mereka (Sime Darby) bermain penuh semangat dan kita perlu berhati-hati," katanya. Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan Apek berkata selain berwaspada dengan rentak permainan Sime Darby dia bertekad untuk membaiki prestasi dan membentuk keyakinan diri sebelum menjelang perlawanan akhir nanti."Saya mengakui pernah membuat beberapa kesilapan ketika beraksi namun saya akan membaiki kelemahan dalam masa terdekat dan akan fokus dalam perlawanan akhir nanti," katanya. Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memuji kekentalan anak buahnya yang mampu menghalang kemaraan Kedah dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA – sekali gus layak ke final buat dua musim berturut-turut. Bojan menyifatkan jaringan pemain pertahanan import, Obinna Nwneri pada babak kedua pencetus semangat kepada rakan sepasukan untuk bangkit biarpun ketinggalan 0-2 pada babak pertama.
"Bagaimanapun jaringan Obinna berjaya menghidupkan kembali semangat pasukan dan pemain mula bangkit untuk mencari kemenangan sehingga Mohamad Ghaddar berjaya menjaringkan gol kedua," katanya ketika dihubungi, semalam. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan