Kosmo Online - Sukan |
Posted: Mat Zan diarah 'cuti rehatOleh MUSTAPA LAKAWA KRISIS dalaman yang melanda bola sepak Terengganu kini memasuki episod baharu apabila ketua jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris (gambar) direhatkan daripada membimbing pasukan itu sehingga 15 Mei ini. Berita terbaharu itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh selepas pihak persatuan mengadakan mesyuarat tergempar kelmarin. Menurut Abdullah, keputusan untuk merehatkan Mat Zan dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk kegagalan Terengganu melangkah ke perlawanan akhir Piala FA. "Ini bukanlah keputusan individu tetapi keputusan dibuat sebulat suara yang diputuskan oleh pengurusan PBSNT."Dalam pertemuan itu juga, PBSNT turut memanggil beberapa pemain senior untuk mendapatkan sendiri pandangan mereka mengenai kedudukan Mat Zan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Tambah Abdullah lagi, ekoran keputusan untuk merehatkan Mat Zan, tugas untuk membimbing pasukan Terengganu kini diserahkan kepada penolong jurulatih, Khalid Mohd. Dahan. "Mat Zan adalah seorang jurulatih yang berpengalaman dan pernah membantu Terengganu muncul juara Piala Malaysia pada 2001. "Bagaimanapun, pihak persatuan perlu juga mengambil kira kepentingan PBSNT kerana sasaran awal kami adalah untuk menjulang tiga piala. Kini, Terengganu telah terlepas kejuaraan Piala FA," ujarnya. Ditanya adakah pihak persatuan bakal menyingkirkan Mat Zan, Abdullah tidak menolak kemungkinan itu sambil menyifatkan keputusan tersebut hanya boleh dibuat oleh pihak tertinggi PBSNT. "Buat masa ini, kita hanya merehatkan Mat Zan hingga 15 Mei ini dan segala tugasannya sebagai ketua jurulatih akan diambil alih oleh Khalid buat sementara waktu," tambahnya. Untuk rekod, Mat Zan yang pernah membimbing Kuala Lumpur dan Pos Malaysia mula mengendalikan skuad Penyu pada awal musim ini bagi menggantikan Irfan Bakti yang berhijrah ke Selangor. Di bawah kendalian Mat Zan, Terengganu ketika ini menduduki tangga ketiga Liga Super dan mara ke pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia, namun gagal dalam misi mempertahankan gelaran Piala FA selepas tewas memalukan di tangan Sime Darby minggu lalu. |
DUA Chong Wei berentap hari ini Posted: DUA Chong Wei berentap hari iniLEE Chong Wei menepati ramalan apabila mara ke suku akhir GP Emas Terbuka Malaysia 2012 semalam dan bakal berentap dengan rakan senegara, Chong Wei Feng hari ini. JAGUH negara, Datuk Lee Chong Wei tampil bergaya apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2012, lapor HELMI TALKAH. Kejayaan itu hadir selepas pemain No. 1 dunia itu mudah menewaskan Sai Praneeth dari India 21-12, 21-13 pada aksi pusingan ketiga kejohanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Johor Bahru semalam. Terdahulu, Chong Wei yang mendapat bye pada pusingan pertama kelmarin, mengetepikan cabaran Michael Fowke dari Australia dengan 21-7, 21-10 pada pusingan kedua semalam. Pada aksi suku akhir hari ini, Chong Wei akan berdepan rakan senegara, Chong Wei Feng yang turut cemerlang menempatkan diri dalam kelompok lapan pemain terbaik kejohanan. Wei Feng yang menerima perkhabaran gembira apabila disenaraikan dalam skuad negara bagi menghadapi pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China bermula 20 Mei ini menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat 22-24, 21-14, 21-11 pada pusingan ketiga semalam. Pemain itu mara ke pusingan ketiga selepas membenam cabaran Kento Momota dari Jepun 21-14, 18-21, 22-20 pada pusingan kedua. Empat lagi pemain perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren, Misbun Ramdan Misbun dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin berjaya mara ke pusingan ketiga kejohanan selepas mene- waskan lawan masing-masing pada pusi- ngan kedua semalam. Keempat-empat mereka dijadual turun untuk aksi pusingan ketiga malam tadi bagi memburu slot ke suku akhir. Sementara itu, wakil tunggal negara dalam acara perseorangan wanita, Tee Jing Yi gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada Nozomi Okuhara dari Jepun 17-21, 10-21 pada pusingan kedua. Tiga beregu lelaki negara, Nelson Wei Keat-Teo Ee Yi, Mohd. Zakri Abdul Latif- Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari dan Gan Teik Chai-Ong Soon Hock turut mengesah- kan slot ke suku akhir. Rentak kecemerlangan tersebut turut diikuti beregu wanita negara yang tidak kurang hebatnya apabila gandingan Goh Liu Ying-Lim Yin Loo juga melangkah ke suku akhir hari ini. Turut mara ke suku akhir ialah pasa- ngan Chan Peng Soon-Liu Ying dan Ong Jian Guo-Yin Loo. |
Posted: Terengganu bergeloraOleh MANIRAH OTHMAN FORKEY DOE (kiri) tidak dapat diturunkan pada aksi menentang Perak malam ini akibat kecederaan. HANYA moral dan semangat pemain Tereng- ganu sahaja yang boleh memastikan kemena- ngan apabila turun menentang Perak dalam saingan Liga Super di laman sendiri malam ini kerana pasukan itu sudah mendapat cukup banyak tekanan. Selepas gagal ke peringkat akhir Piala FA apabila tewas kepada Sime Darby sebelum ini, pasukan itu kini kehilangan jurulatih utama, Mat Zan Mat Aris yang direhatkan empat per- lawanan sehingga 15 Mei ini. Pembantu jurulatih Terengganu, Khalid Mohd. Dahan yang kini memangku tugas Mat Zan memberitahu, selain itu, ramai pemainnya tidak dapat turun beraksi malam ini atas pelba- gai masalah. "Francis Forkey Doe, Shamsul Kamal Mohamad, Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Nordin Alias mengalami kecederaan, manakala Reeshafiq Alwi masih belum pulih sepenuhnya. "Mazlizam Mohammad pula tidak boleh diturunkan sebab ada tiga kad kuning," katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam. Dalam pada itu katanya, sedikit perubahan taktikal dan formasi perlu dilakukan memandangkan ramai pemain utama yang tidak dapat diturunkan, namun beliau mengharapkan agar para pemain boleh menunjukkan aksi penuh semangat. "Ketika ini kita tidak banyak kelebihan, jadi hanya moral dan semangat yang akan membantu pasukan Terengganu untuk bermain le- bih baik menentang Perak malam esok (malam ini)," katanya. Jelasnya, peluang dengan Perak adalah 50-50 berdasarkan dua pertemuan sebelum ini yang mana Terengganu pernah tewas sekali dalam pertemuan Piala FA 0-1 dan menang 1-0 semasa pusingan pertama Liga Super di Perak. Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh menjelaskan, keputusan merehatkan Mat Zan dilakukan selepas pasukan tersebut tewas kepada Sime Darby, Selasa lalu. "Saya hubungi dia melalui telefon selepas perlawanan itu dan saya minta dia berehat empat perlawanan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan