Berita Harian: Sukan |
Siaran langsung Piala FA meriah Posted: 06 May 2012 04:46 PM PDT Sukan PENYOKONG Chelsea meraikan kejayaan pasukan mereka menjuarai Piala FA di DStall Corner Restaurant & Cafe di Dataran Glomac, Kelana Jaya, kelmarin. Program siaran langsung skrin besar anjuran New Straits Times (NST) itu berlangsung cukup meriah selama lima jam apabila penyokong kedua-dua kelab mula berkumpul sejak jam 9 malam dan menyertai pelbagai acara sampingan. Bagi Presiden Kelab Bola Sepak Liverbird Malaysia, Fariz Abu Bakar, program seumpama itu wajar diteruskan bagi menarik minat golongan muda mengisi aktiviti dengan lebih berfaedah. "D'Stall Corner ini menjadi 'port' kami menonton setiap perlawanan membabitkan Liverpool sejak tahun lalu. Kalah atau menang, kami dan penyokong lawan tetap menghormati satu sama lain," kata Fariz ketika ditemui bersama-sama hampir 1,200 penyokong setia Liverpool.Sementara itu, biarpun hanya membawa 350 penyokong Chelsea ke 'port' Liverbird itu, Presiden Malaysia Blues Army (MBA), Aminul Rasyid Tarmidi tetap gembira dapat menjayakan program itu. "Kami teruja kerana ini kali pertama kami bekerjasama dengan Liverbird Malaysia. 'Port' kami sebenarnya di Khulafa Bistro, Seksyen 7, Shah Alam dan Restoran Ali Maju, Setapak. "Walaupun hanya 350 penyokong Chelsea hadir, apa yang lebih penting ialah membentuk perpaduan tak kira pasukan mana disokong," kata Aminul. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenMuzaffar Nordin saya sokong penuh kenyataan Aminul. mohd hashary salam utk semua rakyat melaysia.....saya sungguh terharu atas apa yg d tuntuk kn oleh peminat2x kedua pihak,,semangat ini harus d teruskan agar dpt mengisi masa lapang remaja d zaman ini..bersatu kita teguh bercerai kita roboh...walau apa pun keputusan perlawanan biar la di dalam padang kita musuh tapa d luar padang kita sentiasa bersatu....sebagai peminat chelsea saya ucap kn tahnia kepada kelab chelsea dan penyokong chelsea... ramli satu pendekatan kearah penyatuan rakyat malaysia yang berbilang kaum.Tahniah penganjur |
Posted: 06 May 2012 04:44 PM PDT Sukan LEE Chong Wei menjulang kejuaraan keempat berturut-turut badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia biarpun cuba dicabar Sony Dwi Kuncoro dalam pertembungan final tiga set di Stadium Bandaraya semalam yang menyaksikan pemain negara menyapu empat daripada lima kategori.Perseorangan pertama dunia itu tewas set pertama 17-21 kepada lawan dari Indonesia sebelum bangkit dengan kemenangan mudah 21-8, 21-10 dalam tempoh 50 minit. "Saya sudah lama tidak berlawan dengan Sony dan corak permainannya juga berbeza. Jika dulu dia gemar bermain agresif, kali ini dia beraksi lebih terbuka, malah saya membuat beberapa kesilapan yang menyebabkan tewas set pertama. "Pada set kedua dan ketiga, saya mula bermain lebih agresif dengan corak menyerang dan rasa lega apabila kecederaan bahu kanan sudah pulih dan berani membuat pukulan kencang apabila mendapat peluang," kata Chong Wei.Dalam saingan beregu lelaki, bekas juara remaja dunia 2009, Chooi Kah Ming- Ow Yao Han memberi tentangan sengit sebelum tewas 15-21, 19-21 kepada beregu emas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mempertahankan kejuaraan dalam pertembungan 31 minit. "Tak cukup pengalaman menjadi punca kekalahan kami walaupun pada set kedua dapat mengejar mata," kata Yao Han. Beregu utama negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang diletak selaku pilihan kedua, turut melakar kejayaan apabila membenam pilihan utama, Shinta Mulia Sari-Lei Yao 21-18, 21-18 dari Singapura dalam pertembungan sengit 45 minit. "Sangat berpuas hati selepas kami tewas kepada Tantowi Ahmad-Liliyana Natsir tahun lalu. Terbuka Singapura dan Indonesia selepas ini akan memberi kami lebih keyakinan sebelum London 2012," kata Liu Ying. Dalam perseorangan wanita, Busanan Ongbumrungpan dari Thailand muncul juara selepas menewaskan Sayaka Takahashi dari Jepun 21-17, 22-20. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenwwe dengan tiada penyertaan nama-nama besar, tiada apa yang perlu dibanggakan. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan