Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Malaysia rebah di tangan India

Posted: 28 May 2012 02:18 PM PDT

Sukan

PEMAIN Malaysia, Mohd Shahrun Nabil Abdullah cuba mengawal bola daripada pemain India, Danish Mujtaba di Ipoh, malam tadi.

PEMAIN Malaysia, Mohd Shahrun Nabil Abdullah cuba mengawal bola daripada pemain India, Danish Mujtaba di Ipoh, malam tadi.

EPISOD cemerlang Malaysia dengan dua keputusan seri dalam perlawanan awal Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 akhirnya menemui noktah apabila tumpas 3-2 kepada India di Stadium Azlan Shah di Ipoh, malam tadi.

Walaupun bermain cemerlang, ia nyata tidak mencukupi buat anak buah Tai Beng Hai untuk mendapatkan kemenangan pertama walaupun mendapat sokongan padu hampir 10,000 penyokong tempatan, sebaliknya Malaysia kini berdepan tugas berat apabila dijadual bertemu naib juara tahun lalu, Pakistan, malam esok.

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia menyerbu garang ke arah kubu India sebaik bermula untuk memaksa lawan bertahan pada lima minit awal tetapi dua peluang awal itu gagal disempurnakan penyerang muda, Faizal Saari. Sebaliknya, India menyentap semangat anak buah Beng Hai apabila Danish Mujtaba membuka tirai jaringan menerusi serangan balas pantas pada minit ke-10, sebelum Shivendra Singh mengukuhkan kedudukan kepada 2-0 tiga minit kemudian, apabila pukulannya menewaskan penjaga gol S Kumar hasil pukulan sudut penalti.

Sebaik bersambung babak kedua, Malaysia merapatkan jurang menerusi Muhammad Amin Rahim pada minit ke-40 tetapi India kembali menguasai rentak permainan apabila mengembalikan jurang dua gol menerusi Tushar Khandker, empat minit kemudian.

Walaupun Malaysia bangkit merapatkan jurang melalui Muhd
Fitri Saari pada minit ke-59, jaringan penyamaan untuk menyalakan peluang negara seperti dua perlawanan lalu, tidak menjadi kenyataan.
Sementara itu, Argentina menemui sentuhan tepat pada masanya ketika mengejutkan pilihan utama, Britain 3-2, sekali gus melonjak ke tangga kedua di belakang New Zealand dalam carta kejohanan tujuh pasukan itu dengan enam mata daripada empat perlawanan setakat ini.

Jurulatih Argentina, Pablo Enrique Lombi yang gembira dengan kejayaan anak buahnya itu berkata, pemain sudah mendapat rentak selepas menyesuaikan diri dengan cuaca panas seperti ketika tewas kepada New Zealand dan Pakistan sebelum ini, sekali gus memberi kelebihan psikologi kerana bakal bertemu Britain dalam perlawanan pembukaan di Olimpik London nanti.

Korea Selatan juga mencatat kemenangan semalam apabila membenam Pakistan 4-0 menerusi dua gol Nam Hyun Woo dan masing-masing You Kyo Sik dan Hyun Hye Sung.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

orangkecil

Semangat Juang yg Tinggi walaupun kalah. Teruskan Perjuangan!

mohd zailani

TAHNIAH KPD SEMUA PEMAIN..pertahanan perlu dimantapkan lagi..contohi pasukan India yg cepat keluarkan bola dari zon bahaya..pertahana Malaysia lebih gigih utk MENGAWAL bola dlm zon bahaya..itulah punca gol.

kene tukar coach dulu...kita dah ada pemain pemain hebat tp Beng Hai takde idea utk mengadun pemain hebat dengan strategi terbaik...sekarang masa utk Beng Hai berundur


‘Chong Wei boleh raih emas Olimpik’

Posted: 28 May 2012 02:18 PM PDT

Sukan

TATKALA keresahan timbul di hati peminat terutama terhadap kecederaan dialami Lee Chong Wei untuk kembali pulih dan berada pada tahap sebenar sebelum ke gelanggang Sukan Olimpik 2012 Julai ini, ada yang beranggapan keajaiban mampu berlaku buat jaguh badminton itu untuk merangkul emas pertama negara.

Bukan sekadar motivasi murahan, tapi keajaiban tidak mustahil berlaku andai Chong Wei menerima 'kekurangan' dihadapinya ketika ini secara positif dalam usaha mengembalikan semangat yang hilang akibat kecederaan itu.

Namun ia harus disusuli dengan kekuatan mental Chong Wei sendiri tatkala temasya yang berbaki 59 hari itu membuka tirainya, dan ia bakal lebih berkesan jika menerima sokongan padu rakyat Malaysia. "Secara umumnya, kadangkala orang kuat pada mentalnya. Bila tidak diberi harapan menggunung ataupun mengalami kecederaan serta kekangan, dia akan gunakan kekurangan itu untuk motivasi dirinya dan mencipta keajaiban.

"Dia mungkin menang atau sebaliknya, tetapi dengan kekurangan itu dia mampu memperkuatkan semangat dirinya, seterusnya menghasilkan keputusan yang lebih baik dan mencipta kenangan lebih manis daripada biasa," kata Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Majlis Sukan Negara (MSN), Suhardi Alias selepas Kempen Team Malaysia TM Menyokong Harapan Malaysia di Olimpik di Pusat Konvensyen TM, semalam.

Chong Wei mengalami kecederaan buku lali kanan ketika beraksi di Piala Thomas, minggu lalu dan kecederaannya itu dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh empat minggu.

Kempen Team Malaysia yang dimulakan dengan pelancaran lagu dan muzik video 'Gemuruh Suara' April tahun lalu, kini semakin rancak dengan aktiviti terbaru seperti Fun Run di Dataran Merdeka, 17 Jun ini serta peraduan online Team Malaysia SuperFan, sebagai tanda simbolik sokongan padu rakyat kepada kontinjen negara ke London 2012 nanti.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan