Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ayuh! Tawan New Delhi

Posted: 14 May 2012 02:30 PM PDT

Sukan

 PASUKAN hoki remaja negara meraikan kejayaan   mendakap trofi selaku juara baru Piala Remaja Asia di Stadium MBMB Bukit Serindit, kelmarin.

PASUKAN hoki remaja negara meraikan kejayaan mendakap trofi selaku juara baru Piala Remaja Asia di Stadium MBMB Bukit Serindit, kelmarin.

SEJURUS selepas mendakap trofi selaku juara baru Piala Remaja Asia, kelmarin, pemain hoki negara kini sudah mendapat tonik baru untuk tampil gah menggegar pentas Piala Dunia 2013 di New Delhi.

Istilah 'mustahil' sudah tidak tertera lagi dalam kamus mereka ketika gemilang di lakar di Bukit Serindit, Melaka menewaskan juara tiga kali, Pakistan 2-1 dalam final dan kini anak didik Muhammad Dharmaraj Abdullah mahu menawan dunia pula.

"Cabaran di New Delhi memang satu perjalanan amat getir bakal dilalui pemain untuk memenuhi harapan tinggi rakyat Malaysia. "Misi memburu empat kedudukan terbaik dunia amat relevan dengan kemampuan pemain selepas kami kehilangan enam tonggak," kata jurulatih yang juga anak jati Bukit Cina Melaka itu.

Skuad muda negara akan hadir tanpa enam tonggak yang beraksi di Melaka kerana sudah melepasi kelayakan had umur seperti disyaratkan.

"Ketiadaan bintang utama, termasuk kapten pasukan Muhamad Faez Ibrahim, Faizal Saari dan Noor Izzat Sumantri amat dirasai. Tapi saya sudah bersedia membentuk pengganti yang mampu menggalas tugasan mereka dengan gaya dan corak yang hampir sama dengan mereka," kata Dharma.

Pada edisi ke-7 kali ini menyaksikan bintang muda negara mendominasi kejohanan 10 hari itu selepas Faizal Saari muncul penjaring terbanyak selain Kavin Kartik, pemain terbaik perlawanan akhir serta Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri dimahkota selaku penjaga gol dan pemain terbaik kejohanan.
Syabas kepada Dharma, Mirnawan Nawawi (pengurus pasukan) dan setiap pemain muda negara yang sudah menggembalikan keyakinan betapa hoki tetap ada masa depan cerah mencipta nama di pentas dunia.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Peon

Syabas, teruskan berjuang Pemain Hoki Malaysia!!!

Thayalan Chinnayah

Piala Dunia 2013 di New Delhi, misi memburu empat kedudukan terbaik dunia tidaklah mustahil bagi pasukan remaja kita...dengan semangat juang yang tinngi para pemain dan komitmen yang tinngi daripada pengurus, jurulatih-jurulatih (Mirnawan, Dharmaraj, Azlan Abu Bakar, M Nadarajan, Gobi) serta para pegawai... "Nothing Is possible", kepada PHM kekalkan semua yang terlibat untuk misi di Dehli tahun hadapan nanti....SYABAS MALAYSIA

DINO

Tahniah Malaysia teruskan Perjuangan

imegresen. bkt bunga kltn

HOKI NEGARA IDEA HEBAT.


Butler ambil alih tugas Mat Zan

Posted: 14 May 2012 02:28 PM PDT

Sukan

AKHIRNYA, bekas pengendali Kelantan, Peter Butler sah mengambil alih tugas selaku jurulatih baru Terengganu menggantikan Mat Zan Mat Aris untuk tempoh 18 bulan.

Jurulatih berasal dari Halifax, England itu akan memulakan tugasan itu bermula 1 Jun ini selepas persetujuan dicapai dan kontrak dimeterai dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), semalam untuk tempoh sehingga 30 November 2013.

"Saya akan berusaha memastikan pasukan ini berada pada prestasi sebenar mereka dan sedikit perubahan akan dilakukan dari segi strategi. Apa yang penting sekiranya pemain memberi fokus dan menunjukkan disiplin juang tinggi, tidak mustahil pasukan ini menjadi lebih mantap," katanya. Ditanya sasaran bersama skuad Penyu, Butler bertegas beliau tiada sasaran, sebaliknya akan membawa perubahan dalam baki perlawanan Liga Super dengan memastikan berada di kedudukan terbaik.

"Saya juga berharap penyokong fanatik dapat memberi sokongan serta membantu dalam usaha membentuk pasukan kembali ke prestasi asal," tegas Butler.

Sementara itu, Presiden PBSNT yang juga pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh berkata pihaknya memutuskan secara rasmi berhubung kontrak Mat Zan yang akan berakhir 31 Mei ini.

"Sebelum ini PBSNT merehatkan dia dua minggu, berakhir hari ini. Kami membuat keputusan menyambung tempoh rehat serta kontraknya ditamatkan pada 31 Mei ini. PBSNT akan menyelesaikan isu kontrak Mat Zan dan pembayaran akan dibuat," katanya yang tidak memaklumkan lebih lanjut jumlah pembayaran itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

dinvaiya

butler...jurulatih komitmen tinggi untuk terengganu yang makin merundum.mungkin alasan sebab penat kerana dua sesi liga kene kuasai tapi apa-apa pun harap berubah selepas ini. Mau tidaknya, penaja ramai berminat dengan skuad penyu tapi makin jauh penyu lari dari pantainya

peminat bola negara

Semoga Peter Butler dapat menjadikan team terengganu team terbaik di malaysia dan menjuarai piala malaysia 2012. Che mat jusoh bila pulok nak letak jawatan, udah udah la jadi manager, lama sangat dohhh.. dok rok kepeng dohhh.. Wie la muker baru pulok manage ganu kiter, ker guana???

imegresen. bkt bunga JELI kltn

akan HEBAT pasukan terenganu .

melighani

Semoga dengan perlantikan jurulatih baru yang berpengalaman dapat meningkatkan prestasi pasukan Trg.,namun penulis berharap dengan budi bicara YB MB Trg..,perbaiki lah PBSNT..,ramai lagi tokoh2 di Trg yang mempunyai 'karisma' spt aruah Dt Bakar..,

shukri

Diharap Beter Butler dapat mengembalikan kegemilangan bola sepak Terengganu setelah rekod jurulatih tersebut dan rekod pasukan Terengganu sedikit tercalar pada masa kini.

esma

Tak tahu nasib kau lah Butler.. jangan jadi mangsa diorang sudah lah..Irfan dan Matzan dah kena . Terengganu kenalah bersyukur dengan kedudukan yang ada sekarang. Team yang duduk di tangga bawah liga pun tak kisah dengan masaalah ni.. mereka terus kan perjuangan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan